Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah membangunkan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual 2021 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2021.
Penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Antigangguan Seksual 2021 ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan dalam menangani ketidaksamaan jantina.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina berkata, penggubalan ini menunjukkan keprihatinan dan keseriusan kerajaan menangani dan menghapuskan diskriminasi jantina di Malaysia.
Menerusi RUU ini, Tribunal bagi Antigangguan Seksual juga akan diwujudkan yang boleh memerintahkan pelaku jenayah ini untuk membayar pampasan atau ganti rugi sehingga RM250,000 di samping memerintahkan pelaku untuk mengeluarkan pernyataan permohonan maaf dalam sebarang bentuk, selain perintah pelaku menghadiri program yang difikirkan perlu.
Menurut beliau lagi KPWKM telah menubuhkan Pasukan Projek Khas (SPT) membabitkan agensi kerajaan antaranya Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ahli akademik dan badan bukan kerajaan yang memiliki kepakaran, pengetahuan serta pengalaman luas berkenaan gangguan seksual.