Tindakan angkat ikon yang salah bakal lahir generasi haru biru yang keliru?

Kecoh mengenai seorang individu yang popular di media sosial Tiktok sebagai ‘ikon permotoran anak muda’ dijemput sebagai tetamu undangan di sebuah sekolah.

Individu yang dimaksudkan adalah Haqiem Stopa, seorang yang mengakui dirinya mat rempit yang mendapat gelaran ikon permotoran sebelum ini daripada seorang Timbalan Menteri dijemput sebagai tetamu undangan untuk berucap dan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah di SMK Sungai Besi.

Ramai yang mempersoal Haqiem Stopa kerana tidak diketahui status kejayaan dalam arena permotoran negara apatah lagi di persada dunia.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pandangan anda mengenai kehadiran beliau sebagai tetamu undangan untuk memberikan motivasi kepada pelajar?

Tidak, lebih ramai ikon yang berwibawa yang boleh dijemput
100.00% 3 Undi
Tidak pasti, masih membaca berita dari beberapa sumber untuk menilai
0.00% 0 Undi
Okey sahaja, mungkin kandungan ucapan Haqiem sudah disemak oleh pihak sekolah
0.00% 0 Undi

Malah tular di media sosial mengutuk tindakan itu yang dirasakan tidak sesuai langsung malah ramai juga tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Menerusi satu hantaran yang tular, ditulis oleh seorang pengguna Facebook menggunakan nama Nor Zabetha mempertikai tindakan mengundang Haqiem Stopa yang didakwa sebagai individu yang kuat mengeluarkan kata-kata lucah di Tiktok.

Katanya lagi, jelas zaman sekarang populariti di media sosial dikenali dan berduit, sudah cukup diangkat-angkat dan ilmu itu diketepikan.

“Gaya percakapan, moral dan pembawakan juga tidak kisah. Tahniah kepada mereka yang terlibat yang membawa mesej-mesej sebegini.

“Belum selesai isu debat beg berat, masih tiada penyelesaian isu silibus, sekarang diangkat pula ikon yang……. oleh sekolah sendiri,” katanya yang sedih dengan hal demikian.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah “selebriti ‘segera’ media sosial” baik untuk diundang sebagai tetamu bagi memberikan ucapan kepada generasi muda terutamanya pelajar-pelajar sekolah?

Ya, sekiranya yang diundang itu mempunyai latar belakang dan peribadi yang baik
100.00% 3 Undi
Mungkin, kerana anak-anak sekarang ramai mengikuti mereka di media sosial
0.00% 0 Undi
Tidak, lebih banyak keburukan dari kebaikan menjemput mereka ke sekolah
0.00% 0 Undi

Menurut Zabetha, ramai lagi usahawan yang tidak menyambung pelajaran boleh dijadikan contoh yang baik namun individu yang membawa pengaruh tidak sihat ini juga yang dipilih.

Sememangnya tindakan mengangkat individu yang tidak layak boleh mengakibatkan kesan yang buruk buat generasi muda malah dikhuatiri akan merosakkan pemikiran dan pandangan anak muda.

Malah dibimbangi anak muda lebih cenderung memilih profesion yang salah sebagai cita-cita dan pekerjaan idaman mereka dek kerana diracuni pemikiran mengangkat populariti dan budaya salah.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pandangan anda terhadap ‘content creator’ sebagai profesion untuk generasi muda?

Suatu cabang profesion yang berpotensi memandangkan semua sekarang digital
100.00% 2 Undi
Tidak pasti, perlu pertimbang baik buruk
0.00% 0 Undi
Tidak, ia bukan profesion yang baik kerana pendapatan tidak menentu
0.00% 0 Undi

Dalam pada hal yang sama, perasaan tidak puas hati netizen dilihat kian membara dan membuak-buak. Mana tidaknya individu berpewatakan Mat Rempit dijadikan tetamu untuk memberikan motivasi kepada para pelajar.

Ia sekaligus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa terutamanya kerana takut akan membawa contoh yang tidak baik kepada pelajar.

Kata netizen, pihak sekolah patut membawa masuk tokoh tokoh yang lebih berkaliber dan layak bagi menyampaikan sebarang mesej kepada pelajar di sekolah.

Pelbagai kecaman dilontarkan oleh warganet sehingga penganjur tampil memberikan penjelasan sebenar mengenai isu terbabit.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah mesej seperti yang dibawa oleh inisiatif ‘Cerita Orang Gagal (COG)’ ini wajar diketengahkan kepada pelajar sekolah?

