Sudah sampai masa penipuan haji, umrah dikenakan hukuman lebih berat kerana aniaya tetamu Allah

Syukur ke hadrat Ilahi, umat Islam dapat melaksanakan ibadah haji tahun ini walaupun masih berdepan dengan bahaya wabak. Namun dalam kegembiraan jemaah haji menunaikan ibadah yang merupakan rukun Islam yang kelima itu, ada yang turut berduka.

Kes penipuan pakej ibadah haji ini bukan fenomena baru di negara ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 72 laporan polis berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji di seluruh negara membabitkan tiga agensi pelancongan swasta dengan kerugian RM3.95 juta.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda atau mereka yang anda kenali pernah ditipu oleh mana-mana agensi yang menawarkan pakej haji dan umrah?

Ya, pernah sebelum ini
66.67% 2 Undi
Mungkin, tidak pernah dengar pula
33.33% 1 Undi
Tidak, tidak pernah ditipu sebelum ini
0.00% 0 Undi

Berikut ialah jumlah kes dan kerugian menurut Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.

Negeri/wilayahJumlah kesJumlah kerugian
Kuala Lumpur24RM 1,244,500
Selangor14RM 404,000
Pahang13RM 1,611,500
Kelantan, Johor, Perak5 (setiap negeri)RM 556,000
Kedah3RM 48,000
Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan1 (setiap negeri)RM 86,000

Pada 7 Julai lalu, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta.

Mereka dipercayai menggunakan visa furada, iaitu visa yang diuruskan sendiri tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Sehubungan dengan itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihati mereka yang menjadi mangsa atau mempunyai maklumat mengenai penipuan pakej haji supaya segera membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Mereka yang menipu atau digelar sebagai ‘scam haji’ perlu dibawa ke muka pengadilan agar tiada lagi yang akan terpedaya dengan penipuan atas nama agama seumpama itu,” titah baginda.

“Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran yang mempromosikan pakej haji furada yang belum tentu ada jaminan untuk sampai ke Tanah Suci.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apakah faktor yang menyebabkan mangsa tertipu dengan taktik penipuan ini?

Tidak siasat dahulu sebelum mendapatkan “khidmat” tersebut
33.33% 1 Undi
Tiada masa menunggu giliran
33.33% 1 Undi
Tawaran harga yang murah
33.33% 1 Undi
Kurang pendedahan mengenai pihak yang berkelulusan
0.00% 0 Undi

“Tawaran menarik dengan peluang cepat tanpa menunggu giliran sering kali menjadi faktor utama bakal haji mudah percaya dan akhirnya tertipu,” titah baginda.

Pada masa yang sama, kegiatan penipuan ini menjejaskan agensi pelancongan yang benar-benar memberikan perkhidmatan yang jujur dan telus kepada bakal jemaah haji.

“Mereka yang menipu atau digelar sebagai ‘scam haji’ perlu dibawa ke muka pengadilan agar tiada lagi yang akan terpedaya dengan penipuan atas nama agama seumpama itu,” titah baginda.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Nas, 29, berkata kebanyakan ejen agensi pelancongan menyertai pakej haji dengan syarikat pelancongan terbabit juga telah terpedaya dengan harapan dan janji palsu pihak pengurusan.

Namun, katanya, kepada yang tidak mengetahui proses sebenar, mungkin ramai akan bertindak menyalahkan pihak ejen, sekali gus memberi imej buruk kepada agensi pelancongan lain.

“Kami berfungsi sebagai ejen, pengurusan tiket, permohonan visa adalah di bawah tanggungjawab agensi syarikat terbabit, tetapi pada yang tak tahu proses… ramai yang akan menyalahkan ejen walhal kami juga antara mangsa,” katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda mengetahui fungsi ejen dalam menguruskan jemaah haji?

Tidak, saya baru tahu, ingat umrah saja ada agen
33.33% 1 Undi
Tidak pasti, sebelum ini pernah dengar/baca tapi tidak ingat
33.33% 1 Undi
Ya, saya sudah selidik/tanya
33.33% 1 Undi

Menurut Nas, pihaknya juga terpaksa menanggung keseluruhan kos penginapan kumpulan jemaahnya yang terpaksa menginap di hotel berdekatan, sementara menunggu penerbangan ke Tanah Suci seperti dijanjikan itu.

