Pencerobohan Data: Selamatkah Kita?

Kita sering mendengar data peribadi pengguna disalahgunakan selain kebocoran data. Kejadian seperti ini tentunya meresahkan kita selaku pengguna yang kebanyakannya berkongsi data untuk pelbagai transaksi sama ada secara fizikal atau atas talian.

Malaysia berada di kedudukan ke-11 negara paling ramai data penggunanya telah dicerobohi pada suku kedua 2022 (S2 22), demikian mengikut kajian terbaru oleh syarikat keselamatan siber Surfshark.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda mengetahui mengenai Malaysia merupakan negara ke-11 yang paling banyak pencerobohan data pengguna dalam suatu kajian?

Ya, saya ada baca dapatan kajian itu. Situasi ini sangat merisaukan
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, rasa macam ada dengar
0.00% 0 Undi
Tidak, saya baru tahu. Mesti berjaga-jaga selepas ini
0.00% 0 Undi

Menurut kajian itu, sepanjang tempoh dikaji dari April hingga Jun 2022, lebih daripada 665,200 pengguna Malaysia telah diceroboh.

“Asia Timur mencatatkan peningkatan paling banyak dalam pencerobohan pengguna bagi suku ke suku, dengan Jepun meningkat sebanyak 1,442 peratus, China sebanyak 1,092 peratus, Korea Selatan sebanyak 1,013 peratus dan Malaysia sebanyak 733 peratus,” katanya.

Alat interaktif Surfshark menunjukkan bagaimana setiap negara di dunia terkesan dengan pencerobohan, menurut 27,000 pangkalan data yang bocor.

Penyelidik Data di Surfshark, Agneska Sablovskaja, berkata di Asia Tenggara, setiap dua orang, atau 64 daripada setiap 100, telah terjejas dengan pencerobohan data ini.

​​”Bagaimanapun, di Malaysia, jumlah ini meningkat kepada 138 bagi setiap 100 orang. Secara statistik, rata-rata rakyat Malaysia telah terjejas oleh pencerobohan data sekurang-kurangnya sekali,” katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda merasakan data peribadi anda selamat?

Tidak, saya sentiasa rasa data saya senang diceroboh
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin selamat
0.00% 0 Undi
Ya, saya sentiasa pastikan data saya selamat
0.00% 0 Undi

Menurut kajian itu lagi, pencerobohan pengguna global adalah dua peratus lebih tinggi pada suku ini daripada yang lalu.

Jadi apa yang kita boleh lakukan bagi melindungi data peribadi dari diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab?

Berikut ialah antara inisiatif yang boleh diambil untuk melindungi data anda.

1- Dapatkan Rangkaian Persendirian Maya (Virtual Private Network, Vpn)

Rangkaian Persendirian Maya (VPN) adalah perisian yang mampu menyulitkan data yang anda hantar dan terima secara dalam talian di samping menyembunyikan alamat IP sebenar anda. Data dalam talian secara asalnya tidak disulitkan, jadi VPN berfungsi untuk menyukarkan penyerang dalam talian di samping menjadikan aktiviti komunikasi anda lebih privasi dan selamat. VPN melakukannya dengan cara menyalurkan data ke saluran yang selamat secara sendiri dan mengelirukan IP anda supaya kelihatan seperti anda sedang log masuk dari tempat lain. 

2 – Dapatkan Perisian Antivirus

Jika privasi anda pada peranti terganggu dengan virus jahat atau perisian hasad lain yang membuatkan peranti anda tidak boleh berfungsi dengan baik – sama ada pada komputer atau peranti mudah alih, penyerang boleh memintas apa sahaja yang anda lakukan tidak kira betapa kuatnya langkah keselamatan anda yang lain. Melaburlah pada perisian antivirus dan sistem keselamatan tembok api yang baik untuk menghalang serangan perisian hasad pada peranti-peranti anda dan juga sebagai sebahagian solusi berlapis untuk melindungi privasi anda.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda pernah meneliti tetapan privasi akaun media sosial anda?

Ya, saya pernah menelitinya dan pastikan saya hanya berkongsi pada mereka yang diyakini
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, saya rasa tidak pernah teliti sepenuhnya
0.00% 0 Undi
Tidak, saya tidak pernah meneliti. Saya akan periksa semula selepas ini
0.00% 0 Undi

3 – Berhati-Hati Dengan Apa Yang Anda Kongsi Di Media Sosial Dan Internet

Elakkan daripada mengisi semua bidang di akaun media sosial anda seperti di mana anda tinggal, pekerjaan anda, nombor telefon, dan sebagainya untuk mengurangkan informasi yang anda berikan secara dalam talian. Anda juga mungkin perlu berhati-hati dan sentiasa menyemak tetapan privasi di semua laman media sosial anda supaya dapat mengehadkan apa yang anda kongsi kepada orang lain.

4 – Berhati-Hati Menggunakan Wifi Awam

Penggodam boleh mengintip dan memintas apa sahaja yang anda lakukan apabila disambungkan ke WiFi percuma. Oleh kerana rangkaian WiFi awam secara umumnya boleh diakses oleh orang ramai, jadi tiada apa yang boleh menghalang penggodam untuk mengakses rangkaian WiFi yang sama dan mencari peluang kelemahan yang ada. Sekiranya anda benar-benar perlu menggunakan rangkaian WiFi awam, cuba elakkan daripada melakukan tugas penting seperti aktiviti perbankan atau mengakses fail bersekuriti tinggi. Gunakan Rangkaian Persendirian Maya (VPN) untuk mengurangkan sebarang potensi risiko walaupun adalah lebih baik jika anda menggunakan sambungan data milik anda sendiri.