Wajarkah PRU15 diadakan dalam masa terdekat?

Beberapa bulan lalu, angin bertiup kencang mengenai Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan selepas beberapa bulan negara beralih ke fasa endemik. 

Kewajaran sama ada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan lebih awal atau perlu menunggu sehingga tempoh sah Parlimen Ke-14 berakhir pada Jun 2023 dilihat jelas menjadi polemik besar politik negara ketika ini.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah parti lantang mendesak PRU-15 diadakan lebih awal atau lebih tepat lagi selepas Julai ini dengan mendakwa rakyat kini berada dalam keadaan feel good.

Pada masa sama, keyakinan UMNO ini berdasarkan kepada keputusan dua Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor sebelum ini selepas memenanginya dengan memperoleh majoriti dua pertiga.

Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat sekarang bukan masa sesuai mengadakan PRU-15 kerana negara ketika ini berdepan pelbagai isu seperti kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi tinggi.

Menurut PM, tiada keperluan untuk dilaksanakan PRU15 dalam masa terdekat malah tindakan terlalu membincangkan bila PRU15 perlu diadakan akan memberi kesan kepada kestabilan politik negara.

Beliau berkata tindakan itu juga akan menjejaskan tumpuan kerajaan terhadap menyelesaikan pelbagai isu dihadapi rakyat termasuk berkaitan kenaikan harga barang yang dipengaruhi ekonomi global.

“Politik negara masih stabil, kita sekarang tumpu kepada pulihkan ekonomi termasuk kenaikan harga barangan dan (isu) bekalan yang kini merupakan fenomena global.

Beliau berkata walaupun masalah ekonomi merupakan isu global, namun kerajaan mahu memberi tumpuan terhadap isu itu supaya kesan kepada negara tidak terlalu teruk.

Namun begitu, Ismail Sabri tidak menolak bahawa setiap hari negara semakin hampir dengan tarikh PRU15.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda menyokong kenyataan PM bahawa tiada keperluan untuk dilaksanakan PRU15 dalam masa terdekat?

Tak sokong, sepatutnya inilah masa yang sesuai dilaksanakan PRU15 bagi menstabilkan politik di negara kita
50.00% 2 Undi
Tidak pasti, mungkin ya mungkin tidak
25.00% 1 Undi
Sokong, kerana negara kita sedang berdepan dengan pelbagai isu seperti kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi yang tinggi
25.00% 1 Undi

Dalam mengulas perkara yang sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan sebuah kerajaan yang stabil hasil dukungan semua pihak termasuk pembangkang.

Justeru, beliau berkata tiada keperluan mendesak ketika ini untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilaksanakan.

“Soal pembubaran ini kalau kita tengok pilihan raya umum sebelum ini pun bukan berdasarkan desakan. Kabinet kena buat keputusan kalau rasa dapat mandat serta rasa dah cukup masa nak bubar, Kabinet serta Perdana Menteri cuma boleh menasihatkan namun Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa mutlak.

“Setakat ini, Yang di-Pertuan Agong titah kita (kerajaan) suruh kerja, Yang di-Pertuan Agong tidak titah kita (kerajaan) suruh ‘politiking’ malah Yang di-Pertuan Agong sebut kurangkan ‘politiking.’ Kerajaan ini akan junjung titah Yang di-Pertuan Agong

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda bersetuju bahawa kerajaan kini stabil dan tidak perlu desak PM untuk bubar parlimen?

Ya, negara masih stabil dan kita masih memerlukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri ketika ini untuk terus memberi tumpuan melaksanakan banyak agenda kepada rakyat
66.67% 2 Undi
Tidak, kerajaan yang sedia ada ini tidak stabil dan perlu dibubarkan
33.33% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula berkata, Pilihan Raya Umum (PRU15) adalah bukan prioriti kerana kerajaan ketika ini adalah stabil.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut mengulangi pendirian bahawa kerajaan masih mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan negara dari konteks ekonomi dan kesihatan pasca pandemik COVID-19.

“Bagi saya, pilihan raya bukan prioriti, kita punyai kerajaan yang stabil, mendapat sokongan pula daripada parti termasuk pembangkang, ada memorandum persefahaman (MoU) dan sebagainya. Tiada sebab kenapa perlunya pilihan raya tergesa-gesa.

Pakatan Harapan (PH) walaupun lebih banyak berdiam diri dalam spekulasi PRU-15 ini sebaliknya komited membuat persiapan dengan mahu membentuk jawatankuasa pilihan raya, manifesto dan Jelajah Harapan bagi mempersiapkan jentera PH serta membangkitkan semangat rakyat terutama pengundi atas pagar untuk berdepan PRU.

Perikatan Nasional (PN) pula masih belum menunjukkan tindak balas meyakinkan, namun menyokong agihan kerusi untuk ditandingi pada PRU-15 perlu dilakukan lebih awal tanpa menyatakan dengan parti mana mereka akan berunding.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, tarikh yang sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ialah sehingga habis penggal iaitu hujung Julai 2023.

Bagaimanapun, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, Barisan Nasional (BN) dilihat mahu mengambil peluang terhadap parti lawan membabitkan tarikh PRU15.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, wajarkah PRU15 diadakan dalam masa terdekat?

Tidak, parti pembangkang dilihat masih belum bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada masa ini
66.67% 2 Undi
Ya, sangat wajar dan PRU15 sudah sampai tempoh matang untuk dilaksanakan dan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri perlu dihadkan kepada dua penggal sahaja
33.33% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Realitinya, bagi semua parti politik negara, mana-mana tarikh pun tidak akan ada pihak yang bersetuju dan bersedia namun keadaan situasi semasa negara wajar diambil peduli dengan rakyat kini baru cuba bangkit setelah fasa peralihan endemik dilaksanakan April lalu, biarpun hakikatnya ‘pemulihan sebenar’ negara dilihat masih jauh daripada sasaran.

PRU-15 juga sepatutnya dimanfaatkan pengundi untuk memilih pemimpin berintegriti, dipercayai rakyat, kompeten dan mampu memulihkan semula negara.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Walaupun tidak pasti bila pelaksanaan PRU15, namun pengundi perlu membuat pemilihan dari awal parti yang dipercayai, kompeten dan kuat agar kesilapan PRU14 tidak akan berulang. Adakah anda setuju pengundi perlu bersedia lebih awal dalam pemilihan parti?

Ya, pilih parti yang pasti akan mengutamakan rakyat dan menunaikan janji-janji
100.00% 3 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi
Tidak, masih terlalu awal untuk memilih dan perlu tunggu selepas manifesto dikeluarkan oleh parti
0.00% 0 Undi