Wajarkah hukuman m4ti mandatori dimansuhkan?

Pengumuman kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori telah menerima pelbagai maklum balas dan pendapat mengenai perkara tersebut. 

Secara dasarnya, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah sebagai usaha menambah baik sistem keadilan jenayah negara.

Keputusan ini dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun 2022.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda cakna dengan keputusan pemansuhan hukuman mati mandatori ini?

Ya, saya cakna dan mengikuti perkembangan itu
100.00% 5 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi
Tidak, saya baru tahu
0.00% 0 Undi

“Jemaah Menteri bersetuju penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

Kerajaan juga akan turut mengkaji kebolehlaksanaan berkaitan hala tuju sistem keadilan jenayah (Criminal Justice System) di negara ini, antaranya seperti pewujudan prosedur pra penghukuman (pre-sentencing procedure), penubuhan Majlis Penghukuman (Sentencing Council), pembangunan Garis Panduan Penghukuman (Sentencing Guideline), penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang (Law Commission), pembaharuan institusi kepenjaraan (Prison Reform) dan pelaksanaan hukuman berdasarkan restorative justice.

YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi menjelaskan bahawa “keputusan berkaitan perkara ini menunjukkan keutamaan Kerajaan untuk memastikan hak semua pihak adalah terpelihara dan terjamin sekali gus mencerminkan ketelusan barisan kepimpinan negara ini dalam menambahbaik sistem keadilan jenayah negara yang serba dinamik”.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, hampir 2,000 pesalah yang ditangguh menjalani hukuman gantung ekoran pelaksanaan moratorium sejak 2018 tidak mengetahui penghujung nasib mereka apabila cadangan sebelum ini untuk mengkaji akta berkaitan, sepi tanpa perkembangan terbaharu.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah wajar kerajaan membuat keputusan memansuhkan hukuman mati mandatori ini?

Tidak, kerajaan perlu sedaya upaya ke arah penyempurnaan undang-undang Islam terutamanya bagi jenayah bunuh, bukannya hapuskan terus
60.00% 3 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
20.00% 1 Undi
Ya, kerajaan telah mengamalkan sifat keperimanusiaan
20.00% 1 Undi

Keadaan itu menyebabkan bilangan banduan akhir yang menanti pelaksanaan hukuman tersebut bertambah daripada 1,359 orang pada 2018 kepada 2,000 orang pada tahun ini.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, keputusan berkaitan perkara itu menunjukkan keutamaan kerajaan untuk memastikan hak semua pihak adalah terpelihara dan terjamin sekaligus mencerminkan ketulusan barisan kepimpinan negara ini dalam menambah baik sistem keadilan jenayah negara yang serba dinamik.

Sebab-sebab hukuman mati perlu dikekalkan:

i. Pengutamaan kepentingan awam.

Banduan akhir yang sedang menunggu hukuman mati adalah hanya lebih kurang 0.00039 peratus (1,281 orang) daripada jumlah keseluruhan (33 juta orang) rakyat Malaysia. Sepatutnya hak asasi dan keselamatan masyarakat majoriti rakyat Malaysia diutamakan, bukannya penjenayah-penjenayah.

Menurut kaji selidik atas talian yang telah dibuat oleh akhbar New Straits Times, 82 peratus menyokong agar hukuman mati dikekalkan dan menentang sebarang usaha untuk menghapuskannya. Manakala petisyen atas talian “Do not abolish death penalty” yang digerakkan oleh Protect Malaysia untuk menyokong pengekalan hukuman mati sudah mencapai lebih 60,000 sokongan.

ii. Pencegahan jenayah yang berkesan.

Undang-undang yang ketat dan tegas bertindak sebagai jenayah yang berkesan dengan menanamkan rasa takut dan gerun kepada mereka yang berniat untuk melakukan sesuatu kesalahan jenayah. Sudah semestinya hukuman mati merupakan pencegah jenayah yang sangat berkesan kerana melibatkan sesuatu yang paling berharga kepada seseorang, iaitu nyawa.

