Tambang Penerbangan Mahal & Hisap Darah Rakyat?

Setiap kali perayaan, harga tambang penerbangan menjadi kegusaran anak-anak perantau dari Sabah dan Sarawak. Seakan menjadi satu kebiasaan, harga tambang untuk perkhidmatan ini melonjak naik pada musim perayaan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan lantang menyifatkan perbuatan menaikkan harga tiket penerbangan terutamanya ke Sabah dan Sarawak ketika musim perayaan Aidilfitri ini sebagai ‘menghisap darah’ rakyat.

Beliau menyatakan bahawa kenaikan itu amat menyedihkan akibat tiket yang mahal menyebabkan rakyat Sabah membatalkan hasrat untuk pulang ke negeri itu.

Justeru, Kementerian Pengangkutan telah bertindak pantas dalam menangani isu ini untuk kali ini memandangkan perayaan Raya Aidilfitri semakin hampir.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong menyatakan bahawa harga tambang penerbangan pada 30 April ini telah meningkat berbanding tahun 2019 berdasarkan pemantauan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Beliau menambah lagi kenaikan kos operasi menjadi faktor kenaikan harga tambang penerbangan terutamanya kenaikan harga bahan api jet. 

Sumber yang terhad juga menyukarkan syarikat penerbangan untuk meningkatkan operasi akibat pandemik Covid-19. 

Ini kerana pesawat perlu melalui proses penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih setelah disimpan ketika negera menguatkuasakan sekatan pergerakan sebelum ini.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai kenaikan tambang penerbangan ini?

Naik terlalu tinggi dan membebankan rakyat
66.67% 2 Undi
Munasabah dengan kenaikan harga minyak jet
33.33% 1 Undi
Tidak pasti, tidak menggunakan kapal terbang
0.00% 0 Undi

Fenomena ini juga turut mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menyifatkan kenaikan harga tambang penerbangan sebanyak 500% ‘agak melampau’.

“Kalau tambang pesawat ke Kedah atau Pulau Pinang naik harga, pengguna yang nak balik kampung boleh pilih naik kereta sebagai alternatif. Tapi kalau tiket penerbangan ke Sabah Sarawak naik, jadi nak naik apa? Tak kan nak naik kereta balik Sabah?,” tambah beliau.

Beliau telah mengingatkan agar pihak syarikat penerbangan tidak mengambil keuntungan berlebihan bersempena musim perayaan ini.

Berikutan itu, Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan tiga syarikat penerbangan (Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Menurut Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong menjelaskan bahawa krisis Rusia-Ukraine menyebabkan kenaikan harga minyak secara mendadak. 

“Syarikat-syarikat penerbangan terpaksa mencari satu kaedah (sama ada) nak tambah frekuensi, cara bagaimana, macam mana nak cari pesawat…membatalkan penerbangan ke mana…semuanya harus dilihat secara total…perlukan penyelarasan yang baik dengan satu sama lain,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa tambang penerbangan domestik oleh syarikat penerbangan negara ditetapkan berdasarkan kepada rasionalisasi sektor perkhidmatan udara domestik pada 2006.

Menurut Dr Wee Ka Siong, jemaah Menteri pada ketika itu memutuskan bahawa syarikat penerbangan negara yang menyediakan perkhidmatan udara domestik diberikan kebebasan untuk menentukan liputan rangkaian, kekerapan penerbangan dan kadar tambang mengikut permintaan pasaran yang turut menjadi sebahagian besar negara lain yang turut tidak mengawal harga tambang penerbangan antarabangsa atau domestik. 

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah Malaysia perlu mewujudkan garis panduan baru bagi penetapan harga tambang penerbangan?

Ya, bagi memastikan tiada kenaikan melampau
66.67% 2 Undi
Tidak, harus diteliti aspek lain juga
33.33% 1 Undi
Tidak pasti, lihat dulu
0.00% 0 Undi

Hasil daripada perbincangan tersebut, kadar tambang penerbangan dalam tempoh penerbangan musim perayaan Aidilfitri (27 April hingga 8 Mei) menunjukkan penurunan yang ketara.

Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong memberitahu, pemerhatian Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mendapati harga tambang penerbangan sehala kelas ekonomi bagi tempoh berkenaan adalah antara RM105 hingga RM1,398.

Katanya, bagi tempoh 29 April hingga 1 Mei 2022 (tempoh puncak) pula, harga tambang sehala adalah antara RM195 hingga RM1,398.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah pandangan anda mengenai harga yang telah diturunkan ini?

Lega, harga jauh lebih mampu milik
66.67% 2 Undi
Macam boleh diturunkan lagi
33.33% 1 Undi
Tidak balik naik kapal terbang
0.00% 0 Undi

Pada masa yang sama, Malaysia Airlines Bhd juga telah menambah kekerapan penerbangan bagi menampung keperluan penerbangan domestik sempena musim perayaan Aidilfitri ini.

Syarikat penerbangan tersebut bakal menambah 20 frekuensi tambahan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sandakan, tawau dan Kota Kinabalu yang menyediakan lebih 7,000 tempat duduk serta penyelarasan tambang secara dinamik ke bawah bagi membolehkan pelanggan menikmati tambang yang rendah.

Ringkasnya, pihak kerajaan seharusnya peka dengan kenaikan harga ini dan melakukan pemantauan awal memandangkan kenaikan seperti ini kerap berlaku.

Langkah proaktif seperti yang telah dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan harus dijalankan dengan lebih awal dengan pihak berkaitan bagi mengelakkan kejadian ini berlaku lagi di masa akan datang.

Syarikat penerbangan juga seharusnya mengambil inisiatif bijak bagi membolehkan pelanggan mereka terbang ke destinasi mereka dengan tambang yang berpatutan terutamanya ke Sabah dan Sarawak.