Perikatan Nasional (PN)

Pengenalan

Perikatan Nasional ditubuhkan secara rasmi pada Februari 2020. Pakatan ini menyatukan parti-parti politik termasuk Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Dengan wawasan yang sama, PN bertujuan untuk memberikan kestabilan dan menangani cabaran yang dihadapi oleh negara.

Penubuhan

Parti Perikatan Nasional ialah gabungan 5 parti komponen iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah), Parti Progresif Sabah (SAPP), dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN). Parti gabungan ini dipengerusikan oleh YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2018:

Pada pilihan raya umum yang diadakan pada Mei 2018, Pakatan Harapan (PH), sebuah gabungan parti-parti politik yang menggabungkan pelbagai ideologi dan komponen etnik, berjaya mengambil alih kuasa daripada Barisan Nasional (BN), yang telah memerintah Malaysia selama beberapa dekad.

Pertukaran Kuasa:

Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan persekutuan baru dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Pada Februari 2020, terdapat pergolakan dalaman di dalam PH yang berhubung dengan pilihan Menteri Muda di Kementerian Dalam Negeri.

Peletakan Jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad:

Pada 24 Februari 2020, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana kerusi Parlimen yang dipegang PH berkurang daripada 140 kepada 108. Ini menyebabkan tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti di kalangan ahli dewan rakyat.

Pertemuan Parti-Parti Politik:

Menyusul perletakan jawatan Tun Dr Mahathir, berlaku pertemuan di antara beberapa parti politik termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang pada masa itu merupakan sebahagian daripada PH, BERSATU telah menarik diri daripada PH dan diterjaui oleh Presiden masa itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perikatan Nasional Terbentuk:

Pada 29 Februari 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Beliau membentuk kerajaan yang terdiri daripada PPBM, UMNO, PAS, GPS dan STAR. Kerajaan yang dibentuk pada 1 Mac 2020 itu dinamakan sebagai kerajaan Perikatan Nasional meskipun PN belum ditubuhkan secara rasmi ketika itu.

Memorandum Persefahaman (MOU):

Pada 17 Mei 2020, sebuah memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani, yang merangkumi perkara-perkara utama sebagai dasar persetujuan di antara parti-parti politik yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional. Parti-parti yang menyertai dalam penandatanganan termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Hasil MOU tersebut, Perikatan Nasional (PN) telah sah terbentuk sebagai sebuah gabungan politik pada 7 Ogos 2020. Dalam proses penubuhan ini, Bersatu, PAS, dan STAR berperanan sebagai anggota pengasas. Selanjutnya, Parti Progresif Sabah (SAPP) menyertai PN pada 19 Ogos 2020, dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menyertai pada 11 Februari 2021.

PRN15:

Menjelang PRU15, Perikatan Nasional telah dianggotai oleh BERSATU, PAS, GERAKAN, SAPP dan STAR. Pada 2 November, gabungan itu mengumumkan akan bertanding 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU15. Namun, BN dan GPS yang menandatangani MOU kerajaan Perikatan Nasional tidak menyertai gabungan politik ini secara rasmi.

Komposisi Kerajaan:

Kerajaan Perikatan Nasional memegang kuasa di peringkat persekutuan dan juga di beberapa negeri. Ini membawa kepada perubahan dalam komposisi kerajaan negeri-negeri tertentu, dengan beberapa negeri yang sebelumnya dikuasai oleh PH berpindah kepada PN.

Cabaran dan Kontroversi:

Penubuhan Perikatan Nasional menghadapi kritikan dan kontroversi, termasuk isu legitimasi penubuhan kerajaan ini dan tindak balas dalam kalangan ahli politik dan pengundi.

Manifesto

Manifesto Perikatan Nasional berfokus pada beberapa pilar utama, termasuk transformasi ekonomi, kebajikan sosial, keselamatan negara, dan tadbir urus yang baik. Pakatan ini bercita-cita untuk membangunkan semula ekonomi negara dengan mempromosikan pelaburan, mencipta peluang pekerjaan, dan meningkatkan daya saing global Malaysia. Selain itu, Perikatan Nasional berjanji untuk memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat dengan memperbaiki perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan perumahan yang mampu milik. Pakatan ini juga menekankan kepentingan menegakkan keselamatan negara dan memerangi rasuah, dengan itu memastikan tadbir urus yang baik bagi kemajuan negara.

