Tiket mahal, kes Covid tinggi tidak halang Beliebers bertemu artis kesayangan mereka?

Dengan penularan kes Covid-19 varian Omicron yang masih lagi tinggi, Justin Bieber bakal menjadi artis antarabangsa pertama mengadakan konsert di Malaysia pada bulan Oktober nanti. 

Peminat bintang antarabangsa itu pastinya teruja akan kedatangannya ke Malaysia nanti. 

Ini merupakan antara hasil kejayaan program vaksinasi di Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan dan dengan itu  telah membuka jalan kepada pemuzik untuk kembali mengadakan konsert. Namun, persoalannya adakah selamat buat ketika ini untuk menghadiri acara hiburan seperti konsert besar seperti ini?

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda berani untuk ambil risiko untuk ke konsert semata-mata kecintaan kepada artis kesayangan contohnya Justin Bieber?

Tidak, saya tidak akan merisikokan kesihatan diri saya dan orang lain
100.00% 6 Undi
Mungkin, saya belum pasti
0.00% 0 Undi
Ya, sudah tentu, ia dapat buktikan saya sebagai Beliebers sejati
0.00% 0 Undi

Selepas mengumumkan konsert jelajah, Justice World Tour yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Bieber, 28, membuatkan netizen tidak senang duduk terutama netizen di gelanggang Twitter.

Tiket konsert Justin Bieber, Justice World Tour dianggarkan berharga sekitar RM288 hingga RM2,088 akan mula dijual di https://www.golive-asia.com bermula hari ini (31 Mac). 

Sudah pasti ramai yang tidak mahu melepaskan peluang ini dan kemungkinan ada di antara peminat yang tidak menjaga SOP ketika membeli tiket tersebut akan mendorong kepada peningkatan risiko jangkitan kes COVID-19 kepada negara kita.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah anda sanggup beratur membeli harga tiket yang mahal itu?

Tidak, harga terlampau mahal dan membazir
75.00% 3 Undi
Ya, harga berpatutan kerana bukan selalu konsert Justin Bieber dibuat di Malaysia
25.00% 1 Undi
Mungkin, saya tak pasti
0.00% 0 Undi

Sementara itu, menjengah laman Twitter, rata-rata peminat menggelar diri mereka Beliebers meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan hari konsert berkenaan.

Sejak penularan COVID-19 dan penutupan sempadan yang menyekat sebarang peluang artis antarabangsa mengadakan konsert secara ‘live’, peminat sudah lama menantikan hiburan seperti ini.Perkara ini akan berubah secara drastik selepas 1 April apabila Malaysia dibuka semula dan memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.

Namun, baru-baru ini telah tular di laman Twitter mengenai seorang pendakwah bebas, Iddin Ramli yang berkongsi video membandingkan bagaimana orang ramai lebih teruja untuk pergi ke konsert Justin Bieber daripada menyertai kelas agama.

Menurut Iddin, orang ramai lebih rela membeli tiket konsert yang mahal berbanding membayar pendaftaran memasuki kelas agama yang jauh lebih murah.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah perbandingan itu wajar dilakukan?

Tidak, crowd concert tidak sama. Konsert ada non-muslim, program kelas agama pula khusus untuk Muslim.
100.00% 4 Undi
Mungkin, saya tidak ingin ambil tahu
0.00% 0 Undi
Ya, ia dapat menilai agama Islam semakin pudar dalam kalangan rakyat Malaysia
0.00% 0 Undi

Ustaz Azhar Idrus turut berkongsi pandangan mengenai isu ini. “Nak berhibur, bersukan, bermain, cari rezeki, silakan. Tapi Islam kawal, tidak boleh berlebih-lebihan dan tidak sampai menggadai akidah, tidak sampai buang duit yang membazir kerana duit kita akan ditanya di akhirat,” katanya di laman video TikTok

Walaupun teruja untuk menghadiri konsert berskala besar ini, orang ramai diharap dapat terus konsisten dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) meskipun Covid-19 masih belum berpenghujung.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah konsert jelajah, Justice World Tour akan mewujudkan kluster ‘The Biebs’?

Ya, kes COVID-19 akan meningkat
100.00% 4 Undi
Mungkin, saya tak pasti
0.00% 0 Undi
Tidak, orang ramai pasti patuhi SOP semasa di konsert itu
0.00% 0 Undi

Selain negara-negara Asia, konsert jelajah Justice World Tour yang merangkumi lebih 100 hari sepanjang 2022 hingga 2023, turut diadakan di Amerika Utara, Amerika Selatan, Britain, Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Asia Barat.

Kali terakhir Bieber melakukan jelajah dunia adalah pada 2016 dan 2017 bagi albumnya bertajuk Purpose.