Sebagai contoh, hukuman mati telah dihapuskan di United Kingdom (UK). Sejak dari pemansuhan hukuman mati di negara itu, jenayah membunuh telah meningkat secara mendadak dan mengundang pelbagai masalah lain pula.

iii. Wang pembayar cukai tidak seharusnya dibazirkan.

Kita selalu terdengar bahawa kerajaan, terutamanya menteri kewangan selalu ‘merintih’ bahawa hutang negara berada pada kadar yang sangat kritikal, lalu pelbagai potongan dibuat kepada peruntukan untuk pelbagai sektor terutamanya pendidikan dan kesihatan. Maka, rentetan dari keadaan terdesak sebegini, kerajaan sepatutnya menyalurkan kewangan negara bagi perkara-perkara yang bermanfaat dan berbaloi, berbanding untuk digunakan untuk menyara hidup para pelaku jenayah serius.

Jika hukuman mati dimansuhkan, maka kehidupan penjenayah serius ini perlu ditangguh sepanjang hayat mereka di dalam penjara. Kos bagi menyara hidup seorang banduan adalah RM41 sehari. Justeru, jika dibuat pengiraan bagi banduan akhir seramai 1,281 orang selama 30 tahun, maka kosnya adalah RM575 juta.

iv. Undang-undang Islam.

Hukuman mati adalah hukuman yang disyariatkan dalam Islam bagi kesalahan-kesalahan tertentu. Ini termasuk bagi jenayah membunuh. Misalnya, hukuman qisas iaitu bunuh seharusnya dibalas bunuh jika berjaya dibuktikan tanpa sebarang keraguan dan jika tidak mendapat kemaafan dari pihak keluarga mangsa, melalui diyat. Sebahagian besar dari konsep ini selaras dengan seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang menetapkan hukuman mati bagi kesalahan membunuh.

Sepatutnya kerajaan perlu sedaya upaya ke arah penyempurnaan undang-undang Islam terutamanya bagi jenayah bunuh, bukannya hapuskan terus. Apakah ada cubaan untuk menyimpangkan undang-undang yang sedia ada dari undang-undang Islam?

v. Keperluan hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan serius.

Kisah-kisah tragis yang melibatkan pembunuhan kejam kanak-kanak semestinya menyentuh hati kita semua. Sejak lima tahun yang lalu, sebanyak 9,781 kes kanak-kanak telah dilaporkan hilang di seluruh negara. Banyak kes kehilangan kanak-kanak masih lagi belum selesai, mereka masih lagi gagal ditemui. Jika mereka ini ditemui mati dan pembunuh dikenal pasti selepas usul pemansuhan hukuman mati ini diluluskan, apakah kita sanggup melihat rintihan keluarga mereka?

vi. Konflik kepentingan

Undang-undang negara tidak seharusnya dibenarkan untuk dimanipulasi oleh pihak berkepentingan melalui NGO-NGO yang kononnya ingin menepati standard antarabangsa.

Baru-baru ini juga tular kejadian perjalanan tren yang tergendala sehingga dua jam yang mengakibatkan penumpang yang berada di dalam tren tersebut kepanasan dan hampir ‘lemas’ disebabkan oleh pintu dan tingkap yang tertutup.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah pendirian anda mengenai hukuman mati di negara kita?

Saya lebih berharap hukuman mati mandatori ini dikekalkan supaya adil
83.33% 5 Undi
Saya setuju jika hukuman mati mandatori ini dihapuskan kerana semua orang layak diberi peluang
16.67% 1 Undi
Tidak pasti, saya tak kisah
0.00% 0 Undi

Ramai yang tak setuju hukuman mati mandatori dimansuhkan

​​Bapa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak bersetuju dengan langkah kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini.

Zulkarnain Idros, 57, berkata, langkah memansuhkan hukuman mati mandatori itu dibimbangi akan menyebabkan peningkatan kes kesalahan serius.

Katanya, hukuman penjara seumur hidup bukanlah hukuman yang sesuai bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mengambil iktibar dan tidak melakukan jenayah berat.

“Saya memang tidak setuju dengan pemansuhan hukuman mati mandatori. Langkah itu dibimbangi akan menyebabkan kes pengedaran dadah dan bunuh akan meningkat di negara kita.