Ya, dapat berikan perspektif baru kepada pelajar
100.00% 2 Undi
Tidak pasti, perlu timbang baik buruknya
0.00% 0 Undi
Tidak, mesej sebegini hanya akan membuatkan pelajar cenderung ikut pengaruh dan imej buruk
0.00% 0 Undi

Menurut hantaran Facebook ‘Meja Kerja Rizan Hassan’, kehadiran individu terbabit ke sekolah baru-baru ini bagi menjayakan inisiatif ‘Cerita Orang Gagal (COG)’ dalam memberikan pendedahan kepada para pelajar bahawa setiap orang ada peluang untuk berkembang melampaui dan mengatasi kegagalan masa lalu.

Untuk mesej yang hendak diketengahkan pada tahun ini, COG membicarakan isu mengenai ‘BULI ITU JENAYAH’. Penganjur telah tampilkan seorang bekas pembuli, Emam Sapekri yang juga mempunyai masa lalu yang negatif kemudian menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney dan berjaya mendapat 8A untuk peperiksaan SPM.

Turut di bawa sama ialah seorang individu influencer TikTok berperwatakan mat rempit, ‘Haqiem Stopa’ yang telah dan sedang dibuli di alam maya atau lebih dikenali dengan perkataan ‘kecam’, salah satu kaedah buli yang popular di kalangan masyarakat kita.

“COG telah banyak menjelajah ke seluruh negara (sekolah, komuniti, kementerian/jabatan/agensi kerajaan dan swasta) dengan menampilkan bekas pesalah juvana, bekas banduan, bekas kepulihan dadah dan sesiapa sahaja yang melalui kegagalan yang teruk di dalam kehidupannya untuk berkongsi pengalaman hidup.

“Di penghujungnya, jika anda di kalangan orang berjaya mungkin akan terdorong untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat dan jika anda di kalangan yang gagal akan rasa diri anda tidak keseorangan dalam menghadapi ranjau kehidupan ini,” petik hantaran Facebook ‘Meja Kerja Rizan Hassan’.

Tambah penganjur lagi, tiada sebarang ‘bayaran dan sumbangan’ dikenakan sama ada kepada penceramah, penganjur mahupun sekolah terlibat. Kos perjalanan dan penginapan juga adalah tanggungan sendiri.

Terdahulu, Haqiem Stopa yang mempunyai lebih 860,000 followers di TikTok memuat naik video menunjukkan kehadirannya di sekolah tersebut untuk memberi ceramah motivasi. 

“Terima kasih SMK Sungai Besi,” tulisnya pada kapsyen video berserta dengan hashtag #matrempit. 

Apa-apapun hal sebegini haruslah dipandang serius oleh semua pihak tidak kira penganjur, ibubapa dan anak muda itu sendiri kerana generasi ini merupakan aset penting kepada masa depan negara.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Haruskah setiap tetamu jemputan seperti ini dipantau dan mendapat kebenaran pihak Kementerian Pendidikan terlebih dahulu?

Tidak perlu, pihak sekolah yang seharusnya lebih bijak mengendalikan hal ini
50.00% 1 Undi
Ya, garis panduan sebegini harus diperketat selari dengan perkembangan semasa
50.00% 1 Undi
Mungkin, usaha yang harus dipertimbangkan untuk elak nama KPM buruk
0.00% 0 Undi

Menurut Pakar Sosial dan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Datuk Mohammad Shatar Sabran, selebriti media sosial sepatutnya lebih bertanggungjawab untuk tidak menyediakan isi kandungan di luar norma masyarakat.

“Kuasa media sosial sebenarnya satu tanggungjawab yang besar dan perlu dipikul dengan penuh berhati-hati kerana jika disalah guna, impaknya kepada pengikut mereka bukan sedikit.

“Jadi jangan promosikan sesuatu yang di luar norma masyarakat kita. Seperti contoh, masyarakat kita mementingkan pendidikan jadi jangan tersalah kata menggunakan ayat kegagalan terlebih dahulu untuk membuktikan kejayaan sekarang,” katanya lagi.

Tidak salah untuk menjadikan kegagalan diri sendiri sebagai dorongan buat orang lain, namun setiap patah kata yang dikeluarkan perlu disusun dengan penuh hemat.

Berhubung hal ini, Kementerian Pendidikan sedang menyiasat isu melibatkan pempengaruh, Haqiem Stopa yang dijemput sebagai penceramah di sebuah program motivasi di sebuah sekolah menengah baru-baru ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, siasatan itu meliputi konteks jemputan tersebut memandangkan pihaknya langsung tidak dimaklumkan mengenainya.

“Biasanya, sekolah akan jemput penceramah-penceramah untuk berbincang tentang perkara-perkara yang ingin disentuh.

“Ini nak kena rujuk balik garis panduan berkaitan penceramah-penceramah. Jadi, kena tengok garis panduan dahulu, pastikan kalau ada perkara sebegini, kita selesai secara baik. Jadi kita siasat dahulu apa sebenar yang berlaku,” katanya.

Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu memainkan peranan dan menangani masalah sebelum nasi manjadi bubur.