Prestasi sukan negara makin ‘ke laut’?

Sukan SEA baru saja melabuhkan tirai di Vietnam untuk edisi kali ini dengan Vietnam selaku tuan rumah, muncul juara temasya dwitahunan ini seperti dijangka dengan merangkul rekod 205-125-116 pingat diikuti Thailand (92-103-136), Indonesia (69-91-81), Filipina (52-70-104) dan Singapura (47-46-73) untuk melengkapkan kedudukan lima terbaik.

Malaysia pula sekadar menamatkan temasya kali ini di tempat keenam biarpun berjaya mengatasi sasaran 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa dengan merangkul 39-45-90 pingat selepas 16 hari ianya dilangsungkan. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah pendirian anda mengenai prestasi semasa sukan negara kita?

Saya mengharapkan persatuan dapat melakukan tadbir urus yang lebih baik
66.67% 2 Undi
Tidak mencapai tahap terbaik, kurang profesional dan jauh ketinggalan
33.33% 1 Undi
Saya tidak ambil kisah
0.00% 0 Undi

Syabas kepada semua atlet dan jurulatih yang berusaha keras dan berjuang habis-habisan untuk mencapai sasaran tersebut di bawah pengurusan Ketua Kontinjen Datuk Nur Azmi Ahmad, selepas terpaksa mengharungi pelbagai cabaran termasuk Covid-19.

Tahniah kepada persatuan sukan kebangsaan (NSA), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua pihak terlibat dalam perancangan dan persediaan atlet ke temasya dwitahunan itu, yang diadakan buat kali pertama sejak pandemik ‘menghantui’ arena sukan bermula Mac 2020.

Pujian harus diberikan kepada sukan berjaya menepati sasaran seperti terjun yang meraih lapan emas, tiga perak dan satu gangsa; olahraga (5-3-8); karate (4-0-6); berbasikal (2-3-3); gimnastik artistik (2-1-2); gimrama (2-1-0); golf (2-1-1); menembak (2-2-0); wushu (2-1-2); badminton (1-2-1) dan taekwondo (1-1-3).

Satu rekod temasya berjaya dicatat menerusi Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin dalam acara 10m air pistol wanita, manakala lapan rekod kebangsaan berjaya dileburkan menerusi olahraga (lempar cakera wanita, 4x100m lelaki, hepthatlon); renang (1,500m gaya bebas wanita, 50m gaya bebas lelaki, 4X200m gaya bebas lelaki); dan angkat berat (50kg dan 73kg lelaki).

Namun, jika dibandingkan dengan pencapaian negara-negara bertanding lain bukanlah sesuatu boleh diraikan dengan megah sekiranya diteliti secara mendalam.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Sebagai rakyat Malaysia, adakah anda berbangga dengan keputusan ini?

Tidak, tak membanggakan langsung
50.00% 1 Undi
Ya, ini adalah suatu kejayaan yang patut dibanggakan
50.00% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Nur Azmi berkata, hanya 11 sukan menepati sasaran, manakala enam sukan tidak berjaya daripada 36 emas disasarkan.

“Renang yang sepatutnya dapat dua emas hanya mendapat satu, memanah (2/3), silat (2/3), petanque (0/2), e-sukan (0/1) dan boling (0/1). Kalau nak kira, sepatutnya sasaran telah dicapai pada Isnin 16 Mei.

“Tetapi apabila sasaran itu gagal dicapai, kita terpaksa tampung balik menggunakan emas bonus dimenangi daripada lapan sukan termasuk golf, karate, wushu, taekwondo, menembak, berbasikal dan gimnastik.

Biarpun beberapa atlet senior dan berpengalaman gagal menaiki podium, pemilihan atlet muda dan kali pertama menyertai Sukan SEA memberi isyarat positif dan masa depan cerah kepada kemampuan Malaysia, di temasya sukan akan datang.

Buat beberapa sukan utama negara seperti bola sepak, sepak takraw dan badminton dilihat dengan jelas prestasi pasukan dalam sukan tersebut semakin goyah dan ibarat ‘boleh terjun ke laut’ dalam jika dibiarkan tanpa sebarang perancangan untuk meningkat prestasi semasa. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah pencapaian ini akan mewujudkan titik kebangkitan industri sukan di Malaysia?

Tidak, industri sukan Malaysia akan tetap sama malah makin teruk
50.00% 1 Undi
Ya, ia akan memberikan suntikan motivasi kepada pemain sukan utama
50.00% 1 Undi
Tidak pasti dan tidak kisah
0.00% 0 Undi

Satu rumusan telah dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan mereka meletakkan skuad bola sepak dan skuad futsal lelaki dalam kategori gagal. 

Skuad kendalian Brad Maloney itu tewas untuk penentuan pingat gangsa di tangan Indonesia dengan dua pemain yang berkelana ke luar negara, Luqman Hakim dan Hadi Fayyadh gagal menyempurnakan sepakan penalti. 

Malah skuad futsal lelaki dilihat sekadar ‘makan angin’ selepas tewas serta ‘diratah licin’ dalam hampir kesemua perlawanan dalam temasya kali in. 

Pasukan memanah, renang, tenpin boling dan judo juga termasuk dalam kategori gagal biarpun seringkali menjadi sukan yang menyumbang pingat dan kejuaraan dalam temasya sukan peringkat antarabangsa. 

Untuk rekod selain beberapa sukan teras dan popular yang gagal, sebanyak 16 sukan telah dimasukkan ke dalam kategori ini termasuklah catur, pencak silat, petanque, kayak, sukan menari, bola keranjang, bola tampar dan beberapa sukan lagi. 

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengarahkan MSN dan semua NSA, untuk menilai semula penglibatan atlet senior dan atlet yang gagal menghasilkan keputusan memuaskan pada temasya kali ini, selain memperkasa lagi sukan-sukan teras.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian semua atlet, tetapi apa yang kita nak lakukan adalah untuk menilai diri kita untuk jadi lebih baik, tiada sesiapa menyertai temasya untuk berseronok duduk tempat corot,” jelasnya.

“Kalau kita terpaksa ambil keputusan sukar menggugurkan mereka, itu terpaksa kita lakukan kerana apa wajar dilakukan selepas ini adalah menyalurkan peruntukan berdasarkan kepada merit pencapaian, bukan lagi berdasarkan reputasi silam yang bukan lagi menjadi gambaran kekuatan terkini sesuatu sukan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Menurut anda, adakah keputusan gugur pemain/atlet adalah wajar?

Tidak, badan induk sukan negara yang perlu memperbaiki segala kelemahan selain gugur pemain
50.00% 1 Undi
Ya, kerana mental pemain tempatan lemah
50.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin ya dan mungkin tidak
0.00% 0 Undi

“Jangan leka dengan kemampuan melepasi sasaran ditetapkan pada kali ini, edisi ke-32 di Kemboja akan berlangsung kurang dari setahun, segala persiapan mengejar kegemilangan harus bermula sekarang. Jadikan kebangkitan ramai atlet muda yang membuktikan kemampuan wibawa kali ini sebagai platform untuk ‘menjelmakan’ mereka,” katanya.

Ahmad Faizal juga tidak mahu mana-mana pihak mengatakan beliau menuding jari kepada atlet atau NSA, tetapi ia perlu dilihat sebagai cara untuk meningkatkan prestasi kontinjen negara pada temasya sukan akan datang.