Seberapa sediakah kita hadapi fenomena bah?

Foto hiasan

Isu banjir kini hangat dibincangkan oleh orang ramai berikutan kemungkinan fenomena banjir berlaku hujung tahun ini di beberapa kawasan di seluruh negara.

Di daerah Klang, sebanyak 62 lokaliti berisiko terdedah dengan banjir susulan fenomena air laut pasang besar dan monsun timur laut yang sedang berlaku pada bulan ini sehingga Disember depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang Shahman Jalaludin berkata situasi yang akan membabitkan lebih 10,000 penduduk itu, akan melibatkan antaranya kawasan Kampung Telok Gong, Sungai Serdang, Kampung Tok Muda dan Pulau Indah.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda peka mengenai kawasan yang dijangka terdedah dengan banjir di sekitar anda?

Tidak, saya tidak tahu di mana boleh cari senarai penuh kawasan
0.00% 0 Undi
Tidak pasti, saya akan ambil tahu
0.00% 0 Undi
Ya, saya sentiasa ikuti pengumuman pihak berkuasa tempatan
0.00% 0 Undi

“Ada 62 kawasan risiko di Klang yang kita kenal pasti berisiko untuk banjir, namun ia akan berlaku sekiranya air pasang besar itu bertembung dengan air hujan.

“Macam kita tengok semalam (Ahad), walaupun berlaku air pasang besar tetapi tidak hujan dan keadaan masih terkawal. Cuma kerisauan kita pada apabila bulan Oktober dan November kerana pada waktu itu hujan akan bertembung air pasang besar. Potensi berlaku (banjir) itu lebih tinggi,” katanya.

Shahman berkata berdasarkan laporan tinjauan cuaca bagi tempoh September 2022 hingga Februari 2023 yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, Selangor dijangka akan menghadapi peralihan monsun barat daya kepada monsun timur laut.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda sudah memulakan persiapan untuk menghadapi kemungkinan banjir hujung tahun ini?

Belum, saya baru bertanya rakan dan saudara-mara tentang apa yang diperlukan
0.00% 0 Undi
Nanti saya mulakan. Barangan diperlukan ada, cuma perlu kemaskan seeloknya
0.00% 0 Undi
Ya, saya sudah memulakan persiapan. Semua sudah disimpan rapi
0.00% 0 Undi

Jadi, apa perancangan pihak kerajaan setakat ini?

Seramai 79,549 pegawai dan anggota agensi keselamatan serta penyelamat di semua peringkat berada dalam keadaan bersedia sepenuhnya dengan sokongan pelbagai aset bagi menghadapi monsun timur laut yang dijangka berlaku bermula November hingga Mac 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sama, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dipengerusikan pegawai daerah juga diaktifkan segera selain peranannya di semua lokasi bencana diperkasakan bagi menghadapi peralihan monsun itu.

“JPBD mempunyai fungsi penting untuk melaksanakan kerja-keja menyelamat serta penyampaian bantuan di lokasi bencana manakala Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menyelaras di peringkat Pusat serta negeri.

“Dalam usaha memantapkan kesiapsiagaan Keluarga Malaysia, sebanyak 155 program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) melibatkan 12,534 perserta daripada ketua komuniti, belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut dilaksanakan,” katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai persiapan yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menghadapi fenomena banjir tahun ini?

Tidak, perlu lihat lagi aspek yang mungkin terlepas pandang
0.00% 0 Undi
Tidak pasti, mungkin sudah cukup
0.00% 0 Undi
Cukup untuk menghadapinya, dan akan terus mengikuti berita tentang persiapan lain
0.00% 0 Undi

Bagi aspek pengurusan mangsa pula, Ismail Sabri berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersiap sedia mengaktifkan sebanyak 6,010 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara yang mempunyai kapasiti penempatan seramai 1,620,855 mangsa.

“Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.59 juta untuk menaik taraf kemudahan asas di semua PPS selain JKM turut menyediakan makanan retort dalam tempoh 24 jam pertama serta keperluan bayi dan warga emas kepada mangsa.

“Kementerian Pendidikan pula diarahkan supaya asrama-asrama sekolah yang tidak dihuni pelajar ketika bencana digunakan orang ramai yang terjejas khususnya untuk memberi keselesaan kepada warga emas, anak-anak kecil dan wanita,” jelasnya.

Perdana Menteri memberitahu, NADMA juga telah mengagihkan sebanyak 59,350 kit makanan dan 127,272 buah ‘cubicle tent’ bagi memastikan kelancaran pengurusan penempatan di PPS dan kebajikan mangsa apabila berlakunya bencana.

“Sebanyak RM8 juta diperuntukkan untuk Pengurusan Pengoperasian Bencana kepada JPBN meliputi kegunaan 160 daerah. Kerajaan juga memberikan RM4.8 juta bagi penyediaan 320 buah bot fiber bersama enjin untuk daerah-daerah terlibat,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri menjelaskan, sebanyak 22,622 aset air seperti bot, treler bot dan jet ski milik semua agensi turut digerakkan untuk menghadapi musim monsun itu.