Prestasi merosot Zii Jia mudah ditewaskan, tidak konsisten. Dimana silapnya & apa yang BAM lakukan?

Gabungan TMJ, KPG untuk Piala Asia 2023?

Dahulu Malaysia merupakan antara kekuatan utama dunia, namun kini Malaysia hanya ada Lee Zii Jia yang menonjol dan boleh diharapkan.

Sejak memenangi All England beberapa tahun lalu, Zii Jia diangkat sebagai pengganti lagenda perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

Namun selepas mengeluarkan kenyataan tidak akan beraksi di Sukan Komanwel England, ramai yang membidas dengan pelbagai dakwaan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendirian anda mengenai isu ini?

Saya tidak setuju dengan pendapat orang ramai
0.00% 0 Undi
Tidak pasti, saya hanya ikuti begitu sahaja
0.00% 0 Undi
Saya setuju dengan orang ramai. Zii Jia semakin merosot
0.00% 0 Undi

Beberapa kejohanan baru-baru ini menyaksikan kekalahan Zii Jia kepada pemain dari Indonesia yang berada di kedudukan lebih rendah seolah-olah mengiakan prestasi beliau yang mulai merosot.

Rekod tanpa kalah Zii Jia dalam 15 perlawanan berturut-turut sejak muncul juara Asia lebur di tangan wakil tuan rumah, Anthony Sinisuka Ginting apabila dia tewas dalam pertarungan tiga set 21-18, 16-21, 15-21 di Stadium Istora Senayan pada 10 Jun 2022.

Jurulatih pemain nombor lima dunia itu, Indra Wijaya mengakui Ginting berhak memenangi perlawanan berkenaan apabila tampil dengan corak permainan yang lebih pantas berbanding Zii Jia.

Malah, Indra turut menegaskan kekalahan anak buahnya itu bukanlah disebabkan faktor penyokong tuan rumah yang memberikan sokongan padu kepada Ginting di Istora Senayan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah sokongan penonton menjadi faktor penting untuk pemain?

Tidak, kemenangan terletak 100% pada keupayaan pemain menguasai perlawanan
0.00% 0 Undi
Mungkin, ada juga masa pemain menang apabila berada di gelanggang lawan
0.00% 0 Undi
Ya, dapat menjadi pendorong untuk mereka memenangi mana-mana kejohanan
0.00% 0 Undi

“Saya rasa sokongan ini selalu terjadi di Jakarta. Ia bukanlah faktor utama yang menyebabkan kekalahan Zii Jia. Ginting menampilkan prestasi yang lebih baik dan berhak untuk menang.

“Untuk Zii Jia, dia perlu terus bekerja keras dan melakukan persiapan yang lebih untuk menghadapi pertemuan yang akan datang (sekiranya menentang Ginting lagi),” 

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, kekecewaan itu gagal ditebus dengan pemain lain dari negara yang sama, Shesar Hiren Rhustavito walaupun di gelanggang sendiri.

Pemain nombor lima dunia itu ditunjukkan jalan keluar di Axiata Arena Bukit Jalil selepas tewas di tangan pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito 19-21, 21-19, 16-21 dalam tempoh 66 minit.

Kekalahan Zii Jia itu bermakna tiada lagi wakil negara dalam acara perseorangan lelaki selepas kekalahan Liew Daren dan Ng Tze Yong di pusingan pertama.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah sokongan penonton menjadi faktor penting untuk pemain?

Tidak, Lee Zii Jia bertemu lawan hebat
0.00% 0 Undi
Tidak pasti, mungkin jadi beban, mungkin tidak
0.00% 0 Undi
Ya, jadi beban kepada Lee Zii Jia
0.00% 0 Undi

Lebih malang, harapan untuk melihat Zii Jia kembali merampas gelaran Terbuka Malaysia dalam acara perseorangan lelaki berkecai selepas kali terakhir dimenangi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2018.

Adakah tekanan berada di berada di halaman sendiri dengan sokongan peminat menyebabkan beliau terkandas di pusingan kedua kejohanan itu? 

Jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya menegaskan tidak timbul isu anak didiknya, Lee Zii Jia tertekan beraksi di hadapan penyokong sendiri selepas tersingkir di pusingan kedua saingan Terbuka Malaysia, semalam.

“Sudah pasti Zii Jia mahukan yang terbaik apatah lagi bermain di hadapan penyokong sendiri yang begitu hebatnya. Saya fikir ia bukan tekanan sebaliknya sokongan diberikan penonton memberikan semangat kepada Zii Jia.

“Cuma apa yang saya lihat dalam perlawanan itu, Shesar mengawal permainan dengan baik berbanding Zii Jia dan itu membuatkan dia tertekan seterusnya banyak melakukan kesilapan,” katanya.

