Gabungan TMJ, KPG diperlukan agar Malaysia tidak jadi pasukan belasahan di Piala Asia 2023?

Gabungan TMJ, KPG untuk Piala Asia 2023?

Tahniah Malaysia, Skuad Harimau Malaya (HM) layak ke Piala Asia 2023 selepas berjaya muncul naib juara Kumpulan E pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023. 

Skuad kendalian Kim Pan Gon (KPG) layak secara merit selepas menamatkan kemarau 43 tahun, nampaknya telah membuktikan bahawa mereka adalah skuad yang memberi pulangan dan ada hasil berbanding skuad kendalian jurulatih terdahulu. 

Dalam kelayakan Piala Asia 2023 yang baharu sahaja melabuhkan tirai beberapa hari lepas, skuad HM berjaya selepas mengharungi tiga perlawanan dengan keputusan yang boleh dibanggakan semua rakyat Malaysia.

Sedikit imbauan, dengan permulaan yang baik menewaskan lawan yang lebih tinggi ranking iaitu Turkmenistan dengan 2-1 segalanya tampak indah mana tidaknya hanya skuad kendalian KPG yang mampu membenam lawan ini sejak sekian lama. 

Namun pada aksi perlawanan kedua, langkah cemerlang ini gagal diteruskan apabila tewas kepada pasukan ranking ke 89 dunia iaitu Bahrain dengan 1-2. Lebih pilu gol kemenangan Bahrain diraih dengan sepak penalti yang masih membuatkan peminat dan penyokong bola sepak negara geram apabila memikirkannya.

Perlawanan yang seharusnya menang pada mulanya bertukar seri dan kemudiannya peluang itu disia-siakan skuad HM apabila gagal menyaingi kebangkitan Bahrain. Selain pada perlawanan itu, mutu dan kualiti padang SNBJ diperlekehkan sehingga diibarat sebagai bendang oleh banyak pihak.

Namun dalam perlawanan terakhir kumpulan, Malaysia mencatatkan kemenangan bergaya selepas menundukkan Bangladesh dengan 4-1.

Dalam pertemuan dengan Bangladesh itu, banyak kelemahan yang ketara dapat dilihat dilakukan oleh pemain negara. Antaranya ada pemain yang hanya memerhati bola, memandang rendah keupayaan lawan dan terlalu yakin bertukar menjadi padah apabila Bangladesh menghukum dengan satu jaringan menerusi tandukan yang cantik sehingga membuka mata skuad HM untuk bangkit.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda rasa prestasi Harimau Malaya dibawah kendalian Kim Pan Gon lebih baik
berbanding jurulatih sebelum ini?

Mungkin, saya pun kurang pasti
42.86% 3 Undi
Ya, prestasi meningkat dengan kendalian Kim Pan Gon
42.86% 3 Undi
Tidak, tiada perbezaaan
14.29% 1 Undi

Malaysia berjaya menamatkan aksi Kumpulan E di tempat kedua dengan enam mata, berada di belakang Bahrain, sekali gus mengesahkan kemaraan ke Piala Asia 2023, selaku antara lima naib juara terbaik kumpulan.

Dengan barisan kejurulatihan baharu diadunkan dengan semangat barisan pemain, langkah untuk layak sudah berjaya dicapai. 

Kemenangan diraih ini boleh dikatakan antara hadiah paling bermakna buat penyokong bola sepak tanah air yang mahukan Malaysia beraksi di pentas tertinggi iaitu Piala Asia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucap tahniah kepada barisan pemain dan kejurulatihan Harimau Malaya, sekali gus layak ke Piala Asia 2023.

Ismail Sabri turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang memberikan sokongan padu kepada pasukan negara. 

“Alhamdulillah syukur, penantian berakhir dengan kemenangan dan layak ke Piala Asia. Tahniah kepada pemain yang berjuang habis-habisan untuk memastikan kemenangan.

“Terima kasih kepada penyokong sama ada yang berada di stadium dan di depan kaca televisyen untuk menyokong pasukan Malaysia meraih kemenangan,” katanya.

