Ubahsuai haram: Duduk flat tapi selera kayangan?

Binaan tambahan yang tidak diluluskan dirobohkan oleh MPAJ. (Kredit foto – Gempak.com)

Sejak minggu lalu isu ubahsuai rumah secara haram menjadi hangat dan diperdebat ramai. Mana tidaknya kediaman strata seperti flat, pangsapuri dan kondominium terikat dengan Akta 757 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja tetapi ditambah sesuka hati tanpa menghirau penghuni lain dan keselamatan bangunan itu sendiri.

Akibatnya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terpaksa merobohkan binaan tambahan dan struktur binaan dibina pemilik kediaman di Blok 4, Flat UTM, AU3/1 kerana tidak mendapat kelulusan.

MPAJ menerusi kenyataannya memaklumkan, tindakan mengubah suai rumah tanpa kelulusan mengikut Akta 133 dan Akta 757 bakal mendatangkan pelbagai risiko dan masalah kepada penduduk setempat.

“Isu keselamatan penduduk sekitar perlu diambil kira, tambahan rumah itu kelak mengganggu kerja-kerja menyelamat sekiranya berlaku sebarang malapetaka seperti kebakaran dan sebagainya.

“Kesannya, MPAJ terpaksa merobohkan struktur tambahan haram yang nyata menggunakan ruang harta bersama yang bukan hak mutlak pemilik tapi adalah dikongsi secara bersama.

“Tindakan notis dan roboh serta-merta dilaksanakan berdasarkan Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) berikutan tambahan struktur baharu di bahagian tepi dan belakang yang tidak dibenarkan bagi bangunan kediaman bertingkat,” menurut kenyataan MPAJ. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai kesalahan ini?

Salah tetap salah. Malah, membahayakan orang ramai
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, baru nak baca isu ini
0.00% 0 Undi
Pemilik rumah sepatutnya diberikan hak untuk mengubahsuai
0.00% 0 Undi

Perkara ini menjadi tular apabila gambar yang memaparkan sebuah rumah flat tersebut yang sedang dalam proses pengubahsuaian untuk dibesarkan, telah dirobohkan oleh jentolak yang dihantar pihak berkuasa.

Menerusi isu yang tular itu, warga maya turut mendedahkan beberapa lokasi rumah flat kayangan di beberapa kawasan lain.

Antaranya sebuah rumah flat di Taman Dato Harun kini panas kerana turut didakwa sebagai rumah flat yang bertukar menjadi rumah teres dua tingkat.

Mana tidaknya, rumah flat tersebut juga didakwa mempunyai balkoni yang sekali pandang persis mini banglo. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah ada mereka yang melakukan ubah suai seperti ini di sekitar anda?

Ya, ada beberapa yang saya selalu perhatikan
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, saya tidak perasan
0.00% 0 Undi
Tidak, tiada di sekitar saya
0.00% 0 Undi

Aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, tidak bersetuju dengan tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertindak drastik merobohkan binaan tambahan yang dilakukan seorang pemilik rumah flat di Ampang.

Bahkan katanya, flat lama yang dibina kerajaan adalah terlalu kecil dengan hanya mempunyai dua bilik dan satu bilik air, sekali gus menyukarkan kehidupan keluarga terutama golongan miskin.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, PBT sepatutnya mempertimbangkan hukuman lebih ringan seperti denda lebih-lebih lagi jika rumah yang diubah suai sudah berpuluh tahun di situ.

Walau bagaimanapun, kenyataan Uncle Kentang itu tidak dipersetujui ramai malah meminta beliau agar tidak mencampuri urusan diluar bidang kuasanya. 

Could not load the poll.

Menurut perkongsian Ar.AhmadKhairulSabirin dari Arkitek Sabirin Rosli, terdapat banyak sebab mengapa ubahsuai rumah secara haram tidak berbaloi dilakukan selain mungkin dikenakan kompaun dari Majlis Perbandaran Tempatan (PBT). Kompaun bukan ditetapkan dengan bersahaja. Ini berdasarkan kepada anda kawasan yang diubah suai, yang boleh mencapai nilai hingga ribuan. Biarpun setelah kompaun dibayar, PBT akan tetap meminta untuk dokumentasi dihantar semula menghantar semula termasuk bayaran arkitek.

Selain ubahsuai tersebut berisiko diroboh dan mengalami kerugian buta, pemilik yang mengubahsuai rumah secara haram juga lebih sukar untuk menjual rumah tersebut. Apabila pengubahsuaian dilakukan tanpa izin dan ketika ingin menjual rumah, prosesnya menjadi lebih sukar.

Menurutnya lagi, pihak bank akan mempersoalkan mengapa pelan dasar dalam perjanjian asal yang berbeza dengan pelan lantai baru tidak mempunyai kebenaran majlis perbandaran tempatan. Bank tidak dapat memberikan nilai pada pembinaan haram seperti pengubahsuaian rumah yang dilakukan tanpa dokumentasi yang tepat. Boleh jadi semasa pemilik tidur atau membuang air besar, struktur yang diubahsuai secara haram boleh dirobohkan oleh PBT!

Malah selain berdepan tindakan sita, insuran juga tidak meliputi rumah atau struktur yang diubahsuai. Bayangkan jika berlaku kemalangan atau kebakaran, pastinya hanya kekesalan akan bersama pemilik yang ingkar ini. 

Bagi mereka yang membeli rumah yang diubahsuai secara haram pula, pastinya tuan rumah baharu yang akan menanggung akibatnya. 

Biarpun semua ini dilihat kejam dan tidak berhati perut tetapi itulah realitinya jika melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendirian anda mengenai hukuman ini?

Kurang setuju, hukuman yang lebih berat diperlukan kerana melibatkan keselamatan awam
100.00% 1 Undi
Mungkin cukup untuk mengingatkan rakyat Malaysia untuk tidak berbuat sedemikian
0.00% 0 Undi
Saya setuju, padan muka mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang
0.00% 0 Undi