BAM tidak mahu lagi bergantung harap pada Lee Zii Jia?

Setelah kegagalan demi kegagalan samada dalam sirkit kejohanan antarabangsa, Sukan Sea dan juga edisi Piala Thomas yang lalu, nampaknya Malaysia sememangnya mengharapkan kehebatan pemain nombor lima dunia, Lee Zii Jia semata-matanya ketika ini.

Jelas ketandusan bakat pemain terutama dalam acara perseorangan yang dilihat menjadi punca utama Malaysia gagal menamatkan kemarau juara Piala Thomas selama 30 tahun.

Bekas jaguh badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim berkata, Malaysia terlalu bergantung kepada pemain nombor lima dunia Lee Zii Jia dan pasukan itu untuk menyumbang mata pada Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand.

Menurut beliau lagi, Malaysia perlu memandang serius masalah ini memandangkan isu ini bukanlah perkara baru dalam arena sukan badminton.

“Isu kemandulan pemain individu ini bukanlah perkara baharu kerana ia berlaku pada zaman Datuk Lee Chong Wei dan kini beliau telah diturunkan oleh Zii Jia.

“Kalau acara individu, mungkin kami boleh berbangga kerana kami mempunyai pemain yang berkualiti, tetapi ini acara berpasukan.

“Jadi saya rasa jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, agak sukar untuk Malaysia mencabar kejuaraan pada masa hadapan,” katanya. 

“Selepas ini BAM sepatutnya memberi ruang kepada lebih ramai pemain profesional bersama dalam skuad dan bukan hanya pemain BAM jika mereka mempunyai potensi lebih baik.

“Jangan disebabkan ego, akhirnya negara kita yang rugi,” jelasnya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda dengan kenyataan Roslin Hashim?

Setuju, kita perlu lahirkan lebih ramai pemain yang bagus untuk acara berpasukan
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin BAM masih memburu permata yang bakal menerajui acara berpasukan
0.00% 0 Undi
Tidak setuju, ini termasuk strategi keseluruhan untuk menghadapi Piala Thomas 2022
0.00% 0 Undi

Malah pendapat Roslin itu turut diakui dan dipersetujui oleh lagenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei yang mahu Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann bertanggungjawab atas kegagalan skuad negara.

Menurutnya, langkah pertama yang perlu diambil adalah mengenal pasti masalah membelenggu proses peningkatan prestasi pemain muda yang disifatkan agak perlahan.

Menurut Chong Wei, selepas dua tahun mengendalikan perseorangan negara, Choong Hann dan BAM masih gagal melahirkan bakat pemain perseorangan negara yang setanding Lee Zii Jia.

“Selepas itu, kita cari penyelesaian dan seterusnya rancang program latihan yang lebih berkesan untuk pemain. Semua ini perlu bermula dari sekarang, dua tahun adalah tempoh yang singkat dan kita tidak boleh buang masa lagi,” kata Chong Wei yang juga pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik.

Bekas pemain nombor satu dunia itu, berkata Malaysia tidak boleh hanya bergantung harap kepada Zii Jia untuk membawa cabaran negara di Paris.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda setuju dengan pendapat Datuk Wira Lee Chong Wei mengenai latihan yang kurang berkesan untuk skuad negara?

Ya. Skuad negara perlu lakukan transformasi latihan untuk menaikkan prestasi mereka
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin ada masalah pada aspek yang lain
0.00% 0 Undi
Tidak, sistem latihan sedia ada sudah cukup
0.00% 0 Undi

Sehubungan dengan itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) komited untuk melahirkan lebih ramai perseorangan lelaki yang mampu menyerlah di peringkat antarabangsa dan tidak mahu bergantung kepada Lee Zii Jia sahaja.

Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata ia menjadi tanggungjawab pengarah kejurulatihan perseorangan BAM Wong Choong Hann untuk terus membangunkan bakat-bakat baharu yang mempamerkan prestasi cemerlang pada kejohanan bertaraf dunia.

Pada masa sama, beliau berharap semua pihak memahami situasi itu dan bekerja rapat untuk melahirkan lebih banyak pemain perseorangan yang berkaliber.

Menurutnya, walaupun Zii Jia, yang menduduki ranking kelima dunia itu berada pada tahap terbaik, namun Malaysia tidak harus bergantung kepada satu pemain sahaja untuk membawa kecemerlangan di arena global.

Mohamad Norza turut meminta peminat sukan badminton tanah air untuk memberikan masa dan ruang kepada pemain seperti Ng Tze Yong dan Aidil Sholeh Ali Sadikin, untuk mereka memperbaiki corak permainan serta lebih konsisten, sekali gus melakar kejayaan pada kejuaraan antarabangsa.

“Kita juga ada pemain profesional seperti Cheam June Wei, Soong Joo Ven yang perlu mempergiatkan usaha mereka supaya Zii Jia tidak keseorangan di peringkat tertinggi, jadi kita mesti bekerja kuat,” tambahnya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah usaha BAM untuk melahirkan lebih ramai pemain perseorangan yang berkualiti sudah terlambat?

Tidak, kita bersedia sebaik mungkin dengan masa yang tinggal ini
100.00% 1 Undi
Mungkin, kerana mungkin berjaya mungkin tidak
0.00% 0 Undi
Ya, kerana akan ambil masa yang lama
0.00% 0 Undi