Ekonomi Rancak

    • RM5 bilion Tabung Khas Galakan Pelaburan. Malaysia sebagai Paksi Industri Masa Hadapan di Asia Tenggara.
    • 1,000,000 Pekerjaan Berpendapatan Tinggi dalam sektor ekonomi digital dan masa hadapan dalam tempoh 5 tahun.
    • Barangan Buatan Malaysia diutamakan oleh kerajaan dan rakyat.
    • RM1 bilion Dana Khas Pelancongan bagi mewujudkan produk baharu pelancongan domestik bernilai tinggi.

PMKS Berdaya Tahan

    • Moratorium Pinjaman PMKS yang lebih berkesan bagi membantu peniaga kecil.
    • Internet Percuma Setahun bagi Startup Digital untuk menggalakkan inovasi teknologi.
    • Program Usahawan Anak Muda dalam industri ekonomi dogital dan masa hadapan diperkasakan.

Rakyat Sejahtera

    • MyPrihatin One Stop Centre dan pangkalan data tunggal untuk semua penyampaian bantuan kepada rakyat yang memerlukan.
    • Kad Prihatin Nasional, akses perkhidmatan kesihatan terpilih percuma di klinik swasta dan hospital kerajaan.
    • Perkhidmatan Bas Sekolah & Pusat Penjagaan percuma bagi kumpulan miskin dan miskin tegar.
    • Insentif Khas Pekerja Gig bernilai RM1000 bagi melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
    • Skim Pembangunan Nelayan yang terancang dan komprehensif bagi meningkatkan taraf hidup nelayan.
    • Pendapatan dan Kebajikan Pekebun Kecil ditingkatkan melalui pemodenan industri getah.

Bekalan Makanan Terjamin

    • RM1 bilion Dana Fund for Food dengan kadar faedah yang rendah bagi meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara dan menstabilkan harga makanan.
    • 6 Hab Mega Pengeluaran Makanan diwujudkan seluruh negara bagi menstabilkan harga makanan.

Tadbir Urus Kukuh

    • Sistem Perundangan & Kehakiman Syariah diperkasakan.
    • Pelan Anti Rasuah Nasional diperkasakan dan Mahkamah Anti Rasuah diwujudkan.
    • Larangan sumbangan dana politik dari luar negara bagi menjaga kedaulatan negara.
    • Badan Bertindak Bencana Alam dan Perubahan Iklim khusus bagi menangani banjir dan bencana lain dengan lebih efektif.
    • Akta Dewan Bahasa & Pustaka diperkasa bagi memartabatkan bahasa Melayu.
    • Jawatankuasa Khas Tawaran PN yang dianggotai pakar untuk memantau dan memastikan semua tawaran dilaksanakan sepenuhnya.

Pendidikan Inklusif

    • Internet Laju dalam bilik darjah dan bilik guru di semua sekolah seluruh negara.
    • RM50 Juta Setahun pembangunan Infrastruktur dan Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas (MBPK).
    • Akses kepada Peranti Digital untuk murid di seluruh negara.
    • Komputer Riba untuk semua guru di institusi bawah KPM bagi memudahkan tugasan pengajaran dan pembelajaran.
    • Dana Khas bagi Sekolah Tahfiz dan Agama Rakyat untuk menyertai sistem kemahiran TVET.
    • RM2.5 bilion setahun untuk penyelenggaraan sekolah bagi tempoh 2023-2025.
    • Kapasiti dan Kepakaran Pusar Perkhidmatan Pendidikan Khas di seluruh negara ditambahbaik termasuk bagi kanak kanak autisme.
    • Bantuan Awal Pengajian IPT sebanyak RM1,000 kepada semua pelajar baharu mendaftar.

Kesihatan Mampan

    • Peruntukan Kesihatan Dinaikkan lebih 5% daripada KDNK secara berperingkat untuk perkasa kualiti perkhidmatan kesihatan.
    • Pelepasan Cukai Khusus Malaysia Sihat sebanyak RM3,000 bagi mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Infrastruktur Cekap

    • Capaian Internet Laju di seluruh negara serta menjamin cag 5G berpatutan.
    • Pembinaan Lebuh Raya (Pan Borneo, Lingkaran Tengah Utama (CSR), Pantai Timur 3 (LPT 3)) dipercepatkan.
    • Mengurangkan Kesesakan Lebuh Raya di lebuh raya dengan mempercepatkn pengunaan sistem tol tanpa plang dan menambah lotong di lokasi kritikal.
    • Dana khusus menaiktaraf dan menyelesaikan masalah perkhidmatan bekalan air di seluruh negara.

