Sampai bila nak hadap kerja besar, gaji kecil tidak setimpal kelayakan?

Tahun 2022 sudah melangkaui setengah tahun namun isu ketidaksetimpalan gaji di negara kita masih terus berlaku ibarat masih tiada jalan penyelesaian.

Rata-rata golongan bujang mahu pun sudah berkahwin tidak sanggup lagi menerima kadar gaji minimum terkini yang tidak setimpal dengan peredaran ekonomi negara.

Biarpun kerajaan telah menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 namun isu ini kembali hangat diperkatakan kerana rakyat sudah lama merasa terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat saban hari.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendirian anda mengenai gaji minimum RM1,500 ini?

Kadar gaji RM1,500 sudah tidak relevan lagi
60.00% 3 Undi
Masih relevan apabila mengambil kira beban kos sara hidup di malaysia dan juga keuntungan berlebihan dinikmati majikan selama ini
40.00% 2 Undi
Saya tidak pasti dan tidak kisah
0.00% 0 Undi

Berkelayakan tinggi, namun kadar gaji yang diterima rendah. Tidak cukup dengan itu, tanggungjawab kerja yang perlu dilakukan berganda-ganda dan membebankan sehingga menyebabkan pelbagai masalah kepada rakyat. 

Sikap syarikat yang ‘ketagih’ dengan buruh asing murah menyebabkan negara terus terbelenggu dengan isu penawaran gaji yang amat rendah sehingga kini.

Profesor Ekonomi UKM-Graduate School of Business yang juga Ahli Majlis Tindakan Ekonomi (MTE), Profesor Tan Sri Noor Azlan Ghazali, berkata masalah itu telah berlarutan sekian lama, ditambah dengan lambakan pekerja asing yang terus menyekat dan menekan gaji pekerja tempatan untuk kekal rendah.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, perlukah Malaysia menyediakan pekerjaan berkualiti dengan gaji yang lebih baik?

Ya, upah sekurang-kurangnya perlu berada pada tahap dua pertiga daripada gaji yang diterima
80.00% 4 Undi
Tidak, kekalkan sahaja sistem pekerjaan dan gaji yang sedia ada
20.00% 1 Undi
Mungkin, tidak pasti
0.00% 0 Undi

Beliau berkata, disebabkan sikap enggan berubah dan selesa dalam keadaan sama, maka syarikat di negara ini lambat menggunakan pakai teknologi baharu dan menginovasi cara kerja yang mana boleh menjadikannya lebih efisien, sebaliknya terus mahukan buruh asing kerana boleh terus menggajikan mereka pada kadar upah yang murah.

“Sebab itu saya amat tidak setuju dengan pelabelan kerja 3D ini (dirty, dangerous, difficult). Mengapa kita perlu melabelkan pekerjaan ini sebagai 3D, apa tujuannya? Kalau kita ke negara maju New York umpamanya, ada saja orang mereka (warga tempatan) mencuci tandas. Malah di negara paling canggih pun ada orang mereka yang menyapu sampah.

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, disebabkan gaji yang kecil juga menyebabkan rasuah berlaku. 

“Gaji yang rendah mengakibatkan mereka tidak mampu untuk menampung kos sara diri dan keinginan untuk menjalani gaya hidup mewah,’’ katanya. 

Tambah beliau, apabila kekurangan kemampuan kewangan, maka segelintir golongan tersebut terpaksa mencari jalan lain yang lebih mudah iaitu rasuah untuk mencari duit lebih bagi menampung perbelanjaan.

“Kenapa belia terlibat dengan rasuah adalah sebab kos sara hidup yang sangat tinggi dan gaya hidup mewah yang mereka mahukan.

Namun dalam hal yang sama, dengan tawaran kerja yang sesuai dengan bidang dipelajari sangat terhad, ramai graduan memilih untuk menyambar sahaja sebarang tawaran pekerjaan walaupun ia berbeza dengan apa yang dipelajari serta tangga gaji yang selayaknya diterima mereka.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, mengapa graduan banyak bekerja dalam bidang yang berbeza dengan kos yang diambil di pusat pengajian?

