Program naturalisasi FAM gagal, wajarkah pencarian pemain warisan perlu diluaskan?

Program naturalisasi sememangnya gagal.

Walaupun pahit untuk ditelan, demikianlah pandangan jujur bekas pemain kebangsaan mendiang Serbegeth Singh terhadap impak barisan pemain naturalisasi yang ‘dicanang’ mampu meningkatkan tahap permainan skuad Harimau Malaya.

“Dalam hidup ada kala kita kena mengaku kesilapan, jangan gadai negara semata-mata untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buktikan program naturalisasi ini adalah satu kejayaan. Jika ia tidak berjaya, terima kenyataan itu dan teruskan berusaha,” katanya.

Bakat-bakat muda sedia ada akan ‘rosak’ sekiranya FAM menumpukan terhadap pemain naturalisasi yang jelas tidak bersungguh-sungguh membawa lencana di dada ketika beraksi di atas padang.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendirian anda mengenai program naturalisasi ini?

Naturalisasi ini ada baiknya tetapi ia mempunyai keburukan yang cukup banyak terutamanya kepada pemain tempatan
100.00% 2 Undi
Saya tidak ambil kisah
0.00% 0 Undi
Saya yakin keberkesanannya (naturalisasi untuk skuad Harimau Malaya) pada masa akan datang
0.00% 0 Undi

Dunia bola sepak tempatan turut hangat diperkatakan apabila dua pemain Sri Pahang FC, Lee Tuck dan Sergio Aguero telah disahkan menjadi pemain naturalisasi baru.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar yang menjelaskan bahawa proses tersebut bukanlah sebahagian daripada projek naturalisasi oleh FAM, sebaliknya ia adalah usaha oleh pihak kelab sendiri yang mahu daftarkan sebagai pemain tempatan bagi saingan Liga Malaysia. 

Terdahulu Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menangguhkan sementara program naturalisasi membabitkan skuad Harimau Malaya, tetapi membenarkan kelab-kelab di liga meneruskan pengambilan pemain naturalisasi.

Peminat melihat keputusan FAM membekukan program naturalisasi tapi membenarkan kelab berbuat demikian adalah satu keputusan yang ‘mengelirukan’. 

FAM sepatutnya meletakkan syarat dan kriteria yang ketat untuk sesebuah kelab mahu menaturalisasikan seorang pemain import sebagai conroh hanya boleh menaturalisasikan pemain berusia dibawah 30 tahun.

Mana tidaknya, individu Islam yang tidak menyertai mana-mana khairat kematian perlu menyediakan wang diantara RM2,000 hingga RM5,000 untuk pengurusan jenazah.

Selain itu, kos berkenaan juga bagi menampung van jenazah, kelengkapan kapan dan lain-lain.

Seorang wakil pengurusan jenazah, Syafiq Hassan berkata, masih ramai orang muda belum menyedari kepentingan khairat kematian yang dilaksanakan di kariah masing-masing.

Katanya, pakej pengurusan jenazah termasuk mandi, kafan, pengebumian dan bacaan tahlil di pusara di kawasannya mene­lan kos minimum RM890 seorang.

“Ia bagaimanapun bergantung kepada kariah masing-masing. Jika di kawasan bandar, ada pihak pengurusan menetapkan lebih RM2,000.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Bagaimana dengan kadar bayaran pengurusan jenazah di kawasan anda?

Tidak pasti
50.00% 2 Undi
Bawah RM2,000
25.00% 1 Undi
RM2,000 dan lebih
25.00% 1 Undi

Program naturalisasi ini diperkenalkan kerana mahu skuad negara mencapai kejayaan dalam tempoh yang singkat, namun ia ternyata gagal dan sepatutnya dihentikan terus. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah program naturalisasi kelab akan ‘bunuh’ peluang pemain tempatan?

Mungkin, saya pun tidak pasti mengenai hal ini
50.00% 1 Undi
Ya, tidak mustahil satu hari nanti kesebelasan utama pemain skuad kebangsaan akan dibarisi oleh pemain-pemain naturalisasi dan pemain tempatan akan tersisih
50.00% 1 Undi
Tidak, kedudukan pemain tempatan tidak akan tergugat langsung
0.00% 0 Undi

FAM tidak akan menghalang mana-mana kelab Liga Malaysia (Liga M) yang mahu menaturalisasikan pemain masing-masing.

Media sebelum ini melaporkan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur (KL) City FC berhasrat untuk menaturalisasikan penyerang dari Colombia, Romel Morales apabila cukup syarat lima tahun beraksi di Liga M pada 2022, manakala Sri Pahang FC dikatakan dalam proses menaturalisasikan Lee Tuck (England).

Baru-baru ini FAM telah memberi bayangan bahawa mereka tidak mahu lagi meneruskan program naturalisasi selepas pemain yang diberi kerakyatan gagal memberi impak kepada skuad kebangsaan.

Susulan itu, FAM kini mula memberi tumpuan kepada pemain warisan pula.

Perkembangan terbaru itu turut disambut baik oleh pemilik JDT sendiri iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ketika satu sesi bersama peminat JDT baru-baru ini.