Perdana Menteri, Ismail Sabri hadir memberi sokongan

Namun untuk terus melangkah gagah di peringkat Asia, Malaysia memerlukan ramuan dan adunan luar biasa yang bakal menjadi satu gabungan istimewa untuk dibawa sebagai bekalan ke Piala Asia 2023.

Pengumuman pengunduran pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Duli Yang Teramat Mulia Tunku Ismail Ibrahim (TMJ) yang sah berundur daripada peranannya di JDT mungkin memberi satu ruang dan peluang baharu buat skuad HM yang memerlukan ramuan luar biasa untuk berdepan cabaran lebih getir di peringkat Asia.

TMJ terbukti mempunyai rekod yang begitu cemerlang mengemudi JDT meraih kejayaan demi kejayaan luar biasa yang tidak pernah diraih oleh mana-mana kelab bola sepak di Malaysia sebelum ini.

Terdahulu KPG meminta TMJ untuk tidak undur diri kerana ianya satu kerugian kepada bola sepak Malaysia.

Pan Gon berkata jika Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) kekal dengan pendirian untuk keluar daripada dunia bola sepak, maka ia satu kerugian amat besar kepada sukan itu di negara ini.

Menurut jurulatih kelahiran Korea Selatan itu, semangat cintakan bola sepak yang mendalam telah menyaksikan Tunku Ismail berjaya membawa JDT ke tahap lebih tinggi dalam masa kurang sedekad.

“Terima kasih kepada semua penyokong, semua kelab di Liga Malaysia termasuk TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang turut membantu dengan melepaskan 14 pemain JDT untuk pasukan negara.”

“Bola sepak Malaysia sememangnya perlukan TMJ,” katanya. 

Malah KPG berkata sebelum ketibaannya di Malaysia beliau sudah mengetahui pengaruh besar Tunku Ismail terhadap arena bola sepak Malaysia.

“Mentaliti kemenangan diterapkan Tunku Ismail adalah penting untuk melaksanakan perubahan dalam bola sepak tempatan,” katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda rasa TMJ & KPG harus bergabung untuk kemudi HM di Piala Asia 2023?

Mungkin, kita harus sentiasa terbuka untuk sebarang penambahbaikan
80.00% 4 Undi
Ya, kepakaran mereka amat diperlukan untuk negara
20.00% 1 Undi
Tidak, biar FAM teruskan dengan kendalian KPG sahaja
0.00% 0 Undi

Mungkin tidak mustahil jika TMJ dan KPG bergabung mengemudi skuad negara di Piala Asia 2023 malah ianya akan membawa sinar harapan baharu kepada bola sepak negara khasnya. 

Namun segalanya terletak di tangan FAM yang bertanggungjawab dalam percaturan dan membuat keputusan untuk skuad HM. 

Jika ego yang didahulukan mungkin gabungan ini mustahil namun jika atas nama negara dan ibu pertiwi yang kita cintai.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah gabungan ini akan dipersetujui FAM atau sebaliknya?

Ya, FAM sepatutnya mencuba gabungan ini
100.00% 3 Undi
Tidak pasti, FAM tidak dapat dijangka
0.00% 0 Undi
Tidak, kekalkan kendalian sedia ada
0.00% 0 Undi

Sesuatu boleh dan perlu dilakukan sekarang agar skuad Harimau Malaya dapat membawa pulang keputusan yang lebih baik daripada menjadi pasukan belasahan di Piala Asia 2023 nanti. 

Mana tidaknya lawan yang menanti di Piala Asia 2023 jauh lebih baik kedudukan ranking dan mutu permainan berbanding Malaysia.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda rasa Malaysia akan beri saingan sengit di Piala Asia nanti?

Ya, sekiranya persiapan dan latihan terus dimantapkan
100.00% 5 Undi
Mungkin, ada harapan untuk saingan yang sengit dari skuad HM
0.00% 0 Undi
Tidak, terlalu banyak pasukan yang lebih kuat
0.00% 0 Undi

Dari Korea untuk Malaysia
Singgah mandi di Sunway Lagoon
Malaysia layak ke Piala Asia
Terima kasih Kim Pan Gon