Penjawat Awam Terpelihara

    • COLA Penjawat Awam dinaikkan RM100 dan akan diselaras secara berkala.
    • Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 sebulan bagi penjawat awam.
    • RM2.5 bilion setahun Penyelenggaraan Kuarters Kerajaan Persekutuan di seluruh negara untuk tempoh 2023-2025.

Rapatkan Jurang Sabah dan Sarawak

    • Pelaksaan MA63 disegerakan.
    • Penubuhan Universiti Awam Baharu di Sabah dan Sarawak.

Pembangunan Negeri dan Wilayah Seimbang

    • Bayaran tunai Hasil Petroleum secara terus kepada Kerajaan Negeri berdasarkan Akta Kemajuan Petroluem 1974.

Belia Peneraju

    • Skim Perumahan Mikro Belia mampu sewa di bandar-bandar utama.
    • Kuota Senator untuk belia dan beliawanis.
    • Diskaun 25% bayaran balik PTPTN kepada graduan kelas kedua atas.
    • Pusan Sukan & Komuniti Perpaduan mewujudkan di setiap daerah.

Kumpulan Rentan Dilindungi

    • DanaNita wanita bangkit berniaga, pinjaman tanpa faedah sehingga RM20,000.
    • Jabatan Warga Emas ditubuhkan bagi menjamin kesejahteraan Warga Emas.
    • Hak Wanita dan Kanak-Kanak dilindungi dengan memantapkan undang-undang.
    • Program Latihan OKU Lepasan Sekolah untuk persediaan memasuki pasaran pekerjaan.

FELDA Diperhebat

    • Wawasan Felda Baharu bagi menjamin masa hadapan generasi muda di kawasan Felda.

Pencapaian Perikatan Nasional

Sejak penubuhannya, Perikatan Nasional telah mengambil langkah penting dalam memenuhi komitmen manifesto mereka. Pakatan ini melaksanakan beberapa inisiatif, termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Perikatan Nasional, yang bertujuan untuk meringankan beban ekonomi akibat pandemik global. Perikatan Nasional juga mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki sistem kebajikan, termasuk memberikan bantuan kewangan kepada golongan rentan dan memperbaiki infrastruktur kesihatan. Selain itu, Perikatan Nasional telah aktif terlibat dengan pihak berkepentingan antarabangsa, menjalin hubungan diplomasi yang telah menghasilkan peluang perdagangan yang lebih baik.

Memulihkan dan Membangunkan Ekonomi

    • Melaksanakan 7 pakej ransangan ekonomi, iaitu PRIHATIN (230 bilion), PRIHATIN PKS+ (RM10 bilion), PERMAI (RM16 bilion), PENJANA (RM35 bilion), Kita Prihatin (RM10 bilion), PERMAI (RM16 bilion), PEMERKASA (RM20 bilion), dan PEMULIH (RM150 bilion).
    • Menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara bagi mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan.
    • Menubuhkan Majlis Kemakmuran Bumiputera bagi memperkasa agenda Bumiputera.
    • Memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-37.
    • Menyambung semula rundingan pelaksaan projek Sistem Transpit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura.

Melindungi Kesihatan Rakyat dan Membendung COVID-19

    • Melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan kos sebanyak RM5 bilion.

Memantapkan Tadbir Urus

    • Menubuhkan Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia (MA) 1963).
    • Mewujudkan portfolio Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dalam kabinet.
    • Menyelaraskan urusan minyak dan gas di antara Petronas dan kejaraan wilayah Sabah dan Sarawak.
    • Menerima dana RM19 bilion, termasuk pengumuman penyelesaian RM16.7 bilion antara Kerajaan dan Golsman Sachs bagi tujuan tuntutan penyelewengan dana 1MDB.
    • Memperkenalkan Dasar Perpaduan Negara (DPN) dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara.
    • Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah (JKKMAR).
    • Menubuhkan Suruhanjaya Intergriti Agendi Penguatkuasaan (EAIC).

Menyelamatkan FELDA

    • Meluputkan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion melalui pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat.
    • Menerbitkan sukuk bernilai RM9.9 bilion dengan jaminan Kerajaan bagi tujuan pelan pemulihan FELDA.
    • Menyiapkan Perumahan Generasi Baharu FELDA (PDGF) yang terbengkalai pada tahap 70%.

