Budaya vape dikalangan pelajar sekolah makin menjadi-jadi?

Penggunaan vape dalam kalangan murid sekolah ketika ini membimbangkan!

Trend membimbangkan itu sudah melarat ke peringat murid sekolah rendah. Budaya vape di kalangan pelajar sekolah makin menjadi-jadi iguan buruk. Sebelum ini ada pihak menggunakan sentimen lebih baik vaping berbanding merokok tetapi realitinya kedua-dua punya persamaan iaitu merosakkan paru-paru selain melahirkan pelbagai kemudaratan masalah kesihatan dan tidak dapat disangkal lagi dapat memberi pengaruh yang negatif.

Walaupun gejala itu masih pada skala terkawal, namun tindakan proaktif perlu diambil segera oleh semua pihak terutama ibu bapa untuk menangani isu berkenaan.

Menurut hantaran yang dibuat Medical Mythbusters Malaysia, vape didakwa menjadi punca pelajar sekolah menjadi penagih nikotin.

Malah menurut mereka lagi, sungguh memeranjatkan semakin ramai pelajar yang vaping walaupun sebelum ini tidak pernah merokok. Bukan pelajar lelaki sahaja, malah pelajar perempuan turut terjebak mengambil vape.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pihak industri berkata vape dapat membantu perokok untuk berhenti merokok. Persoalannya, mengapa budak sekolah yang tidak merokok tiba-tiba vaping?

Mengikut trend dan pengaruh rakan
75.00% 3 Undi
Peranti vape mudah didapati dan murah
25.00% 1 Undi
Saya tidak pasti dan tidak kisah
0.00% 0 Undi

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati prevalens merokok di Malaysia adalah sebanyak 21.3 peratus.

Dalam otak manusia, nikotin merangsang reseptor sehingga membebaskan sebatian dopamin.

Dopamin melatih otak kita agar mengulangi tingkah laku pengambilan (iaitu pengukuhan tingkah laku) sehingga akhirnya menimbulkan kebergantungan.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan akan memperkenalkan akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005.

Polisi itu juga dikenali sebagai Generational End Game (Generasi Penamat, GEG).

Langkah itu diambil bagi mengurangkan pendedahan generasi akan datang kepada rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.

Profesor Psikiatri Ketua Sekolah Klinikal, MAHSA University Prof Dr Mohamad Hussain Habil berpendapat dalam konteks kesihatan awam, intipati konsep End Game adalah ia diamalkan di penghujung sesuatu turutan langkah bagi mempercepatkan pencapaian matlamat.

Dalam konteks prevalens merokok yang tinggi di Malaysia, timbul keraguan polisi larangan produk tembakau dalam bentuk GEG seperti diumumkan oleh Khairy ini adalah tepat masanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah kerajaan sudah memaksimumkan kesemua inisiatif kawalan tembakau di negara kita?

Ya, kerajaan sedang mengambil pendekatan drastik demi kepentingan rakyat Malaysia dengan mengemukakan memorandum mengenai rang undang-undang (RUU) kawalan tembakau dan merokok
100.00% 3 Undi
Mungkin, saya tidak pasti tentang inisiatif kawalan tembakau itu
0.00% 0 Undi
Tidak, Malaysia masih belum melaksanakan apa-apa inisiatif untuk mencapai negara bebas asap rokok
0.00% 0 Undi

Budaya vape di kalangan pelajar sekolah makin menjadi-jadi. Ada juga makin berani dan tiada lagi segan silu menghembuskan asap rokok elektronik di khalayak awam atau sejengkal dari pagar sekolah.

Jika isu ini tidak diambil tindakan serius, jumlah mereka yang mengalami masalah mental akibat penyalahgunaan dadah akan terus meningkat dan menjejaskan kesejahteraan dan ketenteraman negara.

Antara penyebab penggunaan vape menjadi popular dalam kalangan pelajar kerana vape memiliki pelbagai perisa, manis, tidak berbau, mudah didapati dan lebih jimat.

“Kenapa vape lebih baik daripada rokok?”

