Sambutan Ramadhan: Wajarkah SOP tidak dilonggarkan biarpun peralihan endemik?

Ketibaan Ramadan sememangnya mengujakan buat umat Islam seluruh negara.

Selain aktiviti beramal dan ibadah sepanjang bulan mulia ini, aktiviti lazim saban tahun seperti penjualan juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan dan solat Terawih berjemaah turut menjadikan Ramadhan lebih meriah apatah lagi dengan pelaksanaan PKP dan wabak COVID-19 yang melanda sejak 2 tahun lalu mengubah norma baharu rakyat marhaen sekalian.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa tiada sekatan akan dikenakan ke atas bazar Ramadan seperti tahun 2020 yang lalu.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendirian anda mengenai keputusan ini?

Baik, dapat bantu pulih ekonomi
100.00% 3 Undi
Tidak pasti, lihat dulu keadaan
0.00% 0 Undi
Kurang baik, risau kes jangkitan naik kembali
0.00% 0 Undi

Hal ini memberikan kelegaaan khasnya kepada peniaga di bazar Ramadan yang tidak dapat beroperasi pada tahun-tahun sebelum ini.

Walau bagaimanapun, orang ramai diingatkan agar sentiasa  mematuhi SOP dalam keghairahan mengunjungi bazar Ramadan setelah seharian berpuasa.

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, SOP tahun ini tertakluk kepada ketetapan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Bagaimanakah pematuhan SOP melibatkan peniaga mahupun pengunjung bazar Ramadan di sekitar kawasan anda?

Tidak pasti, belum pergi
50.00% 1 Undi
Pelaksanaan sangat baik
50.00% 1 Undi
Tiada pematuhan SOP
0.00% 0 Undi

Jadi, orang ramai diingatkan agar sentiasa peka dengan SOP yang dikeluarkan oleh PBT dan ikuti semua ketetapan yang telah disenaraikan.

Pada masa yang sama, orang ramai juga dinasihati agar tidak membawa anak-anak kecil ke bazar Ramadan bagi mengelakkan pendedahan kepada jangkitan Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menjelaskan bahawa kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai merupakan suasana yang tidak baik untuk kanak-kanak terutamanya mereka yang tiada perlindungan vaksinasi.

Sehubungan itu, beliau juga menyeru agar ibu bapa mendapatkan suntikan vaksinasi untuk anak-anak secepat mungkin kerana data terkini menunjukkan kadar vaksinasi dalam golongan ini masih di tahap perlahan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, perlukah kanak-kanak turut dibawa ke bazar Ramadan?

Tidak, risiko tinggi untuk mereka
100.00% 3 Undi
Tidak pasti, tak bawa kanak-kanak
0.00% 0 Undi
Ya, tiada yang menjaga mereka
0.00% 0 Undi

Selain itu, aktiviti yang turut dinanti-nantikan oleh orang ramai ialah solat tarawih secara berjemaah di surau dan masjid.

Pada 1 April 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan bahawa penjarakan saf tidak lagi diperlukan ketika solat berjemaah. Walau bagaimanapun, KKM turut menasihati orang ramai agar menggunakan sejadah sendiri untuk mengurangkan risiko penularan virus COvid-19.

Pengumuman ini diterima dengan setinggi-tinggi kesyukuran oleh umat Islam seluruh Malaysia yang telah sekian lama mengerjakan solat berjemaah dengan penjarakan saf. 

Orang ramai juga diminta agar sentiasa peka dengan pengumuman semasa daripada pihak berkuasa agama negeri untuk sebarang kemaskini mengenai SOP ketika mengerjakan ibadah solat di masjid dan surau.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda rasa selamat untuk merapatkan saf ketika di rumah ibadah?

Ya, asalkan bawa sejadah dan pakai pelitup muka
100.00% 3 Undi
Tidak pasti, lihat dahulu
0.00% 0 Undi
Tidak, masih rasa kurang selamat
0.00% 0 Undi

Ringkasnya, walaupun orang ramai diberikan kelonggaran untuk Ramadan tahun ini, langkah-langkah pencegahan masih perlu dijalankan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Pastinya kita tidak mahu bazar Ramadan dan rumah ibadah menjadi lokasi penularan virus ini setelah sekian lama tidak dapat menikmati bulan Ramadan. Bersama-samalah kita patuhi SOP demi keselamatan diri, keluarga dan orang sekeliling kita.