RUU Antilompat parti: Mandat rakyat dilindungi, tiada lagi ‘katak politik’ berani melompat?

27 Julai 2022, adalah detik yang amat bersejarah dalam perkembangan politik negara kerana ia menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sendiri membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 bagi mengatasi gejala melompat parti dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat.

Semua pihak akur dengan bahana gejala melompat parti ini, tetapi hanya Ismail Sabri berbuat sesuatu ke atasnya dengan menjadikan pembentangan RUU Anti Lompat Parti sebagai salah satu butiran utama Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai pada 13 September 2021 antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai RUU Anti Lompat Parti ini?

Saya sokong pindaan ini, RUU Anti-Lompat Parti dapat memastikan politik negara kita stabil
75.00% 3 Undi
Tidak sokong, seharusnya lompat parti perlu dibenarkan
25.00% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Bermula daripada tarikh ini maka bermulalah tugasan berat yang diletakkan ke atas bahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, merangka RUU ini dengan bantuan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Tatkala berdepan dengan liku-liku yang mencabar, Wan Junaidi sentiasa mendapat dokongan kuat Ismail Sabri yang sentiasa menzahirkan komitmen ke atas RUU ini dan yang mengambil pendekatan akomodatif selaras dengan prinsip-prinsip keterangkuman dan kebersamaan di dalam konsep Keluarga Malaysia.

RUU ini juga telah ditaklimatkan kepada ahli Dewan Rakyat (kerajaan) pada 25 Julai dan kepada ahli Dewan Rakyat (pembangkang) pada 26 Julai dalam mana pelbagai pertanyaan telah dikemukakan dan pelbagai jawapan telah diberikan oleh Wan Junaidi bagi memperjelaskan segala butiran yang terkandung di dalamnya.

Pada akhirnya, sudah tidak ada sebab mengapa RUU ini tidak akan mendapat sokongan dua per tiga majoriti ahli Dewan Rakyat setelah terlalu banyak sesi libat urus dilakukan ke atasnya ditambah catatan sejarah kerana buat pertama kalinya RUU ini dihasilkan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. 

RUU ini menyatakan dengan jelas apa yang termasuk di dalam kategori lompat parti, iaitu mereka yang setelah memasuki Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti melepaskan keanggotaan atau tidak lagi menjadi anggota parti itu atau mereka yang setelah memasuki Dewan Rakyat sebagai Bebas menyertai suatu parti.

RUU ini pastinya akan memelihara keutuhan prinsip demokrasi, dengan memastikan mandat pengundi di dalam sesuatu Pilihan Raya Umum (PRU) akan sentiasa dihormati, malah seseorang ahli Dewan Rakyat yang kerusinya telah menjadi kosong akibat tindakan melompat parti ini juga kini boleh bertanding semula di dalam mana-mana pilihan raya yang berikutnya.

Perdana Menteri menekankan pentingnya undang-undang ini untuk memastikan kestabilan politik berpanjangan dalam sesebuah kerajaan. Pengalaman pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menunjukkan betapa serius isu lompat parti ini.

Jika tidak ditangani segera, kemungkinan kestabilan kerajaan juga akan tergugat selepas PRU15 nanti jika kerajaan yang dipilih tidak mempunyai jumlah majoriti yang kukuh. Mungkin akan berlaku tawar menawar yang menyebabkan berlaku ahli Parlimen keluar parti dan masuk parti yang lain. Jika ia membawa kepada robohnya sebuah kerajaan yang baru dipilih maka episod sebegitu sudah pasti akan berulang dan hasilnya negara kita akan terus berada dalam suasana tidak stabil.

Undang-undang Anti Lompat Parti akan memberi keyakinan kepada khususnya kepada pengundi. Mereka bertambah yakin dengan kewujudan sesebuah kerajaan yang akan dilindungi dari bencana ahli Parlimen bertukar parti. Pengundi akan menjadi lebih yakin dengan pilihan yang mereka buat kerana mereka tahu ahli Parlimen/Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mereka pilih dan seterusnya memenangi kerusi yang ditandingi tidak akan melompat parti.

