Piala AFF: Impian Harimau Malaya Ke Final Tidak Kesampaian

Malaysia tewas secara agregat 1-3 apabila gagal menggunakan kelebihan satu gol diperoleh pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lepas.

Impian Harimau Malaya untuk mara ke perlawanan akhir Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 tidak kesampaian apabila tewas 0-3 ditangan juara bertahan, pasukan Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Thammasat, Bangkok, pada Selasa malam (10 Jan).

Malaysia tewas dengan agregat 1-3 apabila gagal menggunakan kelebihan satu gol diperoleh pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu (7 Jan).

Adakah anda menonton perlawanan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, malam tadi?

Skuad Harimau Malaya perlu meneruskan usaha mengharumkan nama negara dalam arena bola sepak pada masa akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau berharap pasukan itu akan terus maju jaya dan memperbaiki corak permainan pada kejohanan akan datang.

“Saya percaya Harimau Malaya telah lakukan yang terbaik untuk Malaysia. Saya berharap dalam kejohanan akan datang, mereka akan terus maju jaya dan memperbaiki (corak) permainan mereka.

Apa pendapat anda tentang perlawanan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bola sepak ASEAN (AFF) semalam?

“Thailand memang kuat tetapi kita tak boleh berputus asa, dan kita akan cuba lagi,” katanya ketika ditemui selepas menonton perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF antara Malaysia Thailand di skrin besar di Dataran Merdeka, malam ini.

Kapten pasukan negara Mohamad Faisal Abdul Halim tidak menjangkakan Malaysia akan dibolosi sehingga tiga gol ketika menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, malam tadi.

Mohamad Faisal berkata Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0 bagi menyingkirkan juara bertahan itu.

“Sudah tentu kita tak jangka tewas 3-0, bermain di Thailand kita hanya perlu seri 0-0 atau sekurang-kurangnya jaring satu gol tetapi inilah bola sepak, bukan rezeki kita dan kita dah cuba yang terbaik.

Menurut media, jurulatih pasukan Malaysia Kim Pan-gon dilihat menggunakan strategi bertahan dengan menurunkan lebih ramai pemain pertahanan untuk memastikan kelebihan satu jaringan sebelum ini dapat dikekalkan.

Sebagai para penyokong Harimau Malaya, adakah anda optimis skuad negara mampu melakar sesuatu lebih baik untuk perlawanan seterusnya?

Kim Pan-gon memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal membawa Harimau Malaya ke final Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.

“Saya tiada rungutan dan kekesalan, apa yang pemain saya lakukan malam ini – mereka berlari bermati-matian, mereka mengikut arahan saya, mereka berjuang sehingga tamat.

“Semua yang berkaitan adalah keputusan saya (kerana) semua taktikal, barisan pemain dan strategi adalah penentuan saya, bukan pemain. Anda boleh salahkan saya dan anda boleh menyerang saya (tetapi) bukan pemain,” katanya pada sidang media pasca perlawanan.