CEO KTMB dicabar, jadi bahan amarah netizen selepas didakwa salahkan rakyat tak guna perkhidmatan awam?

Keengganan orang ramai menggunakan pengangkutan awam menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan raya. Trafik baru-baru ini semakin sesak dan kesesakan lalu lintas bukan sahaja berlaku pada waktu puncak sahaja.

Rakyat mula merungut apabila hampir semua lebuh raya dan laluan utama sesak tanpa mengira masa sejak negara memasuki fasa peralihan endemik pada 1 April lalu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad Mohd Rani Hisham mengaitkan antara faktor yang mendorong kesesakan trafik tersebut adalah sikap orang ramai yang tidak berminat menggunakan pengangkutan awam.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam?

Saya guna kenderaan sendiri kebanyakan masa
66.67% 2 Undi
Saya lebih suka guna pengangkutan awam
33.33% 1 Undi
Ada masa guna kenderaan sendiri, ada masa guna pengangkutan awam
0.00% 0 Undi

Berikutan fenomena itu, Mohd Rani Hisham mencadangkan kenderaan awam seperti tren komuter dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Lembah Klang.

Sumber: Twitter KTMB

“Sikap pengguna yang enggan menggunakan pengangkutan awam itu turut memberi kesan kepada rangkaian tren komuter KTMB yang sehingga kini kapasiti setiap tren yang beroperasi tidak penuh.”

Menurut beliau lagi, hanya 21,000 penumpang yang memanfaatkan perkhidmatan komuter setiap hari sedangkan kemampuannya boleh mencapai kira-kira 40,000 penumpang.

Hanya sekitar 0.6 juta dari 2.5 juta penduduk Lembah Klang memilih untuk menggunakan khidmat komuter dan KTMB kekurangan hampir 50 peratus penumpang setiap hari berbanding 21,000 yang menggunakan komuter.

Mohd Rani juga menyatakan bahawa pelbagai promosi juga sudah dilakukan untuk menarik lebih ramai menggunakan khidmat komuter, namun pengguna lebih gemar menggunakan kenderaan sendiri.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda dengan kenyataan beliau?

Tidak, sistem pengangkutan awam perlu ditambahbaik dahulu
50.00% 1 Undi
Setuju, orang ramai perlu guna pengangkutan awam lebih kerap
50.00% 1 Undi
Tidak pasti, masing-masing ada pilihan sendiri
0.00% 0 Undi

Masalah ketibaan komuter yang mengambil masa yang lama di setiap stesen bakal diselesaikan dalam jangka masa lima tahun mengikut perancangan. Beliau menjelaskan, “Kami masih dalam proses mendapatkan frekuensi seperti sebelum Covid-19, kenaikan penumpang akan membebankan dari segi frekuensi selain kami juga masih beroperasi menggunakan satu landasan.

“Frekuensi akan ditambah baik dan dijangka bakal mencapai tujuh minit setiap satu tren yang datang ke stesen berbanding sekarang sekitar 30 ke 45 minit untuk ketibaan sebuah tren,” katanya.

Kenyataan yang seakan-akan menyalahkan orang ramai tersebut telah mencetuskan kemarahan ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Mereka juga cepat membalas dengan menyenaraikan pelbagai masalah yang mereka hadapi ketika menggunakan pengangkutan awam terutamanya tren komuter.

Dalam semua masalah yang dikemukakan, ramai merungut mengenai kekerapan tren yang kurang yang mengakibatkan waktu menunggu sehingga 1 jam sekiranya terlepas tren.

Ada juga yang mengeluh mengenai gangguan perkhidmatan yang berlaku sekiranya hujan atau banjir selain kapasiti yang selalu penuh ketika waktu puncak serta gangguan tidak berjadual di waktu tersebut.

Baru-baru ini juga tular kejadian perjalanan tren yang tergendala sehingga dua jam yang mengakibatkan penumpang yang berada di dalam tren tersebut kepanasan dan hampir ‘lemas’ disebabkan oleh pintu dan tingkap yang tertutup.

Apa yang lagi mengecewakan, pihak KTMB juga lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah itu apabila rata-rata pengguna tren tersebut sedang berkejaran ke tempat kerja. 

Malahan mereka juga dikenakan caj lebih hanya kerana melebihi 5 jam perjalanan yang pada mulanya disebabkan oleh masalah teknikal tren tersebut.

Masalah teknikal yang dialami tren tersebut dikatakan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan berikutan pelaksanaan kerja-kerja naiktaraf landasan projek KVDT, di mana hanya satu landasan sahaja digunakan antara laluan Kajang-Bangi.

Di dalam kejadian tersebut, seramai 220 orang penumpang yang terkandas telah dipindahkan ke tren bantuan pada jam 10.35 pagi dan selesai pada jam 11.16 pagi yang melibatkan KTM Komuter di KM423.533 antara Bangi dan Kajang.

Kesulitan-kesulitan seperti ini mengganggu perjalanan pengguna dan mendesak mereka untuk memilih alternatif lain.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Bagaimana dengan perkhidmatan tren di sekitar anda?

Kurang memuaskan seperti dakwaan warga maya
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, saya guna kenderaan sendiri
0.00% 0 Undi
Baik, memudahkan pergerakan saya
0.00% 0 Undi

Lanjutan keluhan tersebut, warga maya mencabar agar beliau mencuba sendiri perkhidmatan tren tersebut terutamanya ketika waktu puncak.

Ini berikutan agar beliau mengalami sendiri kerumitan dan kesusahan yang dihadapi orang ramai yang menggunakan pengangkutan tersebut.

Selain keadaan yang berhimpit-himpit di dalam tren, mereka juga menjelaskan tahap khidmat tren yang tidak memuaskan itu sehingga menyebabkan pengguna lebih rela tersekat dalam kesesakan lalu lintas berbanding menaiki tren.

Kemarahan itu terus dimarakkan lagi dengan sebuah perkongsian di Facebook yang membandingkan tren di Malaysia dengan tren di Jepun.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Wajarkah kita membandingkan tren di Malaysia dengan tren di negara lain?

Bagus untuk melihat penambahbaikan yang boleh dilakukan
100.00% 2 Undi
Mungkin, Malaysia boleh belajar dari negara lain
0.00% 0 Undi
Tidak, lain negara lain kapasiti
0.00% 0 Undi

Perkongsian tersebut menjelaskan faktor-faktor yang membolehkan tren di negara matahari terbit itu berfungsi dengan efisien; iaitu kemahiran pemandu dan infrastruktur yang baik.

Penulis itu juga turut menjelaskan bahawa pemandu tren akan ditemani penolong pemandu yang bertugas untuk menjaga masa yang akan melihat kelajuan tren tersebut.

Semestinya perkongsian ini memarakkan kembali amarah warga maya terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Mohd Rani.

Ada yang memberikan komen, “Boleh jemput CEO KTMB baca posting ini

Dan ada juga yang memerli KTMB untuk belajar dari sistem yang dilaksanakan oleh tren di Jepun.

Ringkasnya, infrastruktur dan prasarana kita memerlukan penambahbaikan sekiranya ingin menggalakkan lebih ramai orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam.