Sekolah Kembali Dibuka

Penantian pelajar di Malaysia kini berakhir apabila sesi persekolahan Penggal 1, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 bagi semua sekolah di seluruh negara telah kembali dibuka pada 21 Mac yang lalu.

Namun, masih ada sesetengah murid yang perlu hadir secara bersemuka, penggiliran dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah Malaysia sudah bersedia untuk membuka sekolah sepenuhnya?

Ya, sudah bersedia
80.00% 4 Undi
Mungkin, saya tak pasti
20.00% 1 Undi
Tidak, kes COVID19 tinggi
0.00% 0 Undi

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pelajar sekolah menengah kemudian akan menghadiri pembelajaran secara bersemuka tanpa penggiliran di sekolah, mulai 4 April depan.

“Pelajar berkenaan meliputi murid berkeperluan khas (MBK), peralihan, Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam, pra universiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) dan peperiksaan antarabangsa setara,”

Untuk mencegah penularan Covid-19, kebanyakan sekolah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk ibu bapa dan anak-anak, termasuk penjarakan fizikal dan penggunaan cecair sanitasi untuk membersihkan tangan sebelum memasuki kelas. Ada sesetengah sekolah hanya membenarkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke pintu pagar seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Hany Zainal, 35, ketika ditemui selepas menghantar anaknya, Shakur Zeyn Shahrir, 7, berkata beliau berpuas hati dengan SOP yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Utama bagi memastikan keselamatan murid.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah SOP yang dilaksanakan di sekolah sekarang dapat digunakan dalam jangka panjang?

Ya, dapat mengurangkan penularan di sekolah
80.00% 4 Undi
Tidak, perlu SOP lebih baik
20.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin beberapa bulan sahaja
0.00% 0 Undi

Berdasarkan takwim KPM, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 membabitkan 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A, dan 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B. Negeri kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan serta Terengganu, manakala baki adalah negeri kumpulan B.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah ibu bapa perlu menyarankan anak-anak mereka mengambil vaksin?

Ya, bagi mengurangkan kadar jangkitan COVID19
60.00% 3 Undi
Tidak, hanya perlu ikuti SOP
40.00% 2 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Menurut Radzi, kehadiran pada hari Isnin di sekolah adalah baik, walaupun kadar imunisasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) bagi kanak-kanak berumur lima hingga sebelas tahun hanya 35%, iaitu masih rendah. Beliau turut berkata, kadar pelalian menerusi PICKids tidak akan dijadikan tanda aras bagi memansuhkan sistem penggiliran ke atas sekolah rendah yang mempunyai jumlah enrolmen melebihi 600 pelajar.