PICkids bakal ditamatkan, segera vaksinasi sebelum mungkin perlu bayar

Wabak Covid-19 telah meragut ribuan nyawa di Malaysia. Dengan adanya program vaksinasi yang telah dijalankan oleh kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan (KKM), risiko jangkitan serius penyakit ini dapat dikurangkan dan seterusnya dapat mengurangkan risiko kematian.

Untuk golongan kanak-kanak, jangkitan Covid-19 membawa risiko 40 kali ganda kesan kesihatan berpanjangan sekiranya tiada vaksinasi. Antara risiko yang bakal dihadapi termasuklah radang otot jantung (miokarditis) dan sindrom keradangan pelbagai sistem dalam tempoh yang lama.

Ketua Jabatan Pakar Perunding Pediatrik dan Perubatan Remaja, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr N Thiyagar menjelaskan bahawa perangkaan semasa menyaksikan sebanyak 74 kes yang membabitkan bayi sehingga kanak-kanak dan remaja berusia 15 tahun mengalami miokarditis akibat jangkitan virus tersebut.

KKM telah mengumumkan 15 Mei ini sebagai tarikh akhir untuk Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids).

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anak anda sudah menerima vaksin?

Saya belum berkahwin/Saya belum mempunyai anak
100.00% 1 Undi
Tidak, saya ragu-ragu dengan vaksin
0.00% 0 Undi
Ya, sudah diberikan suntikan vaksin
0.00% 0 Undi

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, keputusan berikut diambil berikutan permintaan vaksinasi yang rendah dan boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi. 

Selepas 15 Mei 2022, vaksin Covid-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia dan hanya vaksin Coronavac boleh diperoleh dengan bayaran di fasiliti swasta.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai keputusan ini?

Langkah yang betul, dapatkan segera jika tidak mahu bayar
100.00% 1 Undi
Tidak pasti, tidak ambil peduli
0.00% 0 Undi
Ada cara lain yang boleh diambil
0.00% 0 Undi

Antara negeri yang mencatatkan kadar vaksinasi yang rendah untuk golongan kanak-kanak ialah negeri Terengganu yang menjadi negeri kedua terendah. Menurut laman sesawang COVIDNOW setakat 13 April, negeri tersebut hanya mencatatkan 10.7% kadar vaksinasi kanak-kanak.

Sumber: COVIDNOW

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah membuat rayuan kepada ibu bapa agar mendapatkan suntikan vaksinasi untuk anak-anak mereka. 

Tambah beliau lagi, menurut maklum balas ibu bapa, kebimbangan terhadap kesan sampingan antara punca kadar vaksinasi negeri itu rendah.

Bagi mengatasi isu ini, pihak kerajaan negeri Terengganu mengambil langkah untuk meningkatkan kadar vaksinasi kanak-kanak negeri itu dengan memperhebatkan kempen kesedaran vaksinasi melalui slot tazkirah di masjid dan surau sepangjang Ramadan.

Terdapat kemungkinan kebarangkalian vaksinasi akan sukar didapati selepas penamatan PICkids ini.

Malah terdapat bayaran yang bakal dikenakan di premis swasta yang mungkin akan memberikan sedikit kesulitan bagi yang kurang berkemampuan.

Walau bagaimanapun, KKM belum lagi mengumumkan harga bayaran tersebut dan masih giat menjalankan pelbagai usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi di kalangan kanak-kanak dan remaja Malaysia.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Pada pendapat anda, apakah sebab utama ibu bapa tidak mendapatkan atau menangguhkan vaksinasi anak-anak mereka?

Risau dengan kesan sampingan
100.00% 2 Undi
Tidak mempercayai pihak berkuasa
0.00% 0 Undi
Terpengaruh dengan kandungan sosial media
0.00% 0 Undi

Justeru itu, ibu bapa perlu membuat keputusan segera dan menggunakan sebaiknya peluang vaksinasi secara percuma melalui PICkids ini untuk anak anda.

Ibu bapa boleh menyemak senarai Pusat Pemberian Vaksin yang menawarkan pemberian vaksin untuk kanak-kanak di https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids atau menempah slot vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera. Rujuk kiriman Facebook ini untuk langkah-langkah tempahan temu janji vaksinasi.