Ini antara jawapan pelajar:

1. Tiada nikotin 

2. Berperisa 

3. Berasa manis

4. Boleh guna lama

5. Senang nak dapat (kedai berdekatan sekolah)

6. Tidak mempunyai air tembakau

7. Lebih jimat. Pakai lama

8. Rupa cantik. Boleh buat collection

9. Tidak berbau

10. Wangi

Begitulah jawapan pelajar. Boleh tanya cikgu-cikgu sekolah bagaimana keadaan sekolah mereka berkaitan pelajar yang mengambil vape ini? Waktu rehat sedut vape beramai-ramai dalam tanda.

Device-nya (peranti vape) yang kini bersaiz kecil & tak perlu lighter untuk menghidupkannya seperti rokok. Picit button & sedut. Begitu murah, malah mudah juga untuk berkongsi dengan rakan-rakan lain. 5000 puff/device…inhaler untuk pesakit asthma pun baru 200 puff/device. Bau pun tidak seperti rokok dan berperisa.

Bukankah semua ini bukan untuk tujuan berhenti merokok seperti yang dicanang-canangkan oleh penjual vape? Akhirnya tanpa kawalan & integriti penjual, device vape ini sampai di tangan kanak-kanak yang masih bersekolah.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, benarkah penggunaan vape berhasil untuk perokok berhenti merokok?

Ya, ramai yang lebih memilih vape berbanding rokok tradisional
100.00% 3 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi
Tidak, perokok tetap merokok
0.00% 0 Undi

Device vape ini juga murah dan senang didapati. Keluar sahaja daripada pagar sekolah. Di kedai runcit, kedai serbaneka, kedai/warung/gerai makan malah gerai abang jual air pun ada jual vape yang pakai buang ini. Pelajar nak masuk kedai vape pun boleh. Tiada semakan umur. Cukup ketinggian sahaja sudah boleh masuk ke kedai vape untuk membelinya. Kedai vape pun banyak di rumah-rumah kedai berdekatan sekolah. 

Harga serendah Rm15 untuk 800 puff atau RM35 untuk 5000 puff. Kumpul seringit dua sehari duit belanja sekolah pun sudah boleh beli vape ini dan bertahan 1-2bulan.

Bagaimana ibu-bapa semua? Adakah tuan puan sedar wabak ini sedang melanda sekolah anak-anak anda? Inilah kesan agenda “NORMALISASI” yang sedang dilakukan oleh pihak industri.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah kempen kesedaran kemudaratan merokok berkesan dilaksanakan sebagai kaedah pengajaran generasi muda di Malaysia?

Tidak, tidak memberi apa-apa kesan kepada pelajar di sekolah
33.33% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
33.33% 1 Undi
Ya, berkesan dan dapat menanam hasrat dalam kalangan murid-murid sekolah dan remaja agar tidak mula merokok
33.33% 1 Undi

Walaupun kerajaan Malaysia tidak membenarkan penjualan rokok kepada golongan muda bermula tahun hadapan (2023), pasaran gelap akan terus membekal kepada golongan tersebut.

Cabaran utama dalam kalangan penagih adalah pemberhentian mutlak mana-mana bahan atau aktiviti ketagihan. Tambahan pula, golongan muda masa kini pantang ‘diarah’ melakukan atau menghindari sesuatu perbuatan.

Justeru, kerajaan harus menumpukan perhatian ke arah pendidikan berterusan generasi muda supaya mereka sedar dan pilih gaya hidup ke arah kesihatan mental dan fizikal yang optimum.

Untuk mencapai tujuan ini, kita juga perlu mencari alternatif pengambilan tembakau seperti kaedah rokok elektronik atau smokeless cigarette yang sudah pun berada di pasaran bagi menggantikan rokok konvensional.

Kementerian perlu memberi sokongan untuk saintis dan akademik menjalankan kajian penggunaan bahan tersebut yang boleh menghuraikan beberapa isu seperti keberkesanannya mengurangkan masalah kesihatan, mengurangkan kebergantungan atau penagihan dan menjadi pemangkin agar penagih rokok akhirnya berhenti merokok.