Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden rusuhan penyokong bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia. Apa yang lebih menyedihkan bila jumlah kematian meningkat kepada 129 orang setakat ini.
Media melaporkan kejadian tercetus selepas penyokong pasukan Arema FC tidak berpuas hati dengan kekalahan 2-3 ke atas pasukan Persebaya Surabaya, mengakibatkan ribuan penyokong meluru masuk ke kawasan padang.
Situasi tersebut membawa kepada tindakan polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut.
Ribuan penonton kemudian bersesak untuk keluar dari stadium dan sesak nafas akibat semburan gas pemedih mata, malah pihak berkuasa melaporkan mangsa yang terkorban antaranya akibat berhimpit, bersesak dan dipijak.
Begitupun, jika ia terpaksa dilepaskan orang ramai terlebih dahulu mesti diberi amaran bahawa gas pemedih mata akan digunakan dan digalakkan untuk bersurai.
Statistik tersebut meletakkan rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang sebagai terburuk di Asia dan kedua dalam sejarah bola sepak dunia.
Insiden di Lima, Peru kekal sebagai tragedi terburuk selepas 328 orang terkorban ketika aksi kelayakan Olimpik Tokyo antara Peru dan Argentina pada 24 Mei 1964. Pada perlawanan tersebut, stadium dipenuhi dengan kapasiti 53,000 penonton.
Presiden FIFA, Gianni Infantino menyifatkan insiden rusuhan di Malang sebagai hari gelap dan sukar buat semua yang terlibat dalam sukan bola sepak.
Gas pemedih mata hanya boleh digunakan untuk menyuraikan orang ramai apabila keganasan berleluasa berlaku dan apabila kaedah lain gagal.
Orang ramai mesti diberi amaran bahawa gas pemedih mata akan digunakan dan dibenarkan untuk bersurai.
Malaysia mengambil iktibar insiden rusuhan penyokong bola sepak di Stadium Kanjuruhan itu.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sebagai negara jiran, Malaysia turut berdukacita dengan tragedi itu dan berharap ia tidak berlaku di Malaysia mahupun negara lain.
“Malaysia akan mengambil iktibar kejadian itu dan kita belajar bagaimana untuk mengelakkan daripada berlaku.”
Malaysia bersedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan sekiranya diperlukan oleh kerajaan Republik Indonesia khususnya Kementerian Pemuda dan Olahraga negara berkenaan susulan daripada insiden rusuhan pada perlawanan bola sepak Sabtu lepas.
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ini kerana Indonesia bukan sekadar negara jiran kepada Malaysia bahkan merupakan sahabat serta saudara serumpun yang akan yang akan senantiasa ditemani ketika berdepan detik-detik sukar.
“Sukan seharusnya memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan bukan sahaja dalam kalangan atlet malah, meliputi setiap daripada kita. Marilah kita semua senantiasa mendukung semangat kesukanan yang tinggi demi kemaslahatan bersama,” katanya.