Malah TMJ juga menegaskan sekiranya ia tidak memberi kelebihan atau keuntungan kepada negara, tiada keperluan untuk pemain import yang berada di hujung karier diberikan kerakyatan sewenang-wenangnya. 

Tidak dapat dinafikan sejak program naturalisasi ini diwujudkan penyokong berbelah bahagi yang mana ada yang menyokong dan selebihnya tidak bersetuju dan ia sudah jelas ternyata bahawa program tersebut telah gagal apabila pemain-pemain yang dinaturalisasikan tidak memberi impak langsung kepada skuad Harimau Malaya. 

Bagaimanapun, pemain warisan atau pemain yang mempunyai darah kacukan pula lebih menyerlah, malah dilihat bermain mati-matian untuk negara dan ia telah terbukti apabila mereka telah berjaya membantu pasukan negara untuk layak ke Piala Asia 2021 secara merit selepas 43 tahun. 

Antara pemain warisan yang menjadi tonggak skuad kendalian Kim Pan Gon adalah Darren Lok, La’Vere Corbin-Ong, Matthew Davies, Junior Eldstal dan Dion Cools. 

Sepanjang saingan Kelayakan Piala Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) baru-baru ini, aksi yang dipamerkan oleh kelima-lima pemain ini sangat menakjubkan. 

Malah Man of the Match ketika perlawanan kumpulan terakhir menentang Bangladesh iaitu Cools dalam sidang medianya juga mengakui tidak menyesal mewakili Malaysia, malah beliau sanggup mati untuk negara.

Semangat itu tidak dapat dilihat dalam kalangan pemain naturalisasi dan ia telah membuatkan penyokong berang dengan aksi hambar mereka.  

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, perlukah khidmat pemain warisan perlu diserap lebih banyak ke dalam skuad negara?

Ya, perlu kerana sudah dapat melihat sendiri perbezaan persembahan di antara pemain warisan dan naturalisasi
100.00% 2 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi
Tidak, kekalkan sahaja pemain yang sedia ada
0.00% 0 Undi

Bapa kepada pemain kacukan negara, Jaami Qureshi iaitu Perviz Qureshi sekali lagi menjadi perbincangan di kalangan peminat bola sepak tanah air apabila baru-baru ini beliau mengkritik tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang enggan berjumpa dengannya ketika lawatannya ke Wisma FAM pada 16 Jun lalu.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Perviz menuduh Datuk Hamidin tidak menghormatinya dan enggan untuk bertemu dengan anaknya selain tidak memperkenalkan Jaami kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan iaitu Kim Pan-gon.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Perviz menuduh Datuk Hamidin tidak menghormatinya dan enggan untuk bertemu dengan anaknya selain tidak memperkenalkan Jaami kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan iaitu Kim Pan-gon.

Peminat juga menggesa agar FAM tidak melayan segala permintaan Perviz Qureshi mengenai anaknya dan lebih fokus kepada pemain muda yang beraksi dalam Liga Malaysia ketika ini. Bahkan, ada peminat yang membandingkan sikap Jaami dengan seorang lagi pemain kacukan, Dion Cools yang menunjukkan komitmen penuh bagi beraksi bersama Malaysia dimana Dion sanggup untuk mengikuti segala peraturan bagi membolehkannya beraksi bersama pasukan negara.

Ketika pemain berdarah kacukan memilih Malaysia, mungkin ada pandangan sinikal yang beranggapan mereka ini mahu mewakili Malaysia kerana tidak ada peluang untuk bersama negara pada ranking lebih tinggi yang boleh diwakili mereka.

Tetapi mereka sebenarnya sudah melakukan pengorbanan yang besar apabila ‘melepaskan’ pasport dan berjuang bersama Malaysia yang berada di lebih dekat di dasar berbanding puncak – melebihi kedudukan ke-150 dunia.

Sekalipun berdarah kacukan dan memiliki separuh darah Malaysia namun semangat perjuangan mereka setara dengan anak tempatan yang darahnya tumpah di bumi bertuah ini.

Kalau tidak ada jiwa, masakan mereka bermain bermati-matian, mencabar setiap bola yang ada selain sanggup berdepan terjahan pihak lawan – aksi mereka di atas padang membuktikan mereka sememangnya anak Malaysia.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah program naturalisasi ini akan terus membawa kegagalan jika diteruskan?

Ya, bakat-bakat muda sedia ada akan ‘rosak’ sekiranya FAM menumpukan terhadap pemain naturalisasi yang jelas tidak bersungguh-sungguh membawa lencana di dada ketika beraksi di atas padang
100.00% 2 Undi
Mungkin, saya tidak kisah
0.00% 0 Undi
Tidak, pemain naturalisasi sanggup ‘mati’ untuk negara
0.00% 0 Undi

Dengan apa yang disumbangkan pemain naturalisasi kepada skuad kebangsaan, memang tepat keputusan FAM untuk ‘membekukan’ seketika program naturalisasi kerana ‘sumber’ yang ada ketika ini tidak cukup mengangkat kualiti bola sepak negara.

Kalau itulah kualitinya pun, gunakan sahaja pemain tempatan kerana menyaksikan pemain tempatan bergelut tidak sesakit melihat persembahan ala kadar pemain naturalisasi.