Apa nak jadi dengan orang kita ni? Bangga hina agama? Bangga hina diri sendiri? Itulah antara komen yang dilemparkan oleh netizen di ruangan komen media sosial berhubung isu kontroversi yang tengah hangat kini.
Beberapa hari lalu, tular video seorang wanita yang mulanya berpakaian sopan, berbaju kurung, bertudung tetapi secara tiba-tiba membuka semua itu dan bangga berpakaian separuh bogel.
Kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Ketika itu dia sedang membuat satu persembahan komedi dan namun dilihat dia menerima tepukan daripada penonton yang berada disana ketika itu..
Susulan video tular tersebut wanita yang didakwa menghina Islam itu telah ditahan polis pada malam Isnin.
Suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, di Jalan Gasing, Petaling Jaya.
Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata suspek wanita berusia 26 tahun itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Selasa.
Wanita itu akan didakwa di mahkamah, esok.
Turut didakwa esok adalah teman lelaki wanita itu.
“Kertas siasatan polis telah dirujuk kepada pejabat Peguam Negara pada Selasa, 12 Julai lalu dan mendapat arahan untuk menuduh penama Siti Nuramira binti Abdullah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
“Kertas siasatan polis telah dirujuk kepada pejabat Peguam Negara pada Selasa, 12 Julai lalu dan mendapat arahan untuk menuduh penama Siti Nuramira binti Abdullah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
“Manakala penama (teman lelakinya) Alexander Navin A/L Vijayachandran pula akan dituduh di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Setiausaha Polis Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam video berdurasi 54 saat itu, wanita terbabit mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.
Polis turut menahan teman lelaki wanita yang sedang disiasat kerana didakwa menghina agama Islam semasa persembahannya di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Noorsiah dalam satu kenyataan berkata lelaki itu direman tiga hari sehingga Rabu (13 Julai) untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat peguam negara dengan cadangan pertuduhan.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan siasatan awal berhubung satu klip video tular disyaki menghina agama Islam, baru-baru ini, yang berlaku di sebuah kelab, di sekitar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan video tular berkenaan dan siasatan awal telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi.
Susulan daripada kecaman ramai, pengurusan kelab komedi, Crackhouse Comedy Club (CH), mengutuk sekeras-kerasnya tindakan wanita itu yang didakwa menghina kesucian agama Islam menerusi perbuatannya.
Bagaimanapun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menggantung sementara operasi kelab itu susulan klip video tular wanita itu.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias berkata tindakan itu sebagai mesej jelas bahawa pihaknya dan DBKL tidak akan sama sekali bertoleransi dengan apa jua aktiviti yang melanggar mana-mana sensitiviti melibatkan agama, bangsa dan kedaulatan negara.
Polis juga berkata, kertas siasatan dibuka oleh unit siasatan jenayah terkelas mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.
Bagi ekonomi Malaysia, bank pusat itu berkata kegiatan ekonomi terus meningkat pada bulan-bulan kebelakangan ini.
“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan semalam.
Namun, tindakan pihak berkuasa menutup sementara kelab komedi Crackhouse telah mendapat bantahan oleh sesetengah pihak kerana tindakan kontroversi semasa malam pentas terbuka.
Pelakon Afdlin Shauki menyamakan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu sebagai menghukum sebuah kolam renang atas tindakan seorang perenang.
“Saya membangkang sekeras-kerasnya penutupan sementara Crackhouse Comedy Club oleh kerana perbuatan seorang open miker yang bersalin pakaian atas pentas tempoh hari.
“Crackhouse merupakan tempat di mana banyak pelawak stendap baru mempelajari seni stendap ini. Open mike di buka kepada amatur yang ingin mencuba content mereka di khalayak ramai,” katanya pada hantaran di media sosial.
Susulan kenyataan Afdlin itu dia telah menjadi mangsa kritikan netizen yang mendakwa dia tidak mempertahankan agama dan bangsanya sebaliknya hanya bersuara membela golongan pelawak sahaja.
Harith Iskander berpendapat persembahan wanita itu langsung tidak mempunyai standard sebagai pelawak.
“Benar, ketawa penawar duka. Bagaimanapun, saya tengok apa wanita ni buat sangat menyakitkan dan tak lawak langsung apa dipersembahkan,” katanya di media sosial malam tadi.
Tambahnya, sesebuah persembahan dicipta untuk membuat orang ketawa, justeru, pelawak sepatutnya bercerita dengan cara tersendiri untuk membuat penonton tergelak.
Menurut Harith, tindakan wanita itu sekali gus mencemarkan kredibiliti komediri yang lain.
Harith juga mengulas persoalan kenapa kelab komedi berkenaan membiarkan wanita itu membuat persembahan.
Katanya, ia adalah ruang terbuka malam komedi (open mic comedy night) justeru ia memberi peluang kepada sesiapa saja yang berhasrat menjadi pelawak.
Klip video tular itu turut mengheret nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.
Susulan perbuatan menghina kesucian Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tampil mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi.
Menurut Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, pihaknya sudah mengambil maklum berkenan video yang tular itu dan katanya siasatan awal telah dilaksanakan.
Tegasnya, Jawi sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam.
Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu menasihatkan wanita yang didakwa menghina Islam baru-baru ini supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
“Manusia ini kita mesti ada rasa malu, kalau dah tak ada rasa malu ini, kita dah letakkan diri kita setaraf dengan mahluk-mahluk yang Allah ciptakan yang tidak mempunyai akal.
“Saya harap anak kita yang telah lakukan perkara itu bertaubat, jangan hina agama sendiri, jangan jolok pula perasaan dan hati rakan-rakan lain yang beragama Islam dan kembali lah ke pangkal jalan,” katanya.