Tasik Chini merupakan tasik kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera yang terletak di negeri Pahang. Tasik ini merupakan antara dua kawasan di Malaysia diberikan pengiktirafan Rizab Biosfera UNESCO dalam rancangan Manusia dan Biosfera anjuran pertubuhan tersebut selain Banjaran Crocker di Sabah.
Walau bagaimanapun, status rizab biosfera Tasik Chini daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) kini dalam penelitian dan penemuan awalnya tidaklah menggalakkan.
Kerajaan Pahang dituntut supaya memberi penjelasan berhubung status rizab biosfera Tasik Chini yang dikatakan tidak lagi memenuhi kriteria Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Pengerusi Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram), Ali Akbar Othman berkata, penjelasan mengenai perkara itu perlu didedahkan supaya rakyat tahu situasi sebenar dan penyelesaian yang akan diambil oleh kerajaan Pahang.
“Rakyat juga ingin mengetahui apakah penyelesaian yang akan diambil boleh kerajaan Pahang selepas pihak UNESCO meminta pihak berkuasa Malaysia mengemukakan pelan terperinci mengenai Rizab Biosfera Tasik Chini menjelang 30 September tahun ini,” katanya.
Menurut tinjauan berkala pertama Unesco mengenai Tasik Chini, tasik itu tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR).
Dalam laporan menjelaskan kawasan hutan yang baru dibersihkan dengan penukaran tanah yang intensif berlaku, selain mengesan pembukaan semula lombong lama di lokasi sekitarnya. Setahun selepas rizab biosfera ditetapkan, beberapa bekas tapak perlombongan yang terletak di titik kecerunan tinggi (Bukit Ketaya dan Bukit Chini) dibuka semula dan berkembang mengakibatkan kesan buruk alam sekitar seperti pemendapan, kemerosotan kualiti air dan kemerosotan tebing sungai.
Satu lagi punca utama kerosakan alam sekitar ialah penukaran guna tanah daripada ladang getah dan kawasan hutan kepada ladang kelapa sawit. Sebahagian daripada pengembangan ini berlaku dalam kawasan teras utama.
Menurut laporan, aktiviti pengembangan pesat di Tasik Chini memberi kesan buruk bukan sahaja kepada biodiversiti serantau tetapi juga kepada ekonomi tempatan. Aktiviti sara hidup tradisional orang asli tempatan (suku Jakun) yang bergantung kepada sumber hutan terhalang, dan trend peningkatan pelancong yang melawat dan menangkap ikan di tasik semulajadi telah berubah akibat penebangan hutan.
Namun begitu, pihak berkuasa Malaysia telah diminta mengemukakan pelan terperinci mengenai Rizan Biosfera Tasik Chini menjelang 30 September tahun ini. Menurut pakar Program MAB Unesco berpendapat, status Tasik Chini sebagai rizab biosfera tidak berisiko dibatalkan pada ketika ini.
Diharap agar pihak berkuasa memandang serius isu ini dan mempertingkatkan lagi kawalan agak Tasik Chini di dalam pemuliharaan yang baik.
Pihak berkuasa memandang serius isu dan telah mengambil tindakan. Kerajaan negeri telah menghantar segala laporan yang diperlukan bagi mengekalkan status Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera (BR) Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, kerajaan negeri juga telah melakukan penambaikan kepada Tasik Chini bagi memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mengekalkan status terbabit.
“Perkara ini juga melibatkan kerjasama dari kerajaan Pusat di mana di peringkat kerajaan negeri, kita telah pun menghantar semua laporan diperlukan.
“Laporan telah kita beri dan apa sahaja untuk penambahbaikan juga kita telah buat. Jadi apa-apa pun kita akan tunggu keputusan dari pihak UNESCO sahaja,” katanya dalam sidang akhbar.
Antara punca utama kerosakan alam sekitar ialah penukaran guna tanah daripada ladang getah dan kawasan hutan kepada ladang kelapa sawit. Sebahagian daripada pengembangan ini berlaku dalam kawasan teras utama.
Penemuan itu dibentangkan di Majlis Penyelarasan Antarabangsa UNESCO di bawah program manusia dan biosfera (MAB) pada September tahun lalu, tetapi diterbitkan untuk akses awam dua bulan kemudian.
Sementara itu, Mohd. Sharkar yang merupakan Pengerusi Tourism Pahang berkata, Pahang bakal menjadi tumpuan dunia apabila menganjurkan acara sukan bertaraf antarabangsa Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2022 pada September ini
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menitahkan kerajaan Pahang untuk bertindak lebih agresif dalam memulihkan Tasik Chini di sini, agar kegemilangannya dapat dikembalikan semula.
Tengku Hassanal bertitah baginda menyokong langkah moratorium yang telah dilaksanakan kerajaan negeri di kawasan tasik tersebut, dan mahu supaya pajakan lombong yang telah tamat tempohnya perlu dihijaukan semula dalam masa terdekat.
“Usaha memulihkan Tasik Chini perlu dimainkan semua pihak, bukan sahaja kerajaan saya, malah pelombong dan pelesen sedia ada juga perlu memberikan komitmen dan turut sama dalam menjayakan usaha ini.
Selain itu, Tengku Hassanal menzahirkan rasa berbesar hati atas penubuhan Unit Renjer Hidupan Liar Pahang yang sejajar dengan ikrarnya dalam usaha memelihara dan memulihara Harimau Malaya yang diancam kepupusan.
Aktiviti penguatkuasaan akan terus diperkasa, termasuk pemantauan menggunakan teknologi Pengesanan dan Perluasan Cahaya (LIDAR) dan dilaksanakan bersepadu serta berkala membabitkan agensi penguatkuasaan negeri dan Persekutuan.
Dengan segala usaha tegas, serius dan berterusan ini, hanya masa akan menentukan Tasik Chini benar-benar pulih kembali.