Pergolakan parti, pengunduran pemimpin dan pendedahan mengejut buat politik negara terus ‘hanyut’ dari hati rakyat?

Nampaknya politik negara terus bergoncang dengan kuatnya sejak sebulan lalu biarpun dengan pelbagai krisis makanan dan kenaikkan kos sara hidup yang melanda.

Bermula dengan penarikan diri Datuk Hajjah Zuraida Kamaruddin daripada menyertai Bersatu yang disahkan memohon keahlian Parti Bangsa Malaysia (PBM) beberapa jam selepas pengunduran beliau itu diumumkan.

Dalam satu kenyataan, Zuraida berkata dia memutuskan untuk menyertai PBM kerana prinsip penglibatan pelbagai kaum, pemerkasaan wanita, pemerkasaan belia, pembangunan ekonomi, pendidikan, dan kemajuan sains dan teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

“Saya melihat banyak potensi dalam PBM, terutama pada masa rakyat Malaysia sudah bosan dengan politik lama, yang membantutkan perkembangan negara,” katanya.

Spekulasi mengenai Zuraida keluar dari Bersatu timbul sejak akhir tahun lalu.

Spekulasi ini semakin menjadi-jadi selepas sebilangan besar ahli Penggerak Komuniti Negara – sebuah persatuan yang diketuai oleh sekutu Zuraida – secara rasmi menyertai PBM.

Bukan sahaja memasuki parti tersebut, malahan Zuraida juga dilantik sebagai Presiden parti tersebut.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda sudah menjangkakan beliau menerajui Parti Bangsa Malaysia?

Tidak, saya sangka beliau akan bergerak solo
0.00% 0 Undi
Tidak pasti, tak sangka beliau akan betul-betul masuk PBM
0.00% 0 Undi
Ya, sudah dapat membaca gerak geri beliau
0.00% 0 Undi

Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengumumkan keputusan untuk melantik Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin, sebagai ‘Presiden pengganti’ parti itu.

Presiden PBM, Larry Sng, berkata ia hasil persetujuan sebulat suara yang dicapai dalam mesyuarat Biro Politik dan Majlis Tertinggi parti berkenaan, hari ini.

Beliau sekali gus mengesahkan PBM menerima permohonan Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, untuk menyertai parti itu.

Katanya, pelantikan Zuraida sebagai Presiden PBM secara rasmi akan berkuat kuasa selepas Mesyuarat Agung dan pindaan Perlembagaan parti itu yang dijangkakan pada Ogos depan.

“Atas permintaan akar umbi PBM, Biro Politik dan Majlis Tertinggi juga berbincang serta sebulat suara membuat keputusan untuk mengangkat Zuraida sebagai ‘Presiden pengganti’ bagi memacu pembangunan dan perkembangan PBM untuk masa akan datang.

Mengikut jejak langkah Zuraida, Mohamaddin Ketapi juga mengumumkan penarikan diri dari Bersatu.

Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama mengumumkan berita tersebut pada 28 Jun.

Mohamaddin berkata beliau bertindak demikian atas sebab tidak diberi peranan serta kepercayaan untuk mengukuhkan parti tersebut terutama di peringkat akar umbi di kawasan Parlimen Lahad Datu dan Sewan Undangan Negeri (DUN) Segama, setelah lebih enam bulan bersama Bersatu.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Mengikut pendapat anda, adakah keputusan yang diambil oleh Mohammadin ini suatu langkah yang betul?

Ya, buat apa beliau menunggu lagi?
100.00% 1 Undi
Mungkin, ini mungkin dapat membantu beliau
0.00% 0 Undi
Tidak, beliau seharusnya kekal dengan Bersatu
0.00% 0 Undi

Beliau berkata walaupun keluar daripada sebuah parti membentuk kerajaan, beliau kekal sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang menyokong kerajaan Persekutuan juga Sabah dalam kapasiti sebagai wakil rakyat bebas.

“Setelah lebih enam bulan tiada sebarang peranan diberikan, saya tidak rasa kecewa dan saya anggap mungkin Bersatu sudah cukup kuat di Parlimen Lahad Datu dan DUN Segama oleh itu tiada keperluan untuk saya bertahan lama di parti ini.