Perkara ini amat penting kerana tanpa keyakinan ini, mungkin ramai yang tidak mahu turun mengundi kerana tidak yakin seorang ahli perundangan yang dipilih akan kekal dengan sesebuah parti politik. Natijahnya rakyat akan merasa lebih selamat dalam suasana politik demokrasi yang lebih stabil dan berintegriti.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Sebagai rakyat, adakah kewujudan Undang-undang Anti Lompat Parti ini akan memberi lebih keyakinan kepada anda untuk mengundi?

Tidak, saya rasa semua parti tidak boleh dipercayai
75.00% 3 Undi
Ya, saya akan bertambah yakin dengan kewujudan sesebuah kerajaan yang akan dilindungi dari bencana ahli Parlimen bertukar parti
25.00% 1 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Walaupun ramai yang menyokong pindaan ini, namun Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lompat parti perlu dibenarkan selepas pilihan raya umum untuk membolehkan kerajaan Persekutuan dibentuk.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika tiada parti yang mampu memperoleh kerusi minimum 112 di Dewan Rakyat, lompat parti selepas pilihan raya umum boleh memastikan kestabilan politik di negara ini.

“Selepas pilihan raya (umum), (jika) tidak ada satu parti yang mendapat lebih 50 peratus kerusi (dalam Dewan Rakyat) yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan, maka kita mungkin memerlukan satu lagi pilihan raya.

“Ya, kita boleh mengadakan pilihan raya lain tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah. Inilah sebabnya kita perlu membenarkan lompat parti, supaya kerajaan boleh dibentuk dan bukannya mengadakan pilihan raya lain,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir untuk tetap membenarkan lompat parti diadakan selepas pilihan raya umum?

Tidak sokong, kestabilan kerajaan akan tergugat selepas PRU15 nanti
66.67% 2 Undi
Ya, ada kala lompat parti perlu untuk tubuh kerajaan stabil
33.33% 1 Undi
Mungkin kerana boleh lihat ahli politik mana yang suka melompat
0.00% 0 Undi

Dr Mahathir yang juga Pengerusi PEJUANG berkata, proses lompat parti selepas pilihan raya umum perlu termasuk mendapatkan kelulusan dan sokongan majlis tertinggi pelbagai parti.

Katanya, proses itu bagaimanapun perlu mengikut perlembagaan parti.

“Semoga rang undang-undang ini akan mendapat sokongan dua pertiga supaya tidak ada lagi situasi di mana kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat akan digulingkan, manakala parti yang ditolak oleh pengundi akan berkuasa.”

Selain itu, Dr Mahathir juga yakin RUU itu dapat melindungi mandat rakyat, yang memilih wakil dan kerajaan.

“Sebab itu, pindaan ini perlu dilakukan supaya tidak akan berlaku lagi situasi di mana kerajaan yang dipilih rakyat, tidak lagi lagi berkuasa,” katanya.

Semua negeri perlu melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti secepat mungkin.

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, tidak seharusnya pilihan diberikan kepada mana-mana negeri.

“Ia mesti (dilaksanakan semua negeri) dari segi undang-undang.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah RUU ini wajar dilaksanakan di semua negeri?

Tidak, perlu pinda di negeri tertentu sahaja dan perlu persetujuan negeri lain terlebih dahulu
50.00% 2 Undi
Ya, perlu dilaksanakan di semua negeri dan tidak boleh dipersoalkan kerana ia sudah mengambil kira semua pandangan berbeza
50.00% 2 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

“Tapi saya yakin kita perlu ada kerjasama dengan kerajaan negeri yang ada untuk membolehkan RUU itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dapat dilaksanakan bukan hanya membabitkan ahli Parlimen bahkan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ada,” katanya.

“Tak begitu berat sangat persoalan dibangkitkan tentang seseorang itu melompat,” katanya.

Jelasnya, selepas individu terbabit melompat parti, dia boleh bertanding dan di manakah kaedah bagi memastikan untuk menghukumnya.

“Maka dengan itu saya cadangkan supaya satu penggal kepada Yang Berhormat (ini) tidak boleh bertanding. Bukannya berat sangat (hukuman),” tegasnya.