Perlukah Pilihanraya Negeri Johor diadakan?

Gambar Ehsan Flickr / Mie Abdullah

PRN Johor adalah platform untuk mengembalikan pentadbiran kerajaan negeri yang lebih stabil dan kompeten. Sejak 2018, terdapat 4 individu berlainan yang menjawat jawatan Menteri Besar. Sebelum dibubarkan, kerajaan BN-PN Johor ada 28 kerusi, manakala PH ada 27. Tetapi, selepas ADUN PPBM meninggal dunia pada bulan lepas, kerajaan BN-PN tinggal 27 kerusi.

Jika keputusan undian bagi apa-apa usul adalah seri, Speaker DUN akan mempunyai hak mengundi. Speaker DUN, Suhaizan Kayat adalah wakil dari Parti Amanah yang dilantik oleh PH dan dikekalkan sehingga kini.

Jadi, tindakan pembubaran DUN Johor bagi membenarkan PRN dilihat akan dapat mengembalikan dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri Johor.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah PRN Johor relevan diadakan buat masa ini?

Tidak
59.26% 16 Undi
Ya
37.04% 10 Undi
Tidak Pasti
3.70% 1 Undi

Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Oleh itu, usaha menstabilkan kerajaan memerlukan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad lebih sensitif supaya program bagi membangunkan ekonomi negeri dan menjayakan rancangan yang sudah disusun dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Beliau memberi jaminan PRN tidak akan mengganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri. Pelbagai program yang dirancang kerajaan negeri terutama pelbagai inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet Johor 2022 akan berjalan seperti dirancangkan walaupun PRN diadakan.
Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah PRN Johor penting bagi mengukuhkan kestabilan kerajaan negeri?

Ya, dapat kukuhkan ekonomi terutama pihak yang menjadikan kestabilan kerajaan negeri sebagai prasyarat untuk perluaskan pelaburan
74.42% 96 Undi
Tidak, tiada kaitan kestabilan kerajaan dengan ekonomi negara
19.38% 25 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
6.20% 8 Undi

PH Johor mendakwa bahawa tindakan UMNO mencetuskan PRN Johor, dilihat sebagai helah bertujuan mengambil kesempatan ketika ramai rakyat negeri ini dijangka menghadapi kesukaran untuk pulang mengundi.

Memang pembangkang menyatakan akan memberi kerjasama penuh kepada pentadbiran kerajaan Johor sehingga tamat penggal ini walaupun memiliki majoriti tipis dengan satu kerusi sahaja. Namun begitu, rakyat perlu tahu bahawa mereka membawa usul yang berbeza.

Setiausaha UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali berkata, sehubungan itu rakyat Johor seharusnya lebih memahami keperluan berkenaan yang hanya akan memberi lebih kebaikan pada masa akan datang. Beliau turut menolak dakwaan PRN yang mahu dilakukan ini akan diadakan dalam keadaan tidak sesuai.

Ketika PRN Melaka, kerajaan negeri itu dilihat melakukan tugas dengan baik dalam memerangi penularan Covid-19 serta teratur dalam pengurusan mendepani situasi sebelum, semasa dan pasca banjir. Isu ini tidak timbul setelah kerajaan menangani dengan baik dan kerajaan Johor juga menjalankan perkara yang sama.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah kerajaan negeri Johor melakukan tanggungjawab yang baik dalam menjaga kebajikan rakyat?

Ya, setiap daerah telah ditangani dengan baik terutama ketika kerajaan Johor menangani bencana banjir
49.35% 38 Undi
Mungkin, sesetengah sahaja yang berjaya ditangani
35.06% 27 Undi
Tidak, kerajaan Johor gagal menjaga kebajikan orang Johor
15.58% 12 Undi