Selamatkah data rakyat Malaysia di masa depan?

Dengan kerisauan terhadap pencerobohan data, apa yang bakal pihak kerajaan lakukan bagi mengekang perlakuan jenayah ini?

Kerajaan mengambil langkah lanjut untuk mengekang jenayah pencerobohan data peribadi, termasuk berusaha meminda beberapa fasal dalam akta berkaitan, bertujuan membolehkan penguatkuasaan yang lebih kukuh.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata pada masa sama, penggunaan teknologi tertentu juga boleh diteliti bagi mengukuhkan lagi usaha perlindungan data peribadi.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, bagaimanakah perkembangan kecanggihan teknologi Malaysia pada masa kini?

Tidak, kita masih perlu mengejar perkembangan teknologi terkini dengan lebih pantas
75.00% 3 Undi
Tidak pasti, mungkin seiring dengan perkembangan semasa
25.00% 1 Undi
Setanding dengan negara lain. Kita tidak ketinggalan dalam teknologi
0.00% 0 Undi

Annuar juga memaklumkan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bertanggungjawab atas data peribadi dalam sektor komersial, manakala data lain adalah bawah tanggungjawab Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Jabatan Perdana Menteri.

Annuar menjelaskan pada masa sama, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) perlu melihat penggunaan teknologi tertentu bagi mengukuhkan lagi perlindungan terhadap data.

Beliau berkata, jenayah penipuan yang berleluasa sehingga menyebabkan kerugian besar, turut menjadi tumpuan kementerian itu.

“Ini juga terkait dengan soal pindaan pada Akta Komunikasi dan Multimedia yang akan dibawa dalam masa terdekat ke Parlimen, untuk dilakukan beberapa penambahbaikan tertentu.

“Saya juga sedang melihat dan ingin menjemput beberapa pihak membuat pembuktian konsep (POC) bagi mengadakan alat atau perkakas supaya orang awam dapat menyemak apabila ada suatu panggilan yang dianggap sebagai penipuan,” katanya.

“Jadi, saya sedang melihat beberapa pendekatan untuk mewujudkan satu platform di mana apabila ada panggilan begitu, orang awam ada akses untuk terus menyemak panggilan itu daripada nombor apa.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah platform semakan sebegini membantu orang awam untuk lebih berhati-hati ketika menjawab panggilan yang tidak dikenali?

Tidak, sekarang sudah banyak aplikasi untuk tujuan ini
50.00% 2 Undi
Ya, orang awam dapat mengenal pasti dengan lebih pantas dari pangkalan data pihak berkuasa
50.00% 2 Undi
Tidak pasti, mungkin boleh
0.00% 0 Undi

Annuar berkata, beliau juga sedang meninjau langkah dilakukan di Indonesia dan Thailand berkaitan kaedah menangani jenayah penipuan.

“Ini sedang dalam pelaksanaan, malah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah dimaklumkan untuk menjemput beberapa pihak bagi membuat POC ke arah mewujudkan satu platform membantu orang awam mengenal pasti penipu,” katanya.

Dalam pada itu, Putrajaya mencadangkan pindaan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (atau Akta 709) yang memperuntukkan pelantikan pegawai perlindungan data (DPO) oleh pengguna data komersial sebagai langkah untuk melindungi keselamatan maklumat peribadi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata pindaan Akta 709 telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

Katanya, kementerian juga mempertimbangkan untuk memperkenalkan peraturan pemberitahuan pelanggaran data mandatori, dengan pengguna data diwajibkan melaporkan kebocoran data kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), yang menyelia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial.

“Antara perkara-perkara yang akan dipinda adalah termasuk; mewajibkan semua pengguna data melantik Data Protection Officer.

“Memperkenalkan Data Breach Notification yang mewajibkan semua pengguna data untuk melaporkan kebocoran data kepada Pesuruhjaya JPDP dalam tempoh 72 jam.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah cadangan ini boleh menjadikan pengguna data komersial lebih berhati-hati dengan pangkalan data mereka?

Ya, ia akan memaksa mereka untuk menjaga pangkalan data dengan lebih ketat
100.00% 3 Undi
Tidak pasti, mungkin boleh
0.00% 0 Undi
Tidak, kebocoran data tetap akan berlaku
0.00% 0 Undi

“Mewajibkan Data Processor untuk patuh kepada prinsip keselamatan di bawah Akta 709,” katanya.

Akta 709 hanya terpakai untuk transaksi komersial data peribadi dan perundangan itu tidak meliputi kerajaan persekutuan dan negeri serta agensi mereka.