MoU Transformasi, Kestabilan Politik: Apa Perlu Anda Tahu

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik adalah satu sejarah baru yang membuktikan keterbukaan, kematangan dan kebijaksanaan pemimpin politik Malaysia.

Tiada siapa yang kalah dalam persefahaman ini. Bahkan ia adalah situasi menang-menang-menang. Pihak yang menang ialah kerajaan-pembangkang-rakyat. 

Kesepakatan ini adalah satu kejayaan dalam mengolah cabaran menjadi peluang. Langkah ini mengubah konflik menjadi lonjakan politik yang hebat.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda tahu dan peka mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik ini?

Tidak, ini pertama kali saya mendengar tentang MoU
100.00% 1 Undi
Mungkin, macam pernah dengar
0.00% 0 Undi
Ya, saya tahu dan mengikuti perkembangan negara
0.00% 0 Undi

MoU ini turut mengesahkan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022.

PM menunaikan janjinya kepada parti pembangkang bahawa pilihan raya tidak akan diadakan sebelum 31 Julai, walaupun mendapat tekanan daripada partinya sendiri. Beliau konsisten dalam kata-katanya dan boleh dipercayai.

Selain itu, kerajaan juga berusaha melaksanakan setiap satu dan segala transformasi yang dicadangkan dalam tempoh masa dipersetujui kedua-dua pihak.

Usaha ini bukan sahaja dapat merungkaikan kekusutan politik, bahkan menjalin satu lembaran sejarah dalam menggerakkan budaya baru politik yang matang dan dinamik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MoU itu merangkumi aspek Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

“Semangat Keluarga Malaysia yang menekankan perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan inilah yang dizahirkan dalam memorandum persefahaman oleh kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat”

“Transformasi yang diperkenalkan kerajaan ini bukan sahaja mendorong kepada tadbir urus yang cemerlang dalam memerangi Covid-19 dan pemulihan ekonomi, bahkan memangkin iklim pelaburan yang kondusif, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang kukuh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan yakin memorandum persefahaman yang dizahirkan itu bukan sahaja berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif.

“Setinggi penghargaan kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membulatkan tekad, mengetepikan perbezaan ideologi politik untuk bersama-sama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Rakyat bukan sekadar gembira dengan agenda transformasi yang dirangkakan, bahkan juga dengan jiwa besar para pemimpin politik merendahkan ego masing-masing demi kedamaian politik.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Sebagai Rakyat, apa pendapat anda tentang agenda transformasi yang dirangkakan di dalam MoU ini?

Menurut saya, agenda transformasi dan MoU ini tidak perlu kerana politik di Malaysia sudah stabil dan tidak perlu penambahbaikan
100.00% 1 Undi
Saya tidak pasti, perkara ini tidak penting bagi saya
0.00% 0 Undi
Saya berharap ia menjadi satu tapak kukuh untuk mewujudkan budaya politik baharu dalam negara
0.00% 0 Undi

Setakat ini, Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September lalu memberi kesan baik terhadap pelaburan negara setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ini kerana kestabilan politik amat penting untuk pembangunan negara bagi memastikan fokus kepada usaha menangani COVID-19 dapat dimantapkan.

“Alhamdulillah MoU setakat ini ada kesan agak baik, walaupun tidak sempurna. Ia membolehkan kita fokus kepada usaha memulihkan pertumbuhan ekonomi negara yang merudum tahun lepas termasuk pelaburan kerana kalau tak ada kestabilan politik sudah pasti pelaburan juga terjejas.

Sementara itu menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson), Mustapa berkata telus dan ikhlas memberi pandangan adalah ‘resipi’ penting dalam memastikan kejayaan MoU berkenaan.

Tegasnya, semua pihak perlu telus dan berterus terang, selain ia penting dalam menyelesaikan sebarang masalah.

“Jika itulah keadaan sebenarnya, termasuk reformasi Parlimen umpamanya, maka tindakan haruslah diambil untuk memastikan hasrat murni dicapai 13 September lalu dapat dicapai,” katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Anwar menyifatkan perkembangan MoU lembab dan tiada komitmen daripada kerajaan. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

Saya setuju, kemajuan itu sangat lemah sehinggakan reformasi Parlimen pun belum ada kejayaan apa-apa
100.00% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi
Saya tidak setuju, MoU setakat ini menunjukkan kesan agak baik, walaupun tidak sempurna, tetapi saya yakin MoU berkenaan dapat memanfaatkan rakyat
0.00% 0 Undi

Mustapa berkata, kerajaan komited mengukuhkan kedudukan kewangan dalam jangka sederhana seperti digariskan bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan defisit disasarkan berkurang kepada 3.5 peratus, menjelang 2025.

Kesepakatan ini ibarat ‘gencatan senjata politik’ bagi mengendurkan pertembungan politik dan memberikan tumpuan kepada sesuatu yang lebih penting iaitu pemulihan negara dan demokrasi untuk kepentingan rakyat. 

Kita juga mengharapkan agar usaha untuk melaksanakan transformasi yang dinyatakan itu diluaskan kepada perkara yang menjadi hasrat rakyat seperti pengukuhan kawalan dana politik melalui Akta Dana Politik, peningkatan integriti politik dan pemerintahan, pembinaan iklim politik yang sihat dan penghapusan budaya politik yang jelek seperti fitnah, adu domba dan seumpamanya. Moga langkah kerjasama yang bersejarah ini diberkati dan mencapai kejayaannya seperti yang dihasratkan.