Selepas UK, AS ramai tanya apa pula PM buat di Jepun?

Ismail Sabri, Kishida bertemu, cadang hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Jepun pada 23 Mei bagi memulakan lawatan kerja rasmi dengan beberapa pertemuan berprofil tinggi diatur bagi memenuhi lawatan enam hari itu.

Pertemuan itu adalah bersempena lawatan kerja rasmi Ismail Sabri ke Jepun, yang menyaksikan beliau turut mengambil bahagian dalam Persidangan Antarabangsa ke-27 Mengenai Masa Depan Asia, perhimpunan tahunan pemimpin politik, ekonomi dan industri dari rantau Asia Pasifik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda sempena Lawatan Kerja Rasmi Perdana Menteri selama enam hari bermula hari ini.

Pesawat membawa perdana menteri mendarat di lapangan Terbang Antarabangsa Haneda pada kira-kira jam 11.10 malam (jam 10.10 malam waktu Malaysia) dan Ismail Sabri kemudian terus dibawa ke hotel penginapannya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda
Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda cakna dengan lawatan Perdana Menteri ke Jepun untuk lawatan kerja rasmi tersebut?

Mungkin saya ada baca mengenai lawatan ini
50.00% 1 Undi
Ya, saya mengikuti perkembangan lawatan tersebut
50.00% 1 Undi
Tidak, saya baru tahu
0.00% 0 Undi

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan berprofil tinggi dengan eksekutif tertinggi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) dari 23 syarikat terkemuka Jepun di Tokyo pada Jumaat untuk menarik lebih banyak pelaburan dari Jepun ke Malaysia.

Mereka terdiri daripada eksekutif tertinggi dan CEO Mitsubishi Corporation, Mitsui & Co Ltd, Marubeni Corporation, AEON Co Ltd, Japan Petroleum Exploration Co Ltd, JERA Co Ltd, ITOCHU Corporation, ADEKA Corporation, Mitsui OSK Line, Daiso Industries Co Ltd, ENEOS Corporation dan Sumitomo Corporation.

“Perjumpaan ini untuk saya mengenali rapat dengan mereka secara bersemuka. Saya beritahu (mereka) kalau ada permasalahan yang timbul, insya-ALLAH, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan membantu,” kata Ismail Sabri selepas sesi ramah mesra bersama komuniti perniagaan Jepun itu.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, apakah faktor utama Jepun berkeyakinan untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia?

Kestabilan dalam politik di Malaysia
50.00% 1 Undi
Kerana Jepun masih melihat Malaysia sebagai hab terbaik buat pelaburan
50.00% 1 Undi
Kerana ia berdasarkan semangat Dasar Pandang ke Timur
0.00% 0 Undi

Ismail Sabri turut mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Fumio Kishida, dan mencadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf kepada perkongsian strategik yang komprehensif (CSP).

“Kita ingin cadangkan supaya ditingkatkan hubungan kita daripada ‘strategic partnership’ kepada ‘comprehensive strategic partnership’,” kata Ismail Sabri dalam pertemuan itu.

Hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf daripada ‘enhanced partnership’ kepada ‘strategic partnership’ pada 2015.

Pertemuan secara fizikal itu turut memberikan peluang kepada Malaysia dan Jepun berbincang mengenai inisiatif mengukuhkan lagi hubungan sedia ada antara dua negara dan kolaborasi pelbagai bidang, selain membolehkan kedua-dua pemimpin saling bertukar pandangan berhubung kepentingan ketenteraman antarabangsa dan kestabilan serantau.

Menurut kenyataan Wisma Putra, agenda utama pertemuan Ismail Sabri dan Kishida termasuk memperingati Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur dan kerjasama pasca COVID-19.

Pada 2021, Jepun adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan kira-kira RM149 bilion. Sehingga 2021, Jepun adalah pelabur asing ketiga terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan bagi projek dilaksanakan bernilai kira-kira RM90.9 bilion.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah Malaysia mempunyai pengaruh yang besar di peringkat antarabangsa?

Tidak, negara besar lebih pentingkan pendirian mereka
50.00% 1 Undi
Ya, Malaysia mempunyai tahap pengaruh yang baik dalam pelbagai aspek
50.00% 1 Undi
Mungkin, kita lihat hasil dari pertemuan ini dahulu
0.00% 0 Undi

Wisma Putra berkata, Malaysia dan Jepun akan menandatangani memorandum kerjasama dalam tiga bidang membabitkan industri pesawat udara, pekerja mahir, serta belia dan sukan ketika lawatan itu.

Ketika di Tokyo, Ismail Sabri juga telah menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-27 mengenai Masa Depan Asia, perhimpunan tahunan pemimpin politik dan ekonomi serta ketua industri dari rantau Asia Pasifik, atas jemputan Nikkei Inc, selain menyampaikan ucaptama di Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia di Tokyo bertemakan “Redefining Asia’s Role in a Divided World.”

“Lawatan itu mencerminkan kepentingan hubungan Malaysia-Jepun kerana kedua-dua negara memperingati ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik dan Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP) tahun ini,” kata Wisma Putra.

Meskipun berbeza ideologi politik namun ‘perseteruan’ itu tidak memutuskan hubungan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Beliau (Dr Mahathir) berada di Jepun untuk turut memberi ucaptama pada Persidangan Nikkei ke-27 itu hari ini.

“Saya menyampaikan ucaptama pada persidangan itu dalam bahasa Melayu semalam,” katanya dalam Facebook miliknya di sini, pada Jumaat.

Dihoskan Nikkei Inc. setiap tahun sejak 1995, persidangan itu menghimpunkan pemimpin-pemimpin kerajaan dan tokoh-tokoh perniagaan bagi berkongsi visi untuk masa depan Asia.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah penting untuk mendapatkan penyertaan generasi muda Jepun dan Malaysia?

Tidak, Malaysia perlu fokus dengan negara sendiri dahulu
50.00% 1 Undi
Semestinya, perlu memberi tumpuan kepada generasi baharu untuk mewujudkan pemimpin baharu di kedua-dua negara
50.00% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

JAMECA ditubuhkan pada 1977 dengan antara objektifnya untuk memupuk persahabatan dan menggalakkan hubungan ekonomi yang rapat dan harmoni antara Jepun dan Malaysia.

Ia juga bertujuan menggalakkan persefahaman yang lebih mendalam antara sektor swasta Jepun dan Malaysia mengenai dasar dan situasi ekonomi negara masing-masing.