Peralihan ke fasa endemik: Bersediakah Malaysia hidup “bebas” bersama COVID-19?

Malaysia bakal beralih ke Fasa Endemik bermula 1 April 2022. Menurut Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta selepas meneliti syor daripada Menteri Kuartet.

Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ dilihat sebagai exit strategy untuk bolehkan negara kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas 2 tahun rakyat bergelut dengan COVID-19.

Fasa Endemik pula tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Antara perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa 8 Mac adalah:-

  1. Masih berkuatkuasa
  • Pemakaian pelitup muka perlu dipatuhi di semua tempat awam.
  • Daftar masuk menggunakan MySejahtera kecuali kawasan luar seperti taman awam dan pusat membeli belah.
  1. Dimansuhkan bermula 1 April 2022
  • Penjarakan fizikal bagi aktiviti solat secara berjemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain agama Islam. SOP akhir masjid di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri.
  • Sekatan ke atas waktu operasi perniagaan. Pemilik premis perniagaan dibenarkan menetapkan waktu operasi mengikut syarat lesen perniagaan mereka.
  • MyTravelPass untuk bukan warganegara Malaysia masuk ke Malaysia.
  1. Dibenarkan bermula 1 April 2022
  • Merentas negeri untuk semua tanpa mengira status vaksinasi.
  • Pembukaan sempadan antarabangsa.
  • Pemansuhan had kapasiti 50% yang melibatkan kumpulan besar.
  • Operasi tempat kerja dalam kapasi penuh.
  • Perjalanan ke Malaysia tanpa kuarantin untuk pelancong yang lengkap vaksinasi.
Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah rakyat bersedia dengan fasa peralihan endemik ini?

Ya, bersetuju dengan peralihan fasa ini kerana sampai bila lagi perlu tunggu
83.33% 5 Undi
Mungkin, perlu ikut situasi semasa
16.67% 1 Undi
Tidak, Malaysia belum bersedia
0.00% 0 Undi

Fasa ini akan kembali memakmurkan institusi masjid dan surau dengan suasana ibadah. Bagaimanapun, hal ini masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri. Hal ini tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Di Kedah, menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) Datuk Mohd Yusri Md Daud, ketetapan ini adalah tertakluk kepada perkenan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah. Di Sarawak pula, Menteri bertanggungjawab Hal Ehwal Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata ketetapan solat jemaah tanpa penjarakan fizikal masih belum dibincangkan oleh Majlis Islam Sarawak. 

Namun, dikala kebanyakan negeri seperti Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Perlis masih belum membincangkannya, Pahang menjadi satu-satunya negeri yang telah bermesyuarat untuk membincang perkara ini. Perincian tersebut akan diumumkan kepada rakyat Pahang pada minggu depan.

Mana-mana kelab malam tidak dibenarkan dijalankan walaupun negara memasuki peralihan endemik bermula 1 April ini. Ini kerana premis tersebut di dalam senarai negatif kerana mempunyai risiko jangkitan yang tinggi dalam menyebarkan Covid-19 sekiranya dibenarkan beroperasi. Maka dengan itu, kelab malam akan terus kekal dalam senarai tersebut dan tidak akan beroperasi walaupun selepas 1 April.

Sila log masuk atau daftar sebelum mengundi

Adakah anda bersetuju kelab malam tidak perlu beroperasi lagi?

Ya, bersetuju
60.00% 3 Undi
Tidak, kelab malam perlu dibuka
40.00% 2 Undi
Mungkin, saya tidak pasti
0.00% 0 Undi

Kerajaan telah membangunkan 9 garis panduan bagi menjaga keselamatan rakyat ketika menjalankan aktiviti harian. Garis panduan itu berkaitan pengangkutan dan perjalanan; pendidikan dan penjagaan; aktiviti peruncitan, makanan dan minuman; ruang kerja tertutup; kawasan kerja terbuka; acara, majlis, hiburan dan tarikan pelancong; hotel dan penginapan tetamu; keagamaan, perkahwinan dan pengebumian; serta aktiviti dan fasiliti sukan, rekreasi dan riadah.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan yang juga Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), satu laman sesawang sedang dibangunkan bagi memudahkan orang ramai memahami lebih lanjut mengenai garis panduan tersebut.

Laman sesawang tersebut boleh diakses dua minggu sebelum 1 April bagi memudahkan orang ramai membuat persiapan dalam peralihan ke  fasa baharu ini.

Fasa peralihan ke endemik juga bakal menjadi titik kebangkitan buat industri sukan dimana pemansuhan had kapasiti 50% yang melibatkan perkumpulan  ramai seperti kehadiran penonton ke stadium. Seperti yang kita ketahui, industri sukan terkesan teruk bagi mencegah COVID-19 termasuk pembatalan pertandingan, peraturan ketat menganjurkan sesuatu kejohanan serta kehadiran penonton juga dihadkan.

Dengan adanya peralihan ini, industri sukan di Malaysia dapat mengorak langkah yang lebih berjaya serta dapat meningkatkan ekonomi negara. Masyarakat diharap supaya lebih bertanggungjawab menjaga diri dan keluarga dengan kelonggaran yang diberikan di samping terus mengamalkan SOP dengan norma baharu.

Nyatakan pendapat anda mengenai peralihan ini. Pendapat anda, Pendapat Malaysia.