Terlalu ramai graduan tetapi peluang pekerjaan sikit
66.67% 2 Undi
Graduan banyak ‘lari bidang’ kerana mereka terlalu memilih
33.33% 1 Undi
Saya tidak pasti, mungkin mereka ingin cuba benda baru
0.00% 0 Undi

Isu lambakan graduan dengan kekurangan peluang pekerjaan bukanlah satu isu baru lagi dalam negara ini. Baru-baru ini pula, kecoh di media sosial perkongsian seorang gadis tentang pekerjaan terkininya ini selepas tamat pengajian sekaligus mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen. Bahkan ramai juga yang turut bersimpati melihat nasib graduan masa kini yang susah mendapat pekerjaan.

Namun kini dia akur bekerja di salah sebuah restoran makanan segera yang jauh berbeza dari bidang yang dipelajarinya. Menurut gadis itu di ruangan kapsyen, ini bukanlah pekerjaan yang sempurna namun dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

Perkara ini mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri ismail Sabri yang turut melahirkan rasa kecewa kerana isu ini masih berpanjangan sedangkan kerajaan telah menetapkan pada 1 Mei lalu gaji minimum seseorang pekerja ialah RM1,500 bagi keselesaan hidup.

“Saya sedikit kecewa kerana gaji ditawar majikan tidak setimpal dan berpadanan dengan kelayakan dan kerja dilakukan oleh anak tempatan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, statistik MYFutureJobs menunjukkan gaji bagi kekosongan jawatan paling banyak ditawarkan di seluruh negara antara RM1,200 hingga RM2,000 sebulan.

Buat masa ini jelasnya kesalahan-kesalahan utama yang masih dikesan dalam kalangan penunggang motosikal termasuklah tiada lesen memandu dan juga cukai jalan tamat tempoh.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah Malaysia perlu membuat perubahan drastik terhadap sistem pekerjaan?

Mungkin, boleh juga
100.00% 2 Undi
Tidak, mereka perlu buat secara berperingkat
0.00% 0 Undi
Ya, ini kerana negara masih lagi tidak meraktifikasi beberapa protokol Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
0.00% 0 Undi

“Saya meminta supaya majikan mengambil serius mengenai perkara ini kerana pekerja adalah tunjang utama dalam organisasi,” katanya

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan kini giat membangunkan ‘talent pool’ yang berkemahiran, produktif dan berpotensi tinggi.

Menurutnya, inisiatif itu dibuat bagi membolehkan gaji yang ditawarkan majikan berpadanan dengan kelayakan dan kemahiran yang dimiliki.

Katanya, bagi menangani ketidakpadanan ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) digesa berunding dengan pihak majikan dan wakil pekerja bagi mengenal pasti pendekatan dan solusi terbaik kepada masalah ini.

Malah, beliau berkata, platform ‘tripartite’ Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan konsultasi tiga penjuru bagi mencapai kata sepakat antara kerajaan, majikan serta pekerja.

Mengulas lanjut mengenai Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, beliau berkata, gabungan lima elemen iaitu majikan, pekerja, ekonomi gig, keusahawanan dan perusahaan sosial, memberikan solusi kerjaya yang lengkap kepada rakyat Malaysia.

Katanya, ekspo kerjaya yang disokong dengan pewujudan Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs yang mampu melakukan padanan pekerjaan dan perkhidmatan kerjaya lain selain menawarkan inisiatif kerajaan.

“Menerusi program JaminKerja-Insentif Penggajian (JKIP) ini, kerajaan dapat memangkinkan penciptaan peluang pekerjaan dan pengambilan pekerja sepanjang tahun ini, termasuk di ekspo kerjaya yang sedang berlangsung ini,” katanya.

Program yang menawarkan lebih 30,000 peluang pekerjaan dengan pembabitan 1,000 majikan ini turut diiktiraf sebagai ekspo kerjaya terbesar di Malaysia.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Dengan adanya inisiatif di atas, adakah kadar pengangguran akan berkurang di negara kita?

Ya, ramai akan dapat peluang untuk bekerja
100.00% 2 Undi
Mungkin, saya tidak kisah
0.00% 0 Undi
Tidak, peluang yang disediakan mungkin tidak mampu menampung golongan yang menganggur
0.00% 0 Undi