“Lihatlah sahaja kes berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952, sebelum ini hukumannya mati mandatori dikuatkuasa pun kes pengedaran dadah masih tinggi. Bayangkan nanti apabila hukumam mati dimansuhkan pula.

Pendapat ini turut disokong oleh keluarga kepada mangsa bunuh Datuk Sosilawati Lawiya, Datuk Kevin Morais dan Wong Jing Kui memohon kerajaan agar mempertimbangkan pemansuhan hukuman mati mandatori kerana ia tidak memberi keadilan kepada mangsa dan keluarga mereka.

“Jika ia dimansuhkan, perbelanjaan menjaga banduan di penjara akan meningkat. Kadar jenayah pula akan meningkat apabila pelaku jenayah semakin berani membuat jenayah kerana hukuman mati sudah tiada. Hanya dijatuhkan hukuman penjara.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda setuju dengan kenyataan kadar jenayah akan meningkat sekiranya hukuman mati mandatori dimansuhkan?

Tidak, kes jenayah tidak akan meningkat kerana tiada kaitan dengan hukuman
50.00% 3 Undi
Ya, saya sangat bersetuju kerana keluarga mangsa juga akan hidup dalam ketakutan kerana pelaku masih hidup dan mampu melakukan semula jenayah sekiranya dibebaskan nanti
50.00% 3 Undi
Mungkin, saya tidak kisah
0.00% 0 Undi

“Lagipun, jika sesuatu pembunuhan berlaku terhadap ahli keluarga kita, mahukah kita melihat pelaku (suspek) hanya dijatuhkan hukuman penjara dan tidak kepada hukuman mati?”

“Kami faham kerajaan ingin mengamalkan sifat keperimanusiaan tetapi tidak adil menjadikan kami mangsa dalam hal ini,” katanya.

Namun, ada yang berpendapat Malaysia harus memansuhkan hukuman ini.  Kajian Amnesty (letak hyperlink) International telah mengetengahkan beban hukuman mati di Malaysia yang sebahagian besarnya terpikul di bahu pesalah yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah, yang mana termasuklah wanita dan rakyat asing. Sejumlah besar mereka yang di hukum mati ini terdiri dari mereka yang dari latar belakang yang kurang bernasib baik dari segi sosio-ekonomi dan dari kalangan etnik minoriti tertentu. 

Hasil kajian ini lebih besar kesannya bila dipertimbangkan dalam konteks undang-undang dan polisi yang bercanggah dengan undang-undang dan standard antarabangsa dan telah menambah lagi lapisan kesewenangan dalam penggunakan hukuman tersebut. Laporan ini menumpukan kebimbangan khusus berkaitan hak untuk perbicaraan adil dan hak untuk mendapat pengampunan atau pengubahan hukuman.

Apa kata Perdana Menteri?

Mengulas mengenai perkara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap manusia berhak diberi peluang kedua untuk hidup. 

Menurut PM lagi, kerajaan memberi peluang kepada hakim untuk menggunakan budi bicara dan menerima Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, namun ianya akan dikemaskan lagi dan bersetuju supaya diberikan pilihan. 

“Jadi hakim ada dua pilihan, kalau dia rasakan orang itu memang penjenayah tegar, memang mengedar dadah yang menyebabkan beratus ribu orang mati, dia dihukum mati, boleh. Dia dibenarkan menjatuhkan hukuman mati.

“Tetapi kalau dia (hakim) rasa dari segi budi bicara dia nak hukuman seumur hidup dengan sebatan sekali, dia (hakim) boleh pinda hukuman mandatori itu kepada hukuman yang lebih ringan,” ujar beliau. 

Supaya ramai lebih jelas

Ternyata ramai yang salah faham mengenai perkara ini. Hukuman gantung sampai mati masih ada, cuma jika sebelum ini ia bersifat wajib (mandatori) tanpa pilihan, selepas ini ia akan bergantung sepenuhnya kepada pertimbangan hakim.

Sudah pastinya hakim akan menilai samada kesalahan tersebut mencapai takat yang wajar untuk dihukum gantung atau tidak.