“Tindakan awak sekarang sebagai lelaki pengecut” – Puteri Sarah

Syamsul Yusof yang akhirnya mengaku beliau telah berkahwin dengan Ira Kazar telah mendapat perhatian ramai dan isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana turut telah mengeluarkan kenyataan tentang perkahwinan tersebut.

Isteri pertama Shamsul Yusof menyifatkan pelakon dan pengarah terkenal itu telah memutar belit fakta.

Puteri Sarah dalam videonya di media sosial berkata demikian kerana suaminya tidak pernah berbincang dengannya mengenai pernikahan dengan Iza Kazar.

Apa reaksi anda berhubung perkahwinan Syamsul Yusof dan Ira Kazar ini?

Selain itu, suaminya juga bernikah di Thailand juga membuktikan dirinya ‘pengecut’.

“Siapa lari sebenarnya? You lelaki ‘pengecut’, sudah kahwin you blame me.

“You patut bincang macam masa you nak ambil I dulu, patut bincang dengan emak bapak I dan mama dan papa you,” ujarnya.

Puteri Sarah berkata terpaksa membuat penjelasan memandangkan Shamsul sudah menuduhnya tidak mahu berbincang mencari jalan penyelesaian dan bukan mahu membuka aib.

Apa pendapat anda bila Puteri Sarah sifatkan Syamsul Yusof pengecut?

Sedangkan, dakwanya, suaminya itu telah menyekat nombor telefonnya sejak empat tahun lepas sedangkan dia berpeluang berbuat demikian sejak awal lagi.

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam gagal menahan air mata apabila mengenang nasib rumah tangga anaknya, Syamsul Yusof yang sedang bergolak ketika ini.

Menerusi temu bual media, Yusof Haslam telah meluahkan isi hatinya sebagai seorang bapa selain berasa kecewa melihat tindakan Syamsul yang tidak bertanggungjawab kepada isterinya, Puteri Sarah.

Malah, dia mengakui isterinya, Datin Patimah Ismail turut terkesan dengan tindakan anaknya itu memandangkan dirinya juga seorang ibu.

Bohonglah kalau saya kata tidak kecewa. Tapi perasaan saya mungkin tidak sama dengan Datin (Patimah Ismail) sebagai seorang ibu.

“Datin sedih dan berasa sedikit marah, tapi saya sentiasa pesan untuk mendoakan yang terbaik.

“Kami keluarga Syamsul tidak akan memaafkan Kazar yang membantu anaknya (Ira Kazar) berkahwin dengan Syamsul.”

Itu kenyataan yang ditulis sendiri oleh ibu Syamsul Yusof, Datin Fatimah Ismail dalam satu tangkap layar komen yang tular apabila tidak akan memaafkan perbuatan pelakon, Kazar Saisi kerana membantu anak perempuannya bernikah dengan suami orang.

“Kazar telah merosakkan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan anak-anak mereka! Namun kami terima takdir yang telah berlaku ke atas anak kami yang malang itu,” ujarnya.

Selepas isu ini, segelintir kaum wanita melabel semua lelaki sebagai kaki perempuan dan sanggup curang serta menduakan isteri. Apa pendapat anda?

Semua pihak perlu beri ruang kepada Syamsul dan Puteri Sarah untuk selesaikan perkara itu.

Harap Puteri Sarah cekal menghadapi ujian sebagai seorang isteri dan sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua.