Tak Cukup Pekerja: Anak muda Malaysia didakwa malas dan tak mahu kerja?

Malaysia telah mula beralih ke fasa endemik sejak 1 April lalu, kesemua sektor ekonomi telah kembali dibuka dan rata-rata semua jenis perniagaan dilihat telah menjalankan operasi mereka seperti sebelum kehadiran pandemik Covid-19.

Biarpun kerajaan telah menetapkan gaji pokok sebanyak RM1,500 bermula 1 Mei lalu, namun masalah kekurangan tenaga pekerja terus berlaku malah didakwa kini lebih teruk.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah kekurangan tenaga kerja anak muda kerana gaji yang tidak setimpal?

Ya, kerja penat-penat tapi gaji sikit. Siapa nak?
50.00% 2 Undi
Mungkin, kita masih perlu selidik punca
25.00% 1 Undi
Tidak, ramai sahaja anak muda bekerja dalam pelbagai sektor
25.00% 1 Undi

Antara sektor yang amat memerlukan penglibatan anak muda adalah sektor penghantaran barangan e-dagang dan sektor f&b khasnya restoran dan hotel yang mendakwa tidak mempunyai pekerja yang cukup selepas peralihan fasa endemik ini.

Dalam pada itu, terdapat majikan dalam sektor f&b mengeluh kesukaran untuk meneruskan operasi kerana kekurangan pekerja khasnya dari generasi muda sehingga terpaksa menutup perniagaan mereka.

Sebelum ini terdapat dakwaan yang anak muda mula beralih ke sektor e-hailing dan p-hailing namun syarikat seperti Grab menafikan dan mengeluarkan kenyataan operasi mereka turut terganggu kerana tidak mempunya pemandu dan penghantar makanan yang mencukupi sehingga kadar tambang dan penghantaran pun terpaksa dinaikkan sehingga isu ‘menggegar’ negara sejak beberapa minggu lalu.

Semakin galak dilihat Iklan yang menawarkan pekerjaan di media sosial tetapi pemohon pula tak ramai. Melihat akan perkara ini timbul pula persoalan yang tular kini, “Mana pergi anak muda kita?”

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anak muda kini memilih kerja kerana tidak mahu ikut peraturan dan mahu ikut masa sendiri?

Tidak, anak muda masih ramai dapat mengikut peraturan
66.67% 2 Undi
Tidak pasti, anak muda tidak tahu apa yang mereka mahu
33.33% 1 Undi
Ya, anak muda perlukan fleksibiliti
0.00% 0 Undi

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan berkata, isu terbesar yang dihadapi negara ketika ini ialah kekurangan tenaga kerja dalam kalangan generasi muda di semua sektor.

Menurutnya, biarpun pelbagai inisiatif dan insentif diberikan kerajaan kepada majikan serta pencari kerja khususnya belia tetapi isu itu semakin kritikal.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah kerajaan wajar menambah lagi inisiatif dan insentif kepada majikan?

Ya, kerajaan perlu ketengahkan lagi banyak inisiatif untuk majikan
75.00% 3 Undi
Tidak, majikan yang perlu usahakan dahulu
25.00% 1 Undi
Mungkin, jika kerajaan berkemampuan untuk memberi peruntukan
0.00% 0 Undi

Beliau berkata, semakin kerap majikan menjatuhkan hukuman dan melabel golongan belia memilih kerja, malas, tidak kompeten dan sebagainya, maka semakin membesarlah jurang anak muda untuk tidak mempercayai golongan dewasa di tempat kerja.

Katanya, ketika Malaysia terus menjadi sebuah negara yang lebih muda dengan populasi belia yang ketara, pengamal sumber manusia di industri perlu menyedari bahawa tenaga kerja kalangan belia akan semakin mengambil peranan yang lebih bermakna dalam organisasi sebagai pemimpin bersama orang dewasa.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah majikan pula perlu beralah dengan melayan permintaan anak muda dalam menarik minat mereka untuk bekerja?

Mungkin, majikan perlu ambil kira kemampuan perniagaan/organisasi
66.67% 2 Undi
Tidak, anak muda harus lebih objektif dalam bekerja
33.33% 1 Undi
Ya, anak muda diperlukan untuk merancakkan industri
0.00% 0 Undi

“Justeru, PKPB menyeru kepada pihak majikan, pengamal sumber manusia, pakar pembangunan belia, penggubal dasar untuk memahami cara berbeza yang mana golongan belia dan dewasa dalam tetapan organisasi boleh mengoptimumkan hubungan mereka untuk kesejahteraan organisasi yang akhirnya memberi manfaat besar kepada ekonomi negara serta sosial masyarakat.

“Sudah tiba masanya, program-program pembangunan sumber manusia turut disekalikan dengan pembangunan positif belia jika kita ingin melihat bakat tempatan mengisi pelbagai kekosongan jawatan di semua sektor perindustrian.

“Usaha ini menuntut kesungguhan, komitmen dan semangat nasionalisme yang tinggi kita semuanya khususnya pihak majikan di negara ini,” katanya.

Ketidaksaksamaan ekonomi antara kelas masyarakat di negara ini adalah disebabkan kebergantungan tinggi sektor-sektor pekerjaan kepada tenaga kerja luar.

Kata Profesor Ekonomi UKM-Graduate School of Business, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, dengan kebanyakan pekerjaan pada gaji minimum diisi oleh pekerja asing, golongan B40 yang menerima natijah terbesarnya

Maka terpaksalah ramai pekerja tempatan terlibat dalam ekonomi tidak formal, sekali gus tidak dapat menikmati sebaiknya kenaikan kadar gaji minimum yang diumum Perdana Menteri baru-baru ini.

“Bagi saya ketidakupayaan kita mencapai tahap negara berpendapatan tinggi dan maju antara puncanya datang daripada sektor tenaga kerja ini.

“Kita melayan keinginan nak ekonomi murah, maka kita terperangkap dengan masalah ini.

“Saya melihat data dalam sektor ekonomi yang rendah sangat jelas bahawa pekerja-pekerja tempatan di paras pendapatan rendah, tidak berkemahiran Malaysia mereka diasak keluar.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah kerajaan perlu mengambil lebih ramai pekerja asing bagi menampung kekurangan tenaga kerja anak muda yang semakin meruncing?

Tidak, sudah terlalu ramai pekerja asing di Malaysia
100.00% 4 Undi
Tidak pasti, mungkin dapat menampung kekurangan tenaga pekerja
0.00% 0 Undi
Ya, kita kekurangan tenaga pekerja untuk beberapa sektor
0.00% 0 Undi

Dalam isu yang berkaitan juga, majikan di Malaysia didakwa majikan paling kedekut bagi seluruh Asia Tenggara dari segi bayaran upah apabila hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji, lapor Utusan Malaysia.

Angka itu adalah antara yang terendah di rantau ini berban­ding Singapura (40 peratus), Indonesia (84 peratus) dan Filipina (76 peratus) di bandar-bandar utama negara berkenaan.

Namun, perbezaan peratusan yang ketara itu perlu mengambil kira populasi negara dengan Malaysia (33 juta), Indonesia (273 juta), Filipina (109 juta) dan Singapura (5.6 juta).