Gabungan Parti Sarawak (GPS)

Gabungan Parti Sarawak (GPS) ialah sebuah parti politik di Sarawak yang telah ditubuhkan pada 2018. Gabungan ini dianggotai oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP). GPS dipimpin oleh Presiden, Abang Johari Tun Openg yang juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).