Zii Jia pula memberikan alasan bahawa lawan lagi bagus menyebabkan kekalahan beliau dalam kejohonan itu.

Beliau mengakui bahawa lawan bermain dengan lebih baik berbanding diri menjadi punca kepada kekalahannya hari ini.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah ini hanya alasan Zii Jia?

Ini semua alasan
0.00% 0 Undi
Mungkin, masing-masing memberikan saingan sengit
0.00% 0 Undi
Shesar memang lawan yang sukar ditundukkan
0.00% 0 Undi

“Setiap perlawanan ada memang ada kalah. Kali ini saya kalah dan saya kena terima. Tiada apa yang dikesalkan.

“Sebab lawan bermain lebih bagus. Sebelum ini saya lawan dengan dia memang sengit. Dia memang lawan yang sukar.

“Sekarang ini saya tahu tahap saya di mana dan cuma saya saya kena cari bagaimana nak kekalkan tahap prestasi itu,” katanya.

Shesar pula kelihatan teruja memenangi pusingan tersebut. 

Beliau berkata, “Saya hanya fokus kepada diri sendiri dan tidak terlalu memikirkan mengenai penyokong yang ramai ini sebab kalau difikirkan ia akan menjadi tekanan kepada saya.

“Kesilapan Zii Jia adalah sering melakukan kesilapan di mata akhir itu sebenarnya memberi saya peluang untuk menang,” katanya yang kini menghuni ranking ke-26 dunia berbanding Zii Jia kelima.

Atau adakah sentuhan magis jurulatih pilihan Zii Jia, Indra Wijaya semakin menghilang atau pemain nombor 5 dunia tersebut yang bermasalah?

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah gandingan Zii Jia dan Indra Wijaya kehilangan kehebatannya?

Tidak, faktor lain membawa kekalahan ini
0.00% 0 Undi
Mungkin, ada kemungkinan
0.00% 0 Undi
Ya, “one hit wonder” sahaja
0.00% 0 Undi

Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pernah menegaskan prestasi Lee Zii Jia tidak akan meningkat sekalipun menukar jurulatih terbaik di dunia sekiranya dirinya sendiri tidak mahu berubah.

Menurutnya, semuanya kini terpulang kepada kehendak pemain berusia 22 tahun itu sendiri untuk mempertingkatkan kemampuan dirinya dan bukan bergantung sepenuhnya kepada jurulatih.

“Pada pandangan saya, jika sediakan jurulatih terbaik di dunia sekalipun kepada Zii Jia tetapi kalau dia sendiri tak mahu, tidak ada gunanya juga. Yang penting adalah diri sendiri (untuk meningkatkan prestasi).

“Bagi saya, yang lebih penting adalah diri sendiri. Bukan jurulatih atau apa-apa. Kalau jurulatih bagi 10 set latihan dan kamu buat hanya lima set, jurulatih pun tak boleh buat apa-apa. Jadi bagi saya, apa yang lebih penting adalah diri sendiri,” kata Chong Wei.

Apa pun faktor menyebabkan prestasi Zii Jia merosot, diharapkan agar beliau dan skuad kebangsaan berjaya menaikkan prestasi dan mengharumkan lagi nama negara di masa hadapan.

Dengan prestasi Zii Jia seperti ini, apakah langkah yang BAM perlu ambil dalam memastikan kejayaan Malaysia di arena badminton? Siapakah yang perlu menggalas tanggungjawab ini?

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, menggesa kem perseorangan lelaki dan wanita negara supaya mengatur langkah lebih efisien agar tidak ketinggalan.

Ia secara tidak langsung tidak akan membiarkan perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, bersendirian dalam memberi saingan di pentas tertinggi seperti yang dialami ketika era Datuk Lee Chong Wei.

“Cabaran kami terletak kepada Pengarah Teknikal Perseorangan BAM, Wong Choong Hann, untuk melahirkan pemain yang menduduki ranking lebih tinggi lagi, bukan sekadar Zii Jia dan Liew Daren sahaja.

“Kami berikan ruang dan peluang seperti Ng Tze Yong, Leong Jun Hao dan Aidil Sholeh Ali Sadikin.

“Kami juga ada pemain profesional seperti Cheam Jun Wei dan Soong Joo Ven.

“Mereka perlu giatkan usaha agar Zii Jia tidak berseorangan di peringkat tertinggi.

“Saya rasa semua pemegang taruhan faham mengenai perkara ini dan berusaha ke arah ini.

“Tetapi beregu wanita menunjukkan pencapaian memberangsangkan, contohnya Pearly Tan-M Thinaah yang kini mencapai tangga ke-10 terbaik dunia.

“Saya rasa perseorangan wanita perlu melangkah supaya mereka tidak ketinggalan,” katanya.

Norza juga menegaskan skuad negara bakal menghantar pasukan terbaik ke Sukan Komanwel 2022.