Kebajikan Rakyat

    • Melaksanakan Bantuan Prihatin Nasional dengan jumlah keseluruhan RM18.4 bilion.
    • Melaksanakan moratorium secara automatik selama 6 bulan.
    • Menaikkan nilai bantuan bulanan JKM daripada RM300 kepada RM1,000.
    • Meminda Seksyen 41-45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi melaksana hukuman yang lebih berat terhadap pemandu mabuk.
    • Menubuhkan Jawatankuasa Kabiney Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara.
    • Melaksanakan Program Penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 juta Pokok bermula tahun 2021-2025.

Negara Digital

    • Memperkenalkan Program Strategi Keselamatan Siber 2020-2024 bernilai RM1.8 bilion.
    • Memperkenalkan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).
    • Memperkenalkan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Struktur Kepimpinan

Struktur kepimpinan Perikatan Nasional terdiri daripada tokoh-tokoh penting dalam parti-parti gabungan. Pada masa ini, bekas Perdana Menteri Malaysia juga merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang memimpin Perikatan Nasional. Jawatan kepimpinan dalam Perikatan Nasional diberikan kepada parti-parti ahli, memastikan proses pembuatan keputusan kolektif dan mewakili pelbagai sudut pandang. Struktur yang seimbang ini membolehkan pakatan ini menangani kebimbangan komuniti yang berbeza dan berusaha untuk mencapai visi bersama bagi negara.

Majlis Tertinggi

JawatanNamaParti
PengerusiYB Tan Sri Muhyiddin Mohd YassinBERSATU
Timbalan PengersuiYB Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi AwangPAS
YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe ChaiGERAKAN
YB Dato’ Seri Ahmad Faizal AzumuBERSATU
Setiausaha AgungYB Dato’ Seri Hamzah ZainudinBERSATU
Bendahari AgungYAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri MokhtarPAS
Ketua PeneranganYB Dato’ Seri Mohamed Azmin AliBERSATU
Pengarah Pilihan RayaYB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md NorPAS
Ketua WanitaYB Datuk Seri Rina Mohd HarunBERSATU
Timbalan Ketua WanitaYB Senator Nuridah Mohd SallehPAS
Naib Ketua WanitaYBrs Puan Janice Wong Oi FoonGERAKAN
Ketua PemudaYB Ahmad Fadhli ShaariPAS
Timbalan Ketua PemudaYB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad KamalBERSATU
Naib Ketua PemudaYBrs Encik Wong Chia Zhen (memangku)GERAKAN
Ahli Majlis TertinggiYB Datuk Seri Dr Ronald KiandeeBERSATU
Oh Tong KeongGERAKAN
Setiausaha EksekutifYBrs Tuan Haji Saiful Adli Mohd ArshadBERSATU

Kerajaan Negeri Perikatan Nasional

Pengaruh Perikatan Nasional merangkumi pentadbiran kerajaan negeri juga. Beberapa negeri seperti Kedah, Terengganu dan Perlis telah melihat peralihan kuasa kepada Perikatan Nasional setelah perubahan politik. Pakatan ini bertujuan untuk membawa kestabilan dan pentadbiran yang efektif kepada negeri-negeri tersebut dengan melaksanakan dasar-dasar yang sejajar dengan manifesto pakatan ini. Kerajaan negeri di bawah PN memberi keutamaan kepada keperluan rakyat, memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, dan menangani isu-isu utama di dalam kawasan masing-masing.

Menteri Besar

Negeri Gelaran ketua Ahli Parti Kawasan DUN
Terengganu Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar PAS Ru Rendang
Kelantan Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud PAS Meranti
Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor PAS Jeneri
Perlis Menteri Besar Mohd Shukri Ramli PAS Sanglang

Timbalan Menteri Besar

Negeri Gelaran ketua Ahli Parti Kawasan DUN
Kelantan Timbalan Menteri Besar Mohamed Fadzli Hassan PAS Temangan

Speaker dan Timbalan Speaker

Negeri Gelaran ketua Ahli Parti Kawasan DUN
Kedah Speaker Juhari Bulat BERSATU Ayer Hangat
Kedah Timbalan Speaker Ahmad Fadzli Hassan PAS Pantai Merdeka
Kelantan Speaker Abdullah Ya’kub PAS Bukan ADUN
Kelantan Timbalan Speaker Abdul Fattah Mahmood PAS Bukit Panau
Terengganu Speaker Yahaya Ali PAS Bukan ADUN
Perlis Speaker Rus’sele bin Eizlan PAS Bukan ADUN