Ramai tertanya apa PM buat di Amerika

Kredit: Foto Facebook PM

Amerika Syarikat (AS) merupakan salah satu negara kuasa besar dunia selain China dan Rusia. AS dan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957 dan hubungan ini sangat penting buat negara. 

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob telah menyertai Kemuncak kepada Sidang Khas ASEAN-Amerika Syarikat yang dipengerusikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden di Washington DC.

Di dalam sidang tersebut, setiap ketua negara diberi peluang menyatakan pendirian negara masing-masing mengenai isu serantau dan antarabangsa. 

Sidang Khas ASEAN-AS
Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda cakna dengan lawatan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat untuk sidang khas tersebut?

Tidak, saya baru tahu
60.00% 3 Undi
Mungkin saya ada baca mengenai sidang ini
20.00% 1 Undi
Ya, saya mengikuti perkembangan sidang khas tersebut
20.00% 1 Undi

“Saya menyatakan pendirian mengenai konflik Rusia-Ukraine perlu diselesaikan secara damai, bukan dengan peperangan,” katanya.

Menurut PM lagi, peperangan tidak memberi apa-apa kebaikan kepada mana-mana negara malah membawa penderitaan kepada rakyat yang tidak berdosa.

Malah konflik Rusia-Ukraine juga memberi kesan ekonomi kepada negara-negara lain di seluruh dunia termasuk Malaysia. 

Perdana Menteri turut menggesa, agar Amerika Syarikat menggunakan pengaruh mereka untuk mewujudkan pendamaian dalam konflik Rusia-Ukraine. 

“Saya juga mengutarakan pendirian mengenai isu Palestin yang telah berlarutan selama 74 tahun. Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin tidak boleh terus berleluasa,” kata Perdana Menteri.

Dalam hal yang sama, Ismail menggesa Amerika Syarikat supaya secara jujur menggunakan pengaruhnya untuk menyelesaikan isu ini secara tuntas.

“Negara Palestin perlu diwujudkan seperti yang terkandung di dalam resolusi PBB iaitu dengan persempadanan sebelum perang 1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara,” tegas beliau.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah cadangan ini suatu langkah yang bijak terhadap imej Malaysia dalam usaha membantu Palestin?

Ya, dunia sudah jelas dengan pendirian Malaysia. Jadi, tidak perlu berbasa-basi
75.00% 3 Undi
Mungkin, kita juga perlu berusaha untuk saudara kita
25.00% 1 Undi
Tidak, mungkin akan timbulkan ketidakselesaan dari negara-negara yang tidak menyokong pengisytiharan Palestin
0.00% 0 Undi

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang membangkitkan isu Palestin ini secara jelas.

Selain itu mengenai isu Laut China Selatan, Malaysia berpendirian agar Laut China Selatan kekal sebagai kawasan bebas dari campur tangan kuasa besar dan kekal sebagai kawasan perdagangan bebas.

PM juga bertegas bahawa Malaysia tidak mahu terdapatnya provokasi kuasa besar di Laut China Selatan.

Dalam pada itu, menurut PM, Malaysia juga mahu isu Myanmar diselesaikan secara diplomatik dengan pematuhan kepada ‘5 points consensus.’ Malaysia menekankan tentang isu pelarian Myanmar dan mahu bantuan Amerika Syarikat supaya mengambil mereka untuk dipindahkan ke negara lain.

”Kehadiran Malaysia di AS bukan sahaja satu penghormatan tetapi peluang yang diberikan bagi menyuarakan hasrat negara dan juga Asean demi menjamin keselamatan dan keamanan di rantau ini,” ujar PM lagi.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah Malaysia mempunyai pengaruh yang besar di peringkat antarabangsa?

Tidak, negara besar lebih pentingkan pendirian mereka
50.00% 2 Undi
Ya, Malaysia mempunyai tahap pengaruh yang baik dalam pelbagai aspek
50.00% 2 Undi
Mungkin, kita lihat hasil dari sidang khas ini dahulu
0.00% 0 Undi

Dalam kunjungan PM ke negara berkenaan, PM turut bertemu dengan pegawai-pegawai kanan syarikat utama Amerika Syarikat pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

Pegawai-pegawai kanan itu termasuk Presiden Boeing untuk Asia Tenggara Alexander Feldman, Ketua Dasar Persekutuan Tesla Hasan Nazar, Naib Presiden Korporat Hal Ehwal Awam Micron Courtney Geduldig.

Presiden bagi Asia Pasifik, Jepun dan China di Cisco Dave West, Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam Google Karan Bhatia serta Naib Presiden dan Ketua Perhubungan Kerajaan Global Texas Instrument Steve Bonner.

PM turut menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman antara Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) Malaysia dan tiga entiti Amerika, iaitu World Innovation, Technology and Services Alliance (WITSA), Accenture PLC dan Human Resource Certification Institute (HRCI).

Selain itu, PM juga menyaksikan penyerahan Surat Hasrat (LoI) kepada MyDigital Corporation Malaysia oleh empat syarikat Amerika iaitu Cisco Systems Inc; Intel Corporation; Microsoft Corporation dan Micron Technology Inc serta penyerahan surat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kepada Advanced Micro Devices Inc untuk pengembangan syarikat itu di Malaysia.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, adakah kerjasama ini akan membawa transformasi kepada industri teknologi digital Malaysia?

Semestinya, Amerika Syarikat antara negara yang mempunyai pembangunan teknologi canggih yang pesa
75.00% 3 Undi
Mungkin, Malaysia memang perlukan lebih banyak kerjasama dengan negara lain
25.00% 1 Undi
Tidak, Malaysia perlu fokus dengan industri lain dahulu
0.00% 0 Undi

PM turut mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin terkemuka yang mewakili syarikat Fortune 500 Amerika Syarikat untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang patut diutamakan.

Antara mereka yang ditemui itu termasuk Presiden dan Ketua pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan AS-ASEAN, Ted Osius, Setiausaha Agong World Information Technology and Services Alliance (WITSA) Dr James H. Poisant dan Presiden Peterson Institute for International Economics, Dr Adam S. Posen serta Naib Presiden East-West Center, Dr P. Limaye.

“Saya mengalu-alukan kehadiran mereka untuk membantu meningkatkan pelaburan dalam bidang-bidang seperti ekonomi digital, teknologi hijau dan kereta elektrik.

“Saya juga mengadakan perbincangan dengan Dr. Kurt M. Campbell iaitu Timbalan Penolong kepada Presiden Amerika Syarikat dan Penyelaras Hal Ehwal Indo-Pasifik di Majlis Keselamatan Negara mengenai isu serantau dan perdagangan,” katanya lagi semasa dalam lawatannya ke AS.

Menurut PM, Malaysia berpandangan semua anggota ASEAN perlu terlibat dengan cadangan inisiatif Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang diterajui Amerika Syarikat.

Malaysia ialah rakan dagangan ke-18 terbesar AS dan AS pula pelabur asing terbesar di Malaysia dengan pelaburan langsung asing sebanyak $13.5 bilion pada tahun 2020.

AS merupakan salah satu pelabur utama di Malaysia terutama dalam sektor elektrik dan elektronik.

Untuk rekod, pada tahun 2018-2022, AS telah menyediakan kira-kira $220 juta bantuan keselamatan untuk Malaysia, termasuk penyediaan peralatan, pendidikan, latihan dan program pertukaran lain.