Sebelum membaca kandungan notis ini, anda diminta untuk memahami bahawa “anda”, “pengguna” merujuk kepada pengguna laman web/portal Pendapat dan “kami”, “Pendapat” merujuk kepada organisasi Pendapat.
Kami mengambil serius privasi dan keselamatan data anda. Kami bertanggungjawab ke atas semua data yang diberikan. Oleh itu, kami akan mengendalikan data-data anda secara beretika dan bertanggungjawab.
Kami cuba untuk membuat notis ini mudah untuk difahami, namun sekiranya anda kurang jelas, sila kemukan soalan ke emel hello@pendapat.my dan kami amat berbesar hati untuk membantu anda.
Sebagai organisasi yang beroperasi berasaskan data peribadi, Pendapat bertanggungjawab terhadap semua data peribadi yang telah diberikan, dengan menyatakan secara telus bagaimana kami kumpul, guna dan lindunginya.
Perlindungan privasi kami adalah seperti berikut:
- Jenis data peribadi yang mungkin dikumpul;
Data peribadi anda yang mungkin dikumpul termasuklah nama, emel, nombor telefon, negeri kediaman, pekerjaan, umur, kaum, tahap pendidikan, maklumat akaun log masuk anda (jika anda gunakan akaun Google atau Facebook untuk log masuk) yang bakal diminta ketika anda log masuk ke portal ini dan melengkapkan profil.
- Data yang dikumpul digunakan untuk;
-
- Membenarkan anda log masuk ke portal Pendapat.
- Menyampaikan perkhidmatan yang anda perlukan.
- Tujuan analisis bagi memudahkan kami memahami lapisan pengguna bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dengan lebih baik.
- Memastikan perkhidmatan kami memenuhi langganan anda.
- Membolehkan kami berkomunikasi dengan anda sekiranya perlu.
- Bagaimana kami mungkin berkongsi data daripada Pendapat kepada organisasi luar dan kami mungkin berkongsi data anda dengan organisasi berikut:
-
- Rakan kongsi yang membolehkan kami memberikan memberi perkhidmatan lanjut kepada pengguna
- Pembekal perkhidmatan; termasuk pembekal perkhidmatan teknologi maklumat (IT) untuk infrastruktur, perisian dan kerja pembangunan;
- pihak berkuasa Kerajaan untuk mematuhi keperluan undang-undang, kawal selia dan kerajaan.
- Hak dan pilihan anda terhadap data peribadi anda.
Untuk sebarang permintaan menghadkan pemprosesan atau pertanyaan mengenai data peribadi anda, boleh diajukan dengan menghubungi kami melalui emel kami iaitu hello@pendapat.my.
Kami berhak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membetulkan data peribadi anda berdasarkan sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti perbelanjaan menyediakan akses untuk anda tidak seimbang dengan risiko atau privasi anda atau privasi orang lain.
Sekiranya anda tidak ingin Data Peribadi anda dikumpul melalui “cookies” di laman web Pendapat, anda boleh menyahaktifkan cookies dengan mengubah tetapan atau menyahaktifkan “cookies” di samping memadamkan histori dan cache pelayar internet anda.