Bolehkah blok pembangkang bangkit daripada kekalahan di PRN Melaka?

Zikri Kamarulzaman/malaysiakini

PRN Johor bakal menjadi medan untuk menguji kekuatan gabungan parti politik serta memberi ruang untuk menguji strategi masing-masing. Namun, setiap parti kini dilihat ada cabaran dan masalah yang tersendiri dalam menghadapi PRN Johor.

Kita bercakap dulu mengenai isu-isu dalam blok pembangkang yang dahulunya hanyalah PH, tetapi kini nampaknya sudah ‘bercerai’.

Untuk PRN Johor, PKR akan menggunakannya logonya sendiri. DAP dan Amanah akan menggunakan logo PH. MUDA yang sudah ‘menerima’ 6 kerusi daripada DAP dan Amanah akan menggunakan logo MUDA – dan dikatakan masih berbincang dengan PKR untuk ‘mengambil’ lebih kerusi. Pada masa yang sama, PEJUANG dan WARISAN sudah mengumumkan yang mereka akan turut bertanding.

Walaupun ianya mungkin sekadar penggunaan logo untuk bertanding, tetapi logo ini sedikit sebanyak melambangkan keutuhan perpaduan dikalangan mereka jika mereka diberi mandat untuk mentadbir kerajaan negeri.

Kurangnya kerjasama dan persilisihan faham di antara parti-parti pembangkang ini sedikit sebanyak mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan ahli gabungan itu.

Antara insiden yang ‘dipertontonkan’ kepada umum adalah berkenaan sebuah gambar yang dimuatnaik di satu akaun Facebook dipercayai milik ‘Parti Muda Kedah’ yang menunjukkan menunjukkan empat lelaki memegang wang di samping logo keempat-empat parti iaitu BN, PH, PKR dan PH dengan kapsyen ‘Jangan biarkan korupsi binasakan institusi negara.’ Insiden ini mencetuskan pelbagai reaksi negatif daripada rakyat dan pemimpin-pemimpin politik, terutamanya PKR.

Reaksi negatif turut dilemparkan kepada blok pembangkang selepas bidasan Syed Saddiq di media sosial yang mendakwa komuniti India di Ulu Tiram mengadu, S Gopalakrishnan, Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, tidak mengambil endah kebajikan rakyat selain bantuan yang sepatutnya dapat tidak diberikan.

Terbaru, Ketua Penerangan AMK Johor PKR, Mohamad Taufiq mengumumkan perletakan jawatannya. Dia turut memuat naik status yang menggambarkan kekecewaannya, “Parti ini parti derita’. Memang deritalah sampai bila-bila..”

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Mampukah PKR berjaya dengan logo sendiri di Johor?

Tidak, ia menggambarkan perpecahan
57.48% 73 Undi
Ya, logo PKR jauh lebih dikenali berbanding logo PH
34.65% 44 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
7.87% 10 Undi

Ada pandangan sesetengah pihak yang menyifatkan antara punca kekalahan PH di Sarawak dan Melaka adalah penggunaan logo gabungan itu. Mereka yakin logo PKR sepatutnya digunakan.

Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Sivamurugan Pandian menjelaskan penggunaan logo adalah simbol penyatuan dimana pengundi ada kalanya tidak melihat pada calon atau isu sebaliknya soal kesetiaan parti bermula dengan pendirian untuk menyokong idelogi dan simbol.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah blok pembangkang akan tampak lebih meyakinkan jika menggunakan logo yang sama?

Tidak, setiap parti mempunyai pendirian tersendiri
37.72% 43 Undi
Ya, ia melambangkan kerjasama erat
31.58% 36 Undi
Mungkin, tetapi ianya tidak penting
30.70% 35 Undi

PH Johor mendakwa bahawa tindakan UMNO mencetuskan PRN Johor, dilihat sebagai helah bertujuan mengambil kesempatan ketika ramai rakyat negeri ini dijangka menghadapi kesukaran untuk pulang mengundi.