Ikhtiar BN Johor untuk kestabilan masa depan

Barisan Nasional (BN) telah melancarkan manifesto Ikhtiar BN Johor untuk PRN Johor bertemakan Kestabilan Masa Depan, yang menggariskan lima teras utama.

Teras terbabit ialah kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, ikhtiar khusus untuk Orang Muda Johor (OMJ), ikhtiar untuk membudayakan pentadbiran berintegriti dan ikhtiar untuk melaksanakan reformasi politik.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, berkata Ikhtiar BN Johor adalah untuk semua bangsa Johor bagi menjadikan Johor negeri makmur didukung oleh naratif politik baharu yang matang lagi stabil.

Ketidakstabilan politik dan pandemik turut membantutkan kemajuan dan prestasi ekonomi negeri yang dulu pernah disegani. Jadi, melalui Johor Berdaya Saing, BN Johor akan melaksanakan sembilan inisiatif yang bakal melonjakkan ekonomi Johor, antaranya fasilitasi pelaburan dan pembangunan sosioekonomi daerah mengikut kearifan dan potensi tempatan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah 5 teras Ikhtiar BN Johor selari dengan harapan dan fokus anda?

Ya, semuanya penting untuk saya.
81.25% 26 Undi
Tidak, fokusnya tidak selari.
18.75% 6 Undi
Mungkin, saya tidak pasti.
0.00% 0 Undi

Berikut merupakan ikhtiar BN:

Ikhtiar 1: Menampung kos faedah pinjaman bank rakyat bagi usahawan PKS dan mikro
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Johor turut terkesan dengan pandemik dan mereka memerlukan tujahan dana serta pelbagai sokongan untuk meneruskan perusahaan. 

Bagi mengurangkan beban, BN Johor akan menampung semua faedah apabila PKS membuat pinjaman di Bank Rakyat. Kebiasaanya, apabila membuat pinjaman bank, pengguna harus membayar faedah sebanyak 4% hingga 5%. Dengan ikhtiar ini, rakyat Johor yang dapat pinjaman Bank Rakyat untuk perusahaan mikro akan mendapat pinjaman tanpa faedah. 

Ikhtiar 2: Menyediakan lot tanah untuk perumahan baru
Antara masalah yang sudah lama ingin diselesaikan ialah perumahan generasi. MB Johor, Dato Hasni tampil dengan satu penyesalaian yang tuntas dalam ikthtiar ini dimana sebanyak 3200 lot akan disediakan. Secara tidak langsung, 3200 generasi kedua felda di Johor yang sebelum ini tidak mempunyai rumah akan disediakan lot untuk perumahan mereka. Dengan ini, generasi kedua felda di Johor terbela.

Ikhtiar 3: Mengambil alih tanah pemaju yang tak bina rumah mampu milik
Isu perumahan mampu milik ini merupakan isu yang paling besar dihadapi oleh negara kita dan negeri johor. Kerajaan negeri bawah BN, bakal mewujudkan Perbadanan Kemajuan Perumahan negeri Johor (PKPJ). Melalui PKPJ, kerajaan negeri akan meminta pemaju serah tanah kepada PKPJ, bagi membina perumahan mampu milik untuk Rakyat 

Dianggarkan hampir 5,000 ekar boleh diambil oleh PKPJ dan kawasan tersebut merupakan kawasan-kawasan yang sudah matang dimana telekomunikasi, jalan, sekolah telah tersedia. Tiada negeri lain yang melaksanakan idea ini, inilah hebatnya kreativiti MB Johor Dato Hasni, yang sudah lengkap dengan pemikiran, plan dan strategi pelaksanaan.

Ikhtiar 4: Menarik pelaburan Singapura
Kerajaan BN Johor akan menarik pelaburan Singapura melalui Johor Economic Tourism And Cultural Office (JETCO). Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, penubuhan JETCO di Singapura merupakan usaha kerajaan negeri dalam mendepani cabaran global pasca koronavirus (Covid-19).

Penubuhan JETCO adalah untuk mempromosi Johor sebagai destinasi pelaburan, perdagangan, pelancongan dan kebudayaan bertaraf global.

Dengan menggunakan tagline #INICARAJOHOR, MB Johor tidak akan menunggu MITI untuk melaksanakan kerja. Dengan adanya JETCO, ia akan bergiat aktif dalam usaha membawa masuk pelaburan, mempromosi sektor pelancongan dan kebudayaan di antara Johor serta Singapura.

Bukan itu sahaja, JETCO akan menjadi penghubung untuk perniagaan syarikat Johor menembusi pasaran di Singapura. Kesannya kepada ekonomi Johor dan rakyat Johor dari segi pekerjaan, pendapatan dan pengembangan akses pasaran dijangka amat signifikan.

Ikhtiar 5: Infrastruktur pengangkutan negeri Johor
Di bawah kerajaan negeri BN, Johor akan menggesa kerajaan pusat bagi memastikan HSR (Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura) sampai ke Singapura, dan bukan hanya berhenti di Johor. 

Selain HSR, kerajaan negeri Johor bawah BN akan integrasikan seluruh sistem pengangkutan awam iaitu ART: Automated Rapid Transit, BRT: Bus Rapid Transit, RTS: Rapid Transit System dan LRT di Johor.

Kunci integrasi bukan sekadar pada HSR, tetapi pada RTS kerana RTS yang menghubungkan MRT di Singapura dengan LRT di Johor. Ini akan membawa kesan rawatan rantaian ekonomi yang menguntungkan rakyat Johor.
Dato Hasni ingin Johor mulakan dulu sebagai model bandar masa depan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah manifesto BN ini jelas dan realistik?

Ya, manifesto yang realistik.
75.76% 25 Undi
Tidak, saya tidak percaya.
21.21% 7 Undi
Mungkin, saya tidak pasti.
3.03% 1 Undi

Dengan tawaran-tawaran ini, ‘Bangsa Johor’ bukan sahaja mendapat kestabilan, tetapi agenda pembangunan inklusif di bawah ikhtiar BN. Kestabilan menjadi asas dan atasnya adalah idea perancangan pelaksanaan hebat di bawah Dato Hasni di bawah BN. Adakah manifesto BN lebih baik berbanding gabungan lain?