Wajarkah GST dikembalikan?

Kerajaan mungkin akan mengembalikan sistem sukai barang dan perkhidmatan (GST) sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda bersetuju cadangan mengembalikan GST dapat menambah pendapatan negara?

Tidak, saya tidak sokong cadangan ini kerana ia membebankan rakyat
61.11% 11 Undi
Ya, saya sangat setuju dengan usaha kerajaan kerana ia dapat memberi kelebihan kepada negara dan juga rakyat
38.89% 7 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Namun dengan pelbagai krisis yang melanda negara, wajarkah GST dikembalikan bagi menampung subsidi?

Cukai, dengan apa-apa namanya sekalipun, GST ke SST ke, bukanlah sesuatu yang digemari oleh rakyat kerana cukai bermaksud kena bayar lebih!

GST telah dilaksanakan di Malaysia pada April 2015 ketika pentadbiran Barisan Nasional dengan kadar enam peratus namun menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak khasnya pihak pembangkang, kumpulan pengguna dan rakyat sekali gus dikatakan antara penyumbang kepada kekalahan parti itu dalam PRU14.

Bagaimanapun kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui Tun Dr Mahathir memansuhkan GST selepas mengambil alih tampuk pentadbiran negara dan menggantikannya dengan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah kadar GST 6% dulu terlalu tinggi dan itu penyebab GST tidak berjaya?

Ya, tinggi dan GST perlu diperkenalkan semula pada kadar lebih rendah supaya ia tidak membebankan golongan yang tidak berkemampuan
58.82% 10 Undi
Tidak, kadar GST 6% kerana ia sudah merangkumi semua cukai sedia ada, malah ia dapat mengurangkan cukai pendapatan terutamanya kepada golongan pertengahan
41.18% 7 Undi
Mungkin, saya terpengaruh dengan propaganda politik ketika itu
0.00% 0 Undi

Perdana Menteri, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob berkata, beliau sedar tentang persepsi negatif mengenai GST, tetapi kerajaan sudah tidak mempunyai banyak pilihan ketika ini.

“Kita telah kehilangan RM20 bilion pendapatan tahunan apabila kita memansuhkan GST dan mengembalikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Tiada negara dalam dunia ini yang kembali dari GST kepada SST, melainkan Malaysia,” katanya lagi.

Beliau berkata, kerajaan juga akan memastikan kadar GST yang akan diperkenalkan semula, tidak terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat.

“Dalam usaha mengembalikan GST, kerajaan akan mencari jalan untuk mendidik dan menimbulkan kesedaran tentang sudut positif GST serta sistem pengutipan cukai yang lebih telus,” ujarnya.

Katanya lagi, kerajaan juga akan memastikan kadar GST yang akan diperkenalkan semula, tidak terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah kerajaan perlu perhebatkan lagi usaha untuk mendidik dan kesedaran orang ramai mengenai kebaikan GST?

Tidak, rakyat tidak akan ambil kisah
53.85% 7 Undi
Ya, perlu supaya rakyat membuka minda bahwa GST boleh meningkatkan kutipan hasil negara berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
46.15% 6 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Selain itu Ismail Sabri berkata, kerajaan ketika ini juga sedang mengusahakan program rasionalisasi subsidi dengan bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah dan menengah.

Sebuah pelan komprehensif akan dibawa ke mesyuarat Kabinet tidak lama lagi.

Kebaikan dan keburukan GST, anda nilai sendiri

Di bawah sistem percukaian GST, cukai dikenakan kepada pengeluar di sepanjang rantaian bekalan dan pengeluar pula akan melepaskan cukai tersebut kepada pengguna dengan membuat perubahan kepada harga akhir.

Perubahan kos pengeluaran akan diterjemahkan kepada perubahan harga barangan dan perkhidmatan.

Pada dasarnya, pelaksanaan GST merupakan satu daripada pendekatan jangka panjang kerajaan bagi meningkatkan hasil pendapatan negara.

GST juga membawa kesan positif kepada ekonomi. Hal ini berlaku kerana bahan makanan asas yang dahulunya tertakluk di bawah cukai jualan telah dikecualikan daripada GST.

Kadar inflasi akan menurun selepas satu jangka masa kerana kadar GST yang dikenakan adalah seragam.

Perkara ini akan menguntungkan para peniaga dan juga pengguna disebabkan bebanan kos pengeluaran dan sara hidup yang berkurangan.

Pelaksanaan GST berpotensi untuk meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan dan seterusnya memberi implikasi kepada kos sara hidup isi rumah.

Ahli ekonomi beranggapan bahawa pelaksanaan GST akan memberikan kesan yang paling minima ke atas kadar inflasi negara sekiranya ia dilaksanakan ketika tempoh keadaan ekonomi yang bergerak perlahan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah sistem sukai barang dan perkhidmatan (GST) itu wajar dikembalikan?

Tidak, ia bukan masa yang sesuai lagi untuk melaksanakannya kerana kebanyakan perniagaan terjejas teruk dan rakyat bergelut dengan kos hidup tinggi
61.54% 8 Undi
Ya, saya sokong jika memperkenalkan semula GST kerana sistem asas cukai yang lebih besar akan meningkatkan cukai dan memberikan keanjalan untuk mengurangkan cukai langsung (cukai pendapatan perseorangan dan cukai korporat)
38.46% 5 Undi
Mungkin, saya tidak kisah jika GST dilaksanakan atau tidak
0.00% 0 Undi

Pada Mac 2022 lalu, Kementerian Kewangan telah menyatakan bahawa Kerajaan masih mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta model cukai kepenggunaan yang lain.

Katanya, kajian itu mengambil kira semua aspek termasuk kelemahan sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada serta kelemahan sistem GST yang dilaksanakan pada tahun 2015.

Bank Negara (BNM) baru-baru ini menyokong idea mengembalikan semula GST kerana dengan berbuat demikian akan meringankan beban kewangan ditanggung kerajaan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Jika GST dilaksanakan, berapakah kadar yang wajar, 2%, 4% atau 5%?

2% adalah kadar yang sesuai kerana dapat mengurangkan beban rakyat untuk membayarnya
50.00% 4 Undi
4% mungkin baik
25.00% 2 Undi
Lebih baik kekalkan sahaja 6%
25.00% 2 Undi
5% sudah memadai
0.00% 0 Undi

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai, berkata pihaknya menyokong pelaksanaan semula GST, tetapi kadarnya perlu diteliti semula dan diturunkan berbanding enam peratus yang ditetapkan sebelum ini.

Beliau mencadangkan kadar baharu serendah empat peratus yang diharapkan dapat membantu meningkatkan asas hasil kerajaan, sekali gus membantu mengurangkan paras hutang dan mempercepat pergerakan konsolidasi fiskal.

Selain itu, katanya, pelaksanaan GST juga akan menjadikan harga eksport Malaysia lebih kompetitif di persada global kerana rejim percukaian sedemikian tidak dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan.