Perlukah jawatankuasa khas dengan peranan lebih kuat perangi penghinaan agama Islam?

Baru-baru ini, isu penghinaan agama Islam semakin menjadi-jadi tular dan hangat diperkatakan warga maya.

Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira yang tular di media sosial kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya di kelab komedi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni menggunakan agama di kalangan sesama Islam di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengaku seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk al-Quran kemudian bertindak membuka tudung serta menanggalkan baju kurung ketika membuat persembahan di atas pentas.

Pasangan kekasih yang didakwa menghina agama Islam bakal dibebaskan, selepas kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) berjaya mengumpul RM40,000 untuk ikat jamin pasangan itu.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai sumbangan yang diterima oleh wanita ini?

Mengapa mereka menyokong? Sudah jelas perbuatan tersebut tidak bermoral
100.00% 6 Undi
Tidak pasti, saya baru tahu mengenai sumbangan ini
0.00% 0 Undi
Mereka berhak disokong. Ini kebebasan bersuara
0.00% 0 Undi

Pasangan kekasih yang didakwa menghina agama Islam bakal dibebaskan, selepas kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) berjaya mengumpul RM40,000 untuk ikat jamin pasangan itu.

Siti Nuramira Abdullah, 26, dan V Alexander Navin, 38, yang masing-masing dikenakan ikat jamin RM20,000 berada di Penjara Satelit Beranang serta Kuala Kubu Bharu selepas gagal membayar jumlah jaminan, minggu lalu.

Peguam mereka, R Sivaraj berkata, pihaknya berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM40,000. 

“Saya bersama penjamin kepada Siti Nuramira datang ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk membayar ikat jamin. Pada masa sama, rakan peguam saya pula bersama penjamin Alexander Navin ke Mahkamah Petaling Jaya bagi tujuan sama.

“Bagaimanapun, kita tidak dapat pastikan bila anak guam akan dibebaskan kerana ia akan memakan sedikit masa bergantung kepada prosedur mahkamah.

Sivaraj berkata, kedua-dua anak guamnya dijangka dibebaskan selewat-lewatnya pada 19 Julai.

Sementara dalam isu yang sama, pengasas Kelab Komedi, Rizal van Geyzel yang ditahan polis dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kerana polis hanya mendapat perintah reman sehari ke atasnya.

Peguamnya, Ramkarpal Singh berkata, Rizal yang ditahan semalam, disiasat atas tiga video tular yang dikatakan menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Namun tidak dapat dipastikan status penahanan Rizal setakat ini. 

Belum selesai isu pasangan kekasih ini, muncul seorang lelaki berstatus duda menghina Islam tular di media sosial. Individu tersebut ditahan polis di Bukit Kuchai, Puchong pada Ahad (17 Julai).

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan dan tangkapan dibuat bersabit satu video berdurasi 36 saat yang tular di media sosial Instagram yang memaparkan seorang lelaki menghina ALLAH, agama Islam dan bangsa Melayu.

Satu laporan polis telah dibuat orang awam pada jam 3.28 pagi, Ahad bersabit Cyberjaya Repot 5495/22.

Polis turut merampas satu telefon bimbit yang digunakan oleh suspek bagi merakam video itu.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda mengetahui mengenai kejadian lelaki ini menghina agama Islam?

Ya, lalu di media sosial saya
83.33% 5 Undi
Tidak pasti, macam ada dengar
16.67% 1 Undi
Tidak, saya baru tahu
0.00% 0 Undi

Katanya lagi, semakan dibuat mendapati suspek tidak miliki rekod jenayah lampau selain ujian saringan air kencing adalah negatif dadah.

Berikutan video yang tular tersebut, lelaki itu turut dibelasah selepas rumahnya diserbu oleh orang ramai yang tidak berpuas hati dengan video celupar dan keterlaluan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azram, suspek yang berstatus duda dan bekerja sebagai penghantar makanan berusia 39 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang pada Isnin untuk permohonan reman.

Satu lagi kes penghinaan terhadap agama Islam dilaporkan berlaku memaparkan seorang lelaki mengenakan seluar jeans lusuh pendek serta berbaju merah mencabar orang Islam supaya berhadapan dengannya. Dia turut melemparkan tuduhan pengikut agama Islam sebagai seorang yang pengecut.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut telah ditahan oleh pihak polis IPD Machang, Kelantan pada Isnin.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak melakukan provokasi menghina agama, bangsa dan negara.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan tersebut akan menyemai semangat kebencian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Nadzim berkata, tidak kira agama apa pun, jangan hina agama sendiri atau agama orang lain.

Tegasnya lagi, cari keharmonian bukan kebencian kerana negara berdepan pelbagai krisis dan ancaman jangan ditambah perbalahan sesama sendiri.

Dalam perkembangan lain, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam hantaran di Facebook berkata, trend menghina agama dilihatnya sebagai ancaman pada keharmonian hubungan bangsa yang dinikmati oleh negara selama ini

Katanya, kejahilan itu hanya dapat diubati dengan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengajian atau merujuk kepada individu yang lebih berpengetahuan.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai kenyataan ini?

Mungkin, kadang-kadang dah tahu pun masih sebegitu
40.00% 2 Undi
Setuju, ketiadaan ilmu yang membawa kepada perbuatan ini
40.00% 2 Undi
Tidak, mungkin mereka hanya ingin memberikan pandangan
20.00% 1 Undi

Jelas kenyataan itu, masyarakat Malaysia seharusnya bersama-sama menolak apa jua bentuk jenaka yang mempersenda apa jua unsur agama, budaya dan adat masyarakat.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (Japas) ditubuhkan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memainkan peranan menjaga kesucian agam Islam daripada dihina ataupun dipersendakan pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau itu turut dianggotai Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Agama Islam Negeri.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda optimis dengan penubuhan jawatankuasa ini dapat mencegah perbuatan menghina?

Tidak, sepatutnya tubuhkan bahagian khas dalam PDRM
60.00% 3 Undi
Bagus, memudahkan orang ramai untuk melaporkan kepada suatu pihak khas yang menangani isu ini
40.00% 2 Undi
Tidak pasti, kita harus lihat pelaksanaannya dahulu
0.00% 0 Undi

Beliau berkata jawatankuasa itu penting untuk memastikan akidah umat Islam tidak terpesong dengan tindakan segelintir mereka yang mempersendakan dan menghina agama Islam sesuka hati.

“Apabila terima laporan (menghina agama Islam), kita akan bertindak dan akan hubungi mereka ini kerana kita mahu selamatkan akidah mereka. Orang Islam dia kena ingat, kalau permainkan soal itu (agama), ia melibatkan akidah.

“Kalau mereka bercakap itu dalam keadaan jahil, kita (Japas) akan panggil dan nasihatkan mereka, namun jika masih degil, maka tindakan akan dikenakan,” katanya.

Idris berkata rakyat negara ini diingatkan agar tidak melakukan perbuatan menghina agama Islam kerana ia merupakan isu yang amat sensitif sekali gus boleh menggugat keharmonian negara ini.