Skandal LCS: Apa tindakan kerajaan?

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bertegas tiada yang akan terlepas daripada hukuman akibat salah laku dalam projek LCS

Isu mengenai kapal tempur pesisir (LCS) menjadi perbualan hangat untuk beberapa minggu ini. Warga maya ramai tertanya apa pula respons kerajaan untuk isu ini?

Susulan pendedahan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), terdapat gesaan untuk menghentikan projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) fasa enam yang ketika ini belum dimulakan yang disifatkan tidak lebih hanya bermotifkan politik.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai gesaan untuk menghentikan projek LCS ini?

Tidak pasti, masih mencuba untuk memahami sepenuhnya isu ini
50.00% 1 Undi
Gesaan itu hanya permainan politik
50.00% 1 Undi
Saya setuju dengan gesaan ini
0.00% 0 Undi

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ini kerana kenyataan itu bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) ketika mereka memerintah selama 22 bulan sejak 2018.

Katanya, ketika itu PH memutuskan untuk meneruskan projek pembinaan LCS itu bagi mengukuhkan keupayaan operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Berdasarkan laporan yang saya terima, kenyataan Anwar itu menimbulkan kemarahan banyak pihak. TLDM akan marah jika projek itu dibatalkan (kerana membabitkan aset mereka) dan tindakan itu juga akan menyebabkan 400 vendor `gulung tikar’ dengan 90 peratus daripada jumlah vendor itu adalah kalangan veteran tentera,” katanya.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, jika projek itu dibatalkan, ia juga bercanggah dengan pendirian PAC sendiri.

“Ini kerana berdasarkan laporan PAC baru-baru ini, dengan tujuh syor yang mereka kemukakan, tiada satupun yang kata projek itu harus dibatalkan.

Justeru, katanya, Kementerian Pertahanan akan meneruskan projek berkenaan kerana jika ia merugikan seperti yang didakwa, Kabinet tidak akan meluluskan langkah pemulihan projek berkenaan.

Paling penting sekarang ialah kita harus memberi tumpuan dalam tempoh enam bulan ini untuk meneruskan projek berkenaan seperti ditetapkan Kabinet,” katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai keputusan untuk meneruskan projek ini?

Wajar, kerana laporan PAC tidak mengesyorkan projek ini dihentikan
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, mungkin patut diteruskan
0.00% 0 Undi
Tidak, jika tiada tindakan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab
0.00% 0 Undi

Apa yang mengecewakan berlaku dalam projek ini ialah masalah dalaman syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd yang menjejaskan projek LCS ini.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diberitahu bahawa syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. membelanjakan sebanyak RM400 juta untuk projek lama iaitu projek Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) walhal ia sepatutnya untuk projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS).

Untuk rekod sehingga 28 Oktober 2020, jumlah pembayaran yang dibuat kerajaan kepada BNS adalah sebanyak RM6.08 bilion untuk LCS, namun, tidak digunakan sepenuhnya.

Pengarah Program LCS syarikat BNS, Kepten Ir. Azhar Jumaat berkata, selain menyelesaikan hutang-hutang lapuk BNS, sebanyak RM305 juta lagi wang digunakan untuk keperluan fasiliti integrasi. 

Justeru, katanya, sebanyak RM1.005 bilion diklasifikasikan sebagai kos lebihan dan telah dirujuk dan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Dalam prosiding berlainan pada 16 Disember 2020, Azhar berkata, BNS mempunyai masalah ketirisan wang yang parah tanpa aliran tunai yang sihat, telah mengganggu keseluruhan proses penyediaan rekaan terperinci dan production drawing LCS. 

Ketika ini, rekaan terperinci projek LCS belum disiapkan atau dimuktamadkan oleh BNS.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pandangan anda mengenai tindakan syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd sebagai pelaksana projek menggunakan dana projek itu untuk kegunaan selain projek LCS?

Ia jelas salah dan harus dihukum sewajarnya
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, siasat dengan lebih teliti dahulu
0.00% 0 Undi
Keupayaan syarikat mereka harus diteliti semula
0.00% 0 Undi

Sementara itu, Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abd. Rahman berkata, bayaran kepada NGPV adalah ‘kos lama’ yang terpaksa ditanggung apabila BNS menandatangani kontrak LCS. 

Justeru, akibat melunaskan hutang menggunakan wang daripada sumber lain telah menyebabkan syarikat itu berdepan masalah aliran tunai. 

“Jadi, kos lebihan termasuk hutang berkaitan dengan NGPV yang terpaksa ditanggung oleh BNS mengakibatkan adanya masalah dengan aliran tunai di BNS,” katanya menerusi laporan prosiding bertarikh 25 Januari 2022.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga menegaskan tiada sesiapa pun harus terlepas daripada hukuman akibat salah laku dalam projek berkenaan.Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga menegaskan tiada sesiapa pun harus terlepas daripada hukuman akibat salah laku dalam projek berkenaan.

“Sebelum ini saya sebut, semalam saya tegaskan dan hari ini saya nyatakan sekali lagi – tiada siapa yang harus terlepas dari hukuman akibat salah laku dalam projek #LCS sebelum ini. Yang salah tetap salah.

“Saya percaya SPRM akan ambil tindakan. Itu saya serah kepada pihak berkuasa. No kompromi!”

Lanjutan daripada penegasan dari Menteri Pertahanan itu, pihak kerajaan akan melaporkan jadual dan perkembangan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) secara berperingkat.

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata kementeriannya diberi masa enam bulan bagi memobilasasikan usaha menghidupkan semula projek itu, dan beliau percaya kapal pertama akan diterima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam masa dua tahun lagi.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah wajar untuk pihak kerajaan menukar syarikat pelaksana untuk projek ini?

Tidak pasti, timbang dahulu baik dan buruknya
100.00% 1 Undi
Tidak, nanti akan lebih ramai yang mengetahui keupayaan keselamatan negara
0.00% 0 Undi
Ya, tunggu apa lagi. Mereka tidak mampu memberikan apa yang dijanjikan
0.00% 0 Undi

“Kita akan lihat bagaimana kita boleh memastikan kapal yang dijanjikan sampai kepada TLDM dan mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan.

“Saya akan laporkan kepada orang ramai jadual berperingkat pembinaan kapal tersebut,” katanya pada Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Husain Awang yang memintanya Kementerian Pertahanan menjelaskan mengenai langkah yang diambil dalam menyelesaikan isu perolehan kapal tersebut serta soalan tambahan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu mengenai jangka masa yang akan diambil.

Menurut Hishammuddin, kerajaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam siasatan berhubung ketirisan projek LCS itu.