“Jangan memandang skuad Harimau Malaya ‘sebelah mata’” – Francesco

FRACESCO dalam sidang akhbar pra perlawanan antara Malaysia menentang Maldvies di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.

Pengendali Maldives, Moriero Francesco meminta barisan pemainnya tidak memandang skuad Harimau Malaya ‘sebelah mata’ walaupun Malaysia kini dibarisi rata-rata pemain baharu.

“Saya melihat pasukan Malaysia ketika ini begitu kuat dengan memiliki ramai pemain berkualiti. Justeru, saya anggap ia adalah ujian yang menarik buat barisan pemain saya untuk membuktikan keupayaan mereka.

“Apa sahaja keputusan yang diraih nanti tidak penting kerana apa yang lebih mustahak adalah barisan pemain kami dapat meraih pengalaman di pentas antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar pra perlawanan hari ini.

Adakah anda setuju bola sepak Malaysia kini sudah berubah?

Malaysia akan turun berdepan Maldives dalam aksi ujian terakhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok sebelum terbang ke Myanmar untuk perlawanan pertama Kumpulan B pada 21 Disember ini untuk menyertai Piala AFF 2022.

Francesco Moriera menganggap perlawanan esok adalah perlawanan yang penting untuk menguji pasukan dan tidak fokus kepada keputusan perlawanan.

Dia juga melihat pasukan Malaysia yang berada di ranking 146 dunia kini semakin kuat dengan barisan pemain yang baik dan ini akan memberikan ujian yang baik buat pasukan Maldives.

Adakah anda yakin pasukan Harimau Malaya dapat mengalahkan pasukan Maldives esok?

“Kita dapat lihat Malaysia memainkan taktikal yang positif dengan intensiti yang sangat tinggi berbanding kali terakhir kami bertemu mereka sebelum ini.

“Saya melihat pasukan Malaysia kini semakin kuat dengan pemain yang bagus. Bagi kami perlawanan esok akan menjadi ujian yang penting buat pasukan kami kerana kami juga adalah pasukan yang baik.

“Kami juga tidak memikirkan tentang keputusan perlawanan esok sebaliknya saya mahukan para pemain saya bermain bola sepak secara positif dengan lebih teratur dan mengamalkan intensiti yang tinggi.

“Ini kerana liga di Maldives hanya akan bermula pada Mac dan perlawanan kompetitif terakhir kami adalah pada September lalu oleh itu perlawanan esok adalah untuk melihat kemampuan barisan pemain kami,” katanya ketika sidang media sebelum perlawanan.

Kenyataan jurulatih ini juga disokong oleh pemain pertahanan, Samooh Ali yang menyatakan barisan Malaysia kini lebih pantas jika dibandingkan dengan skuad terdahulu yang dihadapinya.

Apa pendapat anda tentang corak permainan Malaysia di bawah kendalian Kim Pan Gon?

“Bola sepak Malaysia kini sudah berubah. Mereka lebih pantas, kuat dan bermain dengan intensiti yang tinggi namun kami akan lakukan yang terbaik untuk mencapai keputusan yang positif esok,” katanya dalam sidang media yang sama.

Meskipun mempunyai ranking yang lebih baik berbanding Malaysia namun ia tidak menjamin kemenangan mudah buat Maldives yang berkedudukan ranking 154 dunia kerana Malaysia mempunyai kelebihan bermain di laman sendiri.