Perkhidmatan kerajaan digital? Sebenarnya dah banyak pembaharuan dalam 3 tahun ini

COVID-19 membawa impak besar kepada negara, namun turut menjadi pemangkin kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Ia menuntut sektor awam meningkatkan mutu penyampaian masing-masing melalui transformasi pendigitalan secara komprehensif.

Ini juga seiringan dengan prinsip kerajaan “Digital First, Citizen Centric” yang bermaksud pentadbiran yang berteraskan jiwa dan aspirasi rakyat, seperti yang disematkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali kepada para penjawat.

Beliau memastikan penjawat awam terus menyampaikan perkhidmatan awam kepada rakyat biarpun negara sedang bergelut dengan pandemik ketika pelaksanaan PKP. Ketika itu, penjawat awam bertugas dari rumah dan hanya perlu ke pejabat mengikut giliran demi memastikan perkhidmatan awam tidak terjejas.

Contoh mudah yang kita dapat lihat, ialah permohonan kad pengenalan secara atas talian yang sebelum ini perlu dilakukan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara.

Perkhidmatan Dalam Talian Urusniaga Kad Pengenalan di laman sesawang JPN

Semua perkhidmatan ini dapat diakses oleh orang ramai yang telah dihimpunkan dalam satu laman sesawang. Pelbagai lagi pejabat kerajaan lain yang mengambil pendekatan yang sama; menyediakan perkhidmatan secara atas talian berikutan keperluan untuk berinteraksi dengan pelanggan secara maya dan masih diteruskan sehingga kini.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai inisiatif pendigitalan negara?

Bagus dan boleh ditingkatkan lagi
100.00% 3 Undi
Tidak pasti, saya tak perhati sangat
0.00% 0 Undi
Kurang baik, tidak membantu
0.00% 0 Undi

Dalam konteks persaingan global, hala tuju dan inisiatif pendigitalan serta peningkatan kecekapan penyampaian sektor awam akan membuka peluang kepada pelabur asing membuat keputusan untuk pelaburan lebih terjamin, seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Dengan ekosistem digital yang lengkap, penyampaian perkhidmatan kerajaan yang bersepadu, terangkum dan selamat dapat dilaksanakan.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sebagai peneraju transformasi penyampaian perkhidmatan sektor awam, mentransformasikan proses penyampaian perkhidmatan daripada perkhidmatan berpaksikan kerajaan, kepada perkhidmatan berpaksikan rakyat.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai keperluan kursus perkhidmatan secara atas talian khusus untuk penjawat awam bagi menyokong pendigitalan sektor perkhidmatan awam?

Usaha yang sangat baik, dapat membantu mereka menjalankan tugasan digital dengan lebih efisien
66.67% 2 Undi
Mungkin baik, ada juga penjawat awam yang kurang mahir mengenai teknologi
33.33% 1 Undi
Tidak, lebih baik fokus perkara lain dahulu
0.00% 0 Undi

Menurut Tan Sri Zuki Ali, penguasaan teknologi digital merupakan kunci untuk negara mengatasi batasan produktiviti sekali gus menaik taraf ekonomi Malaysia.

“Peranan teknologi digital ini terserlah lebih-lebih lagi semenjak setahun lalu apabila pandemik COVID-19 telah memberi cabaran getir kepada semua negara untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Keupayaan untuk merebut peluang yang muncul daripada teknologi dan model perniagaan inovatif, akan memainkan peranan penting dalam memacu enjin baharu pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Memanfaatkan data daripada pelbagai sumber akan membolehkan kerajaan mendapat nilai, pemahaman mendalam dan bermakna serta membuat keputusan dengan cepat dan tepat, kata beliau

Beliau berkata ia bertepatan dengan teras pertama Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 yang menetapkan Pemanfaatan Kepintaran Data bagi mengurus data sebagai aset kerajaan.

“Selaras dengan perkembangan semasa sekarang, kita semua harus mengakui bahawa data adalah aset yang paling berharga yang boleh digunakan bagi menghasilkan pelbagai inovasi serta produk yang boleh dimanfaatkan semua pihak.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai penguasaan data di Malaysia?

Baik dan mulai membangun dengan lebih baik
66.67% 2 Undi
Tidak pasti, mungkin perlu lihat lagi
33.33% 1 Undi
Kurang baik, perlu pendidikan penguasaan data yang lebih baik
0.00% 0 Undi

Pada masa yang sama, usaha kerajaan menambah baik perkhidmatan pendigitalan sektor awam di seluruh negara menyaksikan berlaku peningkatan baik sepanjang tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, hasil pencapaian itu membuktikan hubungan erat daripada semua pihak termasuk kerajaan negeri.

“Kerajaan Persekutuan juga mengalu-alukan kerjasama dan sokongan berterusan kerajaan negeri,” jelasnya menerusi kenyataan bagi mengulas perkembangan pendigitalan negara ini.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, semua negeri telah memaklumkan sudah mempunyai pelan ekonomi digital negeri masing-masing yang kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

“MED4IR negeri bertujuan menyediakan platform agar perancangan dan pelaksanaan inisiatif ekonomi digital dapat diselaraskan dengan lebih teratur dengan persekutuan,” kata beliau.

Katanya, langkah koordinasi bagi mengelakkan pembaziran sumber akibat pertindihan tugas dan memastikan mekanisme pelaksanaan lebih dekat kepada penerima disasarkan. Selain itu, Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) negeri berperanan menggariskan strategi meningkatkan penerimagunaan ekonomi digital sebagai salah satu pemangkin penting kepada transformasi ekonomi negara.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Apa pendapat anda mengenai pelarasan pendigitalan negeri ini?

Bagus, setiap negeri dapat berkongsi situasi masing-masing dan mungkin dapat melihat perkara yang terlepas pandang
100.00% 3 Undi
Mungkin baik, kita boleh usahakan dulu
0.00% 0 Undi
Tidak, lain negeri lain keperluannya
0.00% 0 Undi

Semua negeri jelas Mustapa, juga telah pun mengiktiraf perkhidmatan telekomunikasi sebagai utiliti awam yang ketiga selepas bekalan air dan elektrik serta memudahcara perancangan.

“Sokongan kerajaan negeri disambut baik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang akan dapat menyediakan perkhidmatan itu lebih menyeluruh di setiap negeri,” jelasnya.