“Masa itu saya cuba menenangkan jemaah, beberapa hari kami dekat situ saya tanggung sendiri penginapan untuk jemaah saya,” katanya sambil mendakwa bahawa syarikat pelancongan terbabit menggunakan “nama-nama besar” untuk meraih kepercayaan orang ramai.

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang menyatakan isu penipuan haji di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) adalah tidak betul sama sekali menurut Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah MOTAC juga harus diberikan kuasa untuk turut mengendalikan isu penipuan haji?

Ya, dapat bantu memantau agensi pelancongan yang terlibat dengan kes penipuan
66.67% 2 Undi
Tidak, nanti kelirukan pihak pengurusan
33.33% 1 Undi
Mungkin, mungkin boleh bantu kuatkuasa pengelolaan urusan haji
0.00% 0 Undi

Presiden MTC, Uzaidi Udanis berkata, mengikut Akta Parlimen, semua urusan haji adalah di bawah kelolaan Lembaga Tabung Haji (TH) dan ia bukannya di bawah MOTAC . 

“Oleh itu, kenyataan beliau yang mengatakan isu haji adalah di bawah MOTAC adalah tidak betul dan ia mengelirukan orang awam terutama jemaah haji yang terkandas baru-baru ini. 

“MTC berharap pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) perlu memperbetulkan kenyataan beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Uzaidi berkata, Idris juga sepatutnya lebih proaktif dalam membantu menyelesaikan isu jemaah haji yang terkandas dan bukan hanya menolak isu ini kepada pihak lain seperti MOTAC. 

Katanya, MOTAC di bawah kepimpinan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri mencuba sedaya upaya membantu memulihkan industri pelancongan terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Sehubungan itu, amat tidak adil seseorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menolak isu haji ini kepada pihak MOTAC. Ia akan menjejaskan nama baik MOTAC dalam kalangan orang awam,” katanya. 

Terdahulu, Idris memberi jaminan bahawa, isu bakal jemaah haji terkandas baru-baru ini akan diatasi sebaik mungkin membabitkan kerjasama pelbagai kementerian. 

Menerusi laporan media, beliau akui isu berkenaan di bawah bidang kuasa MOTAC, namun pihaknya akan turut bekerjasama atasi isu berkenaan. 

Bagi membanteras kegiatan ini, kerajaan perlu memperketat kawalan bagi mengekang penipuan berkaitan pakej haji yang ditawarkan oleh agensi pelancongan yang tidak mendapat Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Lembaga Tabung Haji (TH).

Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Harun K C Ahmmu berkata, hal melibatkan pengelolaan jemaah haji hendaklah melalui TH dan syarikat yang dilesenkan oleh lembaga itu.

“Jadi di sinilah perkara yang perlu dilihat kembali oleh kerajaan bagaimana tahap kawalan yang perlu dibuat, bagaimana nak menguatkuasakan AktaTabung Haji 1995 yang telah digubal di Parlimen.

“Ini kerana akta tersebut adalah untuk kepentingan awam. Jadi, kerajaan perlu tengok perkara ini, segala isu pengelolaan haji hendaklah melalui TH dan syarikat yang dilesenkan oleh lembaga tersebut.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah pemberian lesen ini perlu diperketatkan bagi mengelakkan lebih ramai mereka yang tertipu?

Ya, seharusnya begitu
50.00% 2 Undi
Mungkin, ia langkah yang baik
25.00% 1 Undi
Tidak, perlu penguatkuasaan yang lebih rapi
25.00% 1 Undi

“Dengan itu, akan ada kawalan dan tidak ada isu penipuan sebab kalau tengok pada sejarah, selama pihak TH melesenkan syarikat ini, tidak ada isu penipuan yang berlaku. Yang berlaku hanya di luar, iaitu syarikat yang tidak dilesenkan oleh TH,” katanya.

“Mekanisme kita memang dah hebat dan bagus. Tetapi masih ada pihak yang tidak mendapat lesen daripada TH cuba melaluinya dan cuba mengelola haji.

“Jadi saya berharap kerajaan perlu melihat perkara ini kerana apabila sebut ibadah haji, setiap umat Islam ingin pergi menunaikan fardu tersebut.

“Apatah lagi dengan keadaan kuota yang terhad sekarang. Yang nak pergi ramai, tiba-tiba ada pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pelbagai pakej seperti menjanjikan visa, tetapi akhirnya ramai yang tidak dapat pergi dan duit yang dibayar hilang,” jelas beliau.