Malaysia Merupakan Negara Ke-18 Teraman Di Dunia. Bangga Tak?

Malaysia tersenarai dalam kedudukan ke-18 negara paling aman di dunia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2022 yang menjadi ukuran utama kedamaian global di dunia.

Ia merupakan peningkatan empat anak tangga berbanding kedudukan pada tahun sebelumnya. Selain itu, Malaysia berada di kedudukan keempat di peringkat Asia Pasifik di belakang Singapura, Jepun dan New Zealand.

Adakah anda mengetahui Malaysia merupakan negara ke-18 teraman di dunia?

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berkongsi laporan GPI berkaitan di laman Facebook miliknya berkata semasa pentadbiran beliau, negara  tersenarai dalam kedudukan ke-18 negara paling aman di dunia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2022 yang menjadi ukuran utama kedamaian global di dunia.

“Laporan yang disediakan oleh Insitut Ekonomi dan Keamanan (IEP) membentangkan analisis yang dipacu data paling komprehensif mengenai petunjuk aliran keamanan, nilai ekonomi serta cara memupuk masyarakat yang aman,” tulis beliau.

Adakah anda setuju tadbir kerajaan di bawah pentadbiran PM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini dapat meningkatkan kedudukan Malaysia ke tempat yang lebih tinggi sebagai negara paling aman di dunia?

Selain itu, dilaporkan GPI meliputi 99.7% penduduk dunia dengan menggunakan 23 penunjuk kualitatif dan kuantitatif daripada sumber yang sangat dipercayai.

Data berkenaan mengukur aspek keamanan merentas tiga faktor utama iaitu tahap keselamatan masyarakat, perkembangan konflik domestik dan antarabangsa serta tahap ketenteraan.

Apa pendapat anda tentang pencapaian setahun Ismail Sabri mentadbir negara?

GPI menggunakan indeks komposit yang mengukur kedamaian sesebuah negara pada skala satu hingga lima.

Semakin rendah markah yang dicatat, semakin aman negara tersebut.

Berdasarkan dapatan itu, Iceland merupakan negara paling aman di dunia dengan skor 1.10, diikuti New Zealand (1.26), Ireland (1.28) dan Denmark (1.29). 

Singapura (1.32) merupakan negara Asia paling aman di dunia yang berada di kedudukan kesembilan, diikuti Jepun (1.33) dan Malaysia (1.47).