Remaja memandu tanpa lesen sebabkan kematian, wajarkah ibu bapa, pemilik kenderaan dikenakan hukuman berat?

Keadaan dua pekerja pemotong rumput yang dilanggar oleh Perodua Alza dalam kejadian kemalangan di Jalan Pintasan Semeling, pada Sabtu.

Nampaknya masalah remaja memandu tanpa lesen memandu yang sah terus berlaku dalam kalangan masyarakat. Lebih berat lagi hingga menyebabkan kemalangan jalanraya sehingga meragut nyawa.

Masih ada ibu bapa yang bersikap lepas tangan dengan mengabaikan undang-undang apabila membenarkan anak mereka menunggang motosikal atau memandu kenderaan walaupun tidak memiliki lesen yang sah.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah wajar ibu bapa disalahkan sepenuhnya bagi isu anak-anak memandu tanpa lesen?

Ya, ibu bapa yang gagal mengawal anak-anak
83.33% 5 Undi
Tidak, tidak adil untuk menyalahkan ibu bapa sepenuhnya atas perilaku anak walaupun melanggar peraturan
16.67% 1 Undi
Mungkin, saya tak pasti
0.00% 0 Undi

Baru-baru ini telah tular kisah seorang remaja tidak memiliki lesen memandu yang sah telah memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) sehingga merempuh dua orang pekerja pemotong rumput dalam satu kemalangan maut di Jalan Pintasan Semeling, Bedong.

Remaja berusia 16 tahun itu merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah tersebut. Identiti mangsa yang maut dikenalpasti Cinglowpa, 20, warganegara Myanmar.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.00 pagi Sabtu, kereta jenis  MPV yang dipandu remaja terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh dua batang pokok sebelum merempuh dua mangsa yang sedang berehat di bahu jalan. 

Seorang pekerja pemotong rumput warga Myanmar, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakan senegara berusia 33 tahun patah bahu kanan selepas dirempuh.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah umur minimum untuk lesen memandu di Malaysia perlu diubah?

Tidak, kekalkan sahaja usia minimum pada 17 tahun tetapi hanya fokus pada peningkatan silibus memandu, latihan, dan metodologi peperiksaan.
100.00% 6 Undi
Mungkin, saya tidak kisah
0.00% 0 Undi
Ya, perlu diturunkan kepada umur 16 tahun
0.00% 0 Undi

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, remaja itu bebas daripada sebarang pengaruh dadah dan telah dibebaskan dengan jaminan polis. 

“Kunci kenderaan ditinggalkan di rumah dan remaja terbabit menggunakan kesempatan itu untuk memandu MPV terbabit,” katanya.

Susulan kes itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah mengeluarkan kenyataan.  

Katanya, hukuman berat mengikut Akta Pengangkutan Jalan boleh dikenakan kepada sesiapa yang membenarkan anak atau remaja tidak cukup umur memandu, kata Ka Siong.

“Bukan sahaja terhadap pemandu bahkan pemilik kenderaan juga akan dikenakan tindakan paling berat kerana kecuaian dan menyebabkan kecederaan mana-mana pihak.

“Sesiapa yang disabit kesalahan ini boleh diambil tindakan keras, sebab remaja itu tiada lesen memandu dan perlindungan insurans,” katanya.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah wajar hukuman berat diberikan kepada ibu bapa yang membenarkan remaja bawah umur memandu kenderaan tanpa lesen?

Ya, hukuman berat itu wajar terpakai bukan sahaja terhadap pemandu bahkan pemilik kenderaan yang cuai
100.00% 6 Undi
Mungkin, saya tak pasti
0.00% 0 Undi
Tidak, tidak perlu ambil tindakan
0.00% 0 Undi

Langkah yang dilaksanakan ini bagi menyedarkan ibu bapa agar menitik berat soal keselamatan bukan sahaja melibatkan nyawa anak mereka tetapi pengguna jalan raya yang lain.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah kemalangan jalan raya dapat dikurangkan jika langkah ini dilaksanakan?

Ya, ibu bapa lebih peka dan mengawal anak-anak daripada memandu tanpa lesen
66.67% 4 Undi
Tak pasti dan tak kisah
16.67% 1 Undi
Tidak, langkah ini tidak memberi apa-apa kesan kepada ibu bapa atau penjaga dan kemalangan tetap meningkat walaupun remaja memandu secara haram
16.67% 1 Undi