Peniaga diingat jangan naik harga barangan sesuka hati menjelang Ramadhan

Ketibaan Ramadan seringkali dikaitrapat dengan kenaikan harga barangan keperluan asas dan perkara ini merunsingkan banyak pihak tidak kira golongan peniaga mahupun pengguna.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, faktor permintaan dan penawaran antara faktor yang menentukan harga barangan; namun masih tertakluk di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah kenaikan harga barangan keperluan asas sangat ketara?

Tidak pasti, macam sama
60.00% 3 Undi
Ya, naik tinggi
40.00% 2 Undi
Tidak, harga naik sikit sahaja
0.00% 0 Undi

Salah satu lokasi kenaikan harga barangan ini boleh dilihat menerusi aktiviti perniagaan popular pada bulan Ramadhan iaitu Bazar Ramadhan.

Beliau juga turut menambah bahawa pemantauan aktiviti perniagaan di bazar Ramadan seluruh negara akan dijalankan dengan lebih 2,00 pegawai penguatkuasa dengan bantuan kira-kira 1,000 pegawai pemantau harga (PPH).

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah pihak yang menaikkan harga yang tidak munasabah perlu dikenakan hukuman yang lebih berat?

Ya, supaya mereka gerun
100.00% 5 Undi
Tidak pasti, mungkin perlu
0.00% 0 Undi
Tidak, hukuman sedia ada cukup
0.00% 0 Undi

Fasa peralihan endemik yang bakal bermula 1 April ini juga mungkin penting untuk menentukan sama ada kenaikan ini akan terus berlaku dengan pembukaan sempadan. Ini juga akan membolehkan bekalan barangan keperluan asas dari luar negara dibawa masuk dan stok kembali meningkat di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi juga telah mengingatkan agar komuniti peniaga untuk tidak menaikkan harga sesuka hati susulan pembukaan sempadan yang akan merancakkan aktiviti ekonomi.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda mengetahui bahawa pengguna boleh melaporkan kenaikan harga barangan?

Ya, saya tahu
50.00% 2 Undi
Tidak pasti, macam pernah dengar
25.00% 1 Undi
Tidak, saya tak tahu
25.00% 1 Undi

Berikutan ketibaan Ramadan dan pembukaan sempadan mulai 1 April Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga akan menjalankan siasatan selain menjalankan pemantauan harga.

Datuk Rosol menyatakan bahawa aduan kenaikan tidak munasabah akan diselidiki bermula daripada pihak pengeluar, pemborong, pengedar dan peruncit untuk mengetahui puncanya.

Datuk Rosol menyatakan bahawa aduan kenaikan tidak munasabah akan diselidiki bermula daripada pihak pengeluar, pemborong, pengedar dan peruncit untuk mengetahui puncanya.
Ringkasnya, kenaikan harga barangan bukan sahaja tanggungjawab pihak berkuasa. Namun orang ramai juga harus memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa melalui saluran berikut;
 Talian bebas tol — 1-800-886-800
 Sistem aduan — http://e-aduan.kpdnhep.gov.my
 Whatsapp