Debat Anwar – Najib, siapa untung?

Kredit: Malaysia Kini

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju mengadakan debat pada 12 Mei 2022. Debat berkenaan akan berlangsung dari Auditorium MATIC di ibu negara. 

Baru-baru ini, kedua-dua pemimpin itu bertelagah di media sosial berhubung Sapura Energy Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan minyak dan gas yang bermasalah.

Kita tidak selalu berpeluang menyaksikan debat umum antara tokoh politik kerajaan dengan pembangkang di Malaysia. Jadi, apabila dua tokoh politik terbabit bersetuju untuk berdebat, tentu perkara ini mengundang perhatian rakyat.

Pertembungan itu  berlaku apabila Rafizi Ramli dari PKR mengkritik Najib kerana mencadangkan kerajaan membantu Sapura, di mana baru-baru ini syarikat itu mengumumkan kerugian RM8.9 bilion, termasuk kerugian dalam bentuk pengambilalihan syarikat tersebut oleh syarikat petroleum nasional, Petronas.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendirian anda mengenai debat kali ini?

Positif, ia dapat membuka hati rakyat untuk melihat corak politik negara yang lebih matang
80.00% 4 Undi
Negatif, topik seperti masalah Sapura Energy sepatutnya tidak sampai ke tahap debat nasional kerana masih banyak lagi isu yang wajar diperdebatkan untuk kepentingan rakyat
20.00% 1 Undi
Neutral, saya tidak kisah
0.00% 0 Undi

Tujuan asal adalah, wajarkah Sapura Energy dibantu dan diselamatkan oleh kerajaan sebagaimana dianjurkan oleh Najib? Semua persoalan bakal terjawab pada Khamis dan Astro AWANI akan menyiarkan debat itu secara langsung pada jam 9.00 malam di Saluran 501, astroawani.com dan aplikasi Live TV Astro AWANI.

Najib merupakan individu terawal yang mencadangkan kerajaan supaya menyelamatkan Sapura Energy Bhd yang berhadapan dengan krisis kewangan teruk.

Adakah hasrat Najib dapat dicapai kali ini?

Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak akan menyiarkan secara langsung debat itu. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, debat berkenaan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan.

“Saya fikir ia adalah debat antara dua individu dan tiada kaitan dengan RTM kerana ia tidak melibatkan kerajaan atau pemimpin,” katanya.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, budaya yang dibawa oleh kedua-dua tokoh politik ini merupakan budaya yang sihat. Ini kerana ia dapat memberi pendedahan kepada rakyat mengenai isu hangat yang menjadi persoalan masyarakat sehingga kini.

“MBM memandang budaya debat ini satu budaya sihat yang dapat mematangkan lagi demokrasi dalam negara kita, apatah lagi debat kali ini menampilkan tokoh tokoh politik besar dalam negara ini.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah isu-isu nasional lain perlu turut dibincangkan bersama?

Ya, perlu dibincangkan bersama, yang jauh lagi menekan dan mengesan rakyat seperti isu kos sara hidup, pengangguran dan sebagainya.
100.00% 3 Undi
Mungkin, saya tidak kisah
0.00% 0 Undi
Tidak, debat ini hanya perlu fokus kepada isu sapura sahaja
0.00% 0 Undi

“Anak muda juga berharap agar tokoh yang berdebat nanti tidak menggunakan platform ini untuk mencari populariti semata-mata, termasuk mencadangkan idea populis yang akhirnya, tidak mendatangkan manfaat kepada negara,” jelasnya lagi.

Kedua tokoh politik berkenaan seharusnya menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami lapisan masyarakat.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah pendirian anda mengenai perkongsian tersebut?

Ya, penting bagi penggunaan bahasa yang mudah dan tidak terlalu teknikal supaya setiap lapisan masyarakat dapat memahami isu sapura itu
100.00% 3 Undi
Mungkin, saya tidak kisah
0.00% 0 Undi
Tidak, gunakan sahaja bahasa teknikal, tidak penting untuk masyarakat faham
0.00% 0 Undi

Kita mahu menyaksikan debat yang profesional, objektif dan berkualiti tinggi daripada kedua-dua pemimpin. Biarlah rakyat menilai, hujah siapa yang lebih realistik dan meyakinkan berdasarkan idea, komen, pandangan dan analisis yang diketengahkan nanti.