Tidak cukup dengan pengunduran dua pemimpin utama ini dari Bersatu, Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajudin Abd Rahman pula tampil membuat pendedahan mengejut mengenai parti beliau, UMNO.

Tajuddin Abd Rahman mendedahkan terdapat usaha menjatuhkan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi oleh dua orang kuat parti Melayu itu, Mohamad Hasan dan Najib Razak pada Mei 2020.

“Sebenarnya Zahid sudah lama dianggap tak layak. Mungkin dia boleh bertahan lima enam bulan,” katanya pada satu sidang media di Petaling Jaya, Selangor 27 Jun lalu.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pandangan anda, bagaimanakah UMNO di bawah pimpinan Zahid Hamidi?

Tidak, jelas parti itu kacau bilau
0.00% 0 Undi
Tidak pasti, mungkin ada baik, ada kurang
0.00% 0 Undi
Baik, beliau memimpin parti itu dengan bijak
0.00% 0 Undi

“Kita adakan perjumpaan dan kesimpulannya lebih baik dia undurkan diri secara terhormat. Tok Mat duduk situ, Najib duduk situ, Khaled Nordin duduk situ.”

Katanya, gerakan itu bagaimanapun gagal apabila Mohamad atau mesra dipanggil Tok Mat yang juga Timbalan Presiden UMNO membuat pusingan U selepas digertak oleh orang-orang Zahid.

Ekoran itu, katanya, Mohamad kemudiannya tidak mengakui penglibatan dalam gerakan tersebut.

Menurut Tajuddin, Najib juga tidak meneruskan usaha tersebut selepas dicadangkan menjadi pengerusi Barisan Nasional.

Katanya, semasa perjumpaan tersebut satu memorandum dicadangkan bagi mendesak Zahid berundur dan beliau ditugaskan membuat tinjauan dan mengumpulkan ketua-ketua bahagian yang bersetuju memorandum itu dibuat di mana kira-kira 130 ketua bahagian UMNO bersetuju dengan cadangan tersebut.

Berikutan fenomena ini, adakah Bersatu dan UMNO kini berada dalam keadaan goyah serta perlu mengambil langkah penyelesaian agar terus menjadi pilihan rakyat?

Bagaikan tidak pernah merasai situasi yang tenang, landskap politik negara terus mendapat berita yang kurang enak apabila Syed Sadiq kini turut terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah yang dilihat menggugat imej ‘bersih’ beliau.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Bagaimanakah persepsi anda mengenai dakwaan ini?

Sebagus mana pun seseorang itu, beliau boleh juga terperangkap dengan wang
0.00% 0 Undi
Tidak pasti, saya ikuti perkembangan perbicaraan dahulu sebelum menilai
0.00% 0 Undi
Semua dakwaan ini tidak benar. Beliau seorang yang berwibawa
0.00% 0 Undi

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Pertuduhan ini mencalarkan imej beliau dan menggoyahkan keyakinan orang ramai terhadap beliau.

Sesi “menumpah teh” dalam arena politik bagaikan tiada kesudahan apabila Guan Eng didedahkan menerima rasuah daripada beberapa pihak.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda mengetahui mengenai dakwaan terhadap Guan Eng ini?

Tidak, saya tak nak ambil tahu
0.00% 0 Undi
Tidak pasti, saya tak peka dengan berita
0.00% 0 Undi
Ya, saya mengikuti dari mula lagi
0.00% 0 Undi

Seorang bekas pengurus kewangan memberitahu Mahkamah Sesyen dalam perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng berkait terowong dasar laut bahawa bekas bosnya, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli “mengaku” memberi rasuah kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang untuk projek itu.

Lim dibicarakan atas tuduhan menggunakan jawatannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang ketika itu untuk meminta daripada Zarul komisyen 10% daripada keuntungan projek terowong dasar laut dan menerima RM3.3 juta sebagai sogokan daripada ahli perniagaan itu.

Dia juga didakwa atas dua pertuduhan menyalahgunakan tanah negeri bernilai RM208.7 juta secara tidak jujur kepada dua syarikat.

Walau apa pun berlaku dalam landskap politik negara, rakyat Malaysia harus bijak menilai dengan mendapatkan informasi yang tepat bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang betul. Dengan keadaan politik sebegini, adakah kita sudah bersedia untuk memilih?