Kekalahan di PRN Johor; Masa untuk Ubah Strategi?

Zikri Kamarulzaman/malaysiakini

PRN Johor 2022 telah menyaksikan beberapa kekalahan parti-parti politik besar seperti Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional (PN) kepada Barisan Nasional yang memenangi 40 kerusi daripada 56 kerusi yang dipertandingkan. 

PN hanya memenangi 3 kerusi iaitu di DUN Bukit Kepong, Endau dan Maharani menyatakan bahawa telah berjaya meraih sokongan walaupun masih baru. PN juga memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan blok pembangkang selain menyatakan keengganan untuk bekerjasama dengan BN atas keyakinan bahawa PN sudah cukup untuk membentuk kerajaan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah keengganan parti-parti pembangkang untuk bekerjasama membawa kepada kekalahan mereka?

Tidak, tiada perbezaan
50.00% 1 Undi
Ya, pembangkang patut bekerjasama
50.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin ada potensi
0.00% 0 Undi

Parti komponen PN iaitu PAS telah berjaya mendapatkan satu kerusi daripada 15 kerusi yang mereka tandingi. Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi tidak dapat memastikan sama ada kenyataan kontroversi oleh Presiden PAS menjadi punca penolakan PAS di Johor dan mereka bakal mengkaji dengan lebih terperinci faktor kekalahan PAS untuk PRN Johor kali ini. 

PH yang turut mengalami kekalahan dengan hanya memenangi 12 kerusi. Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan menyatakan bahawa PH tidak menjangkakan keputusan itu untuk PRN ini. Beliau juga hanya memberi respon “yang lepas biarlah lepas” apabila ditanya adakah isu pembahagian kerusi antara PKR dan MUDA menjadi penyebab kekalahan PH.

Kemunculan sulung MUDA dengan memenangi satu kerusi di Puteri Wangsa turut membuka mata banyak pihak. Menurut Presiden MUDA, Syed Saddiq, parti itu akan menjadi pembangkang berkualiti di samping akan meneruskan khidmat di kawasan yang kalah.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah MUDA bakal memberikan nafas baru untuk arena politik Johor?

Tidak, semua sama
50.00% 1 Undi
Ya, MUDA bakal bawa kelainan
50.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin berpotensi
0.00% 0 Undi

Parti PEJUANG juga pertama kali memasuki arena PRN, pulang dengan tangan kosong dan kehilangan wang deposit di kerusi yang  mereka tandingi. Ternyata keputusan ini memberikan tamparan hebat apabila PEJUANG sebelum ini menyatakan ketidakperluan untuk bekerjasama dengan parti lain.

Satu lagi parti baru iaitu Parti Bangsa Malaysia (PBM) turut mengalami kekalahan di semua kerusi dipertandingkan. Pengarah Pilihan Raya PBM, Haniza Mohamed Talha menyatakan bahawa PBM memerlukan lebih banyak masa untuk diperkenalkan kepada pengundi. Atas faktor pengundi mengundi berdasarkan logo dan parti, kerjasama dengan parti lain akan dibincangkan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah parti-parti baru tidak berjaya memenangi kerusi disebabkan oleh pengundi kurang mengenali mereka?

Tidak, pengundi sudah mengenali
50.00% 1 Undi
Ya, parti harus lebih berinteraksi dengan pengundi
50.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin boleh dicuba